27/07/2026
Jangang lepaskan peluang ini.
Share kepada mereka yang nak belajar ilmu...
FINAS melalui Bahagian Pembangunan Industri akan menganjurkan Projek Sinema: Pencetus Aspirasi Filem Malaysia yang merupakan program Inkubator direka khas bagi mencungkil, membimbing dan memperkasa bakat baharu melalui latihan intensif bersama tenaga pengajar dan mentor yang berpengalaman.
Peserta akan mengikuti empat (4) modul utama yang merangkumi aspek penting dalam penerbitan filem dan kandungan kreatif:
1. Penulisan Skrip
2. Lakonan
3. Pengarahan dan Kamera
4. Penerbitan & Pemasaran
Program selama 16 hari, dengan setiap modul dikendalikan secara intensif selama 4 hari oleh tenaga pengajar berpengalaman daripada industri.
TARIKH BENGKEL: Bermula 7 September 2026 sehingga 1 Oktober 2026 (4 hari bengkel setiap minggu)
LOKASI BENGKEL : Menara MyIPO, Petaling Jaya, Selangor
SILA IMBAS QR CODE ATAU KLIK PADA PAUTAN BERIKUT BAGI MENGETAHUI SYARAT-SYARAT/KRITERIA PENYERTAAN DAN MAKLUMAT LANJUT SERTA BORANG PENDAFTARAN BENGKEL:-
https://forms.gle/yVL2D8BdmFB3hCvQ6
YURAN: RM500 / SEORANG (Merangkumi keseluruhan 16 hari bengkel latihan intensif)
Sijil Penyertaan Disediakan
DAFTAR SEKARANG, TERHAD 30 ORANG PESERTA SAHAJA
Semua permohonan akan melalui proses saringan dan pemilihan (Hanya peserta terpilih perlu membayar yuran penyertaan)
TARIKH TUTUP: 21 OGOS 2026
Sebarang pertanyaan lanjut sila emelkan ke [email protected]