03/05/2026
New Update
Salam SeArusDesa Kita ...
Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2026, Pertubuhan Arus Deras Sabah telah menganjurkan sesi latihan percuma kesedaran keselamatan air dan arus deras bersama dengan komuniti masyarakat setempat bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Sabah Kem Malangang Kiulu di sungai Tuaran pada Jumaat lalu. Mereka terdiri daripada orang awam, jurulatih, pensyarah, guru, pelajar sekolah dan IPT.
Ia adalah satu usaha murni memberikan kesedaran betapa pentingnya latihan ini khusus kepada masyarakat tempatan supaya akan tahu asas keselamatan air dan arus deras serta memberikan keyakinan diri (Water Confident) apabila berada di kawasan arus deras, Setiap jurulatih memberikan tunjuk ajar yang betul dalam cara mengendali, menilai risiko serta teknik membantu dan menyelamatkan diri dan mangsa mengikut keperluan dan kemampuan. selain daripada itu, peserta juga di ajar cara memilih Peralatan yang betul dan cara menggunakannya.
Dengan adanya latihan sebegini, maka masyarakat tahu akan bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan keadaan atau situasi jika berada di kawasan atau melakukan sebarang aktiviti air dimasaakan datang samada bersama keluarga ataupun kumpulan.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua Peserta Latihan. Semangat yang diberikan sangat luar biasa. Daripada takut menjadi berani, daripada tidak tahu sampai tahu menyesuaikan diri, fizikal dan mental diuji menyeberangi arus yang deras, tahu kendali kumpulan dan tahu cara yang betul apabila membuat sesuatu keputusan. Dan yang pasti mereka selamat pulang ke pangkuan keluarga tersayang. Seiring dengan objektif "Come Home Safely".
and You Guys Rock!
Terima kasih juga tak terhingga kepada Pusat Kokurikulum Negeri Sabah Kem Malangang Kiulu atas kerjasama yang telah diberikan. Selaras dengan tagline mereka ' Kalau Bukan Kita siapa lagi, Kalau bukan sekarang Bila lagi". sudah cukup memberikan impak yang luar biasa kepada masyarakat tempatan di sabah dalam menyertai latihan ini khususnya memperkenalkan ilmu dan pengetahuan kesedaran dan keselamatan aktiviti air dan arus deras bersama dengan Arus Deras Sabah (ARUSDESA). Semoga dapat bekerjasama lagi di masa masa akan datang.
Sedikit sebanyak kita kongsikan moment bersama dengan peserta yang telah tamat latihan bersama sempena Hari Pekerja 2026 pada 1 Mei yang lalu. They are having a great time and fun...!
Semoga latihan kali ini, serba sedikit dapat membawa pulang ilmu pengetahuan buat bekal kemudian hari. tidak mustahil akan ada lagi latihan lanjutan akan diadakan kelak.
Sampai Jumpa Lagi.