KRT Taman Sungai Wang, Kinarut.

KRT Taman Sungai Wang, Kinarut. KRT Taman Sungai Wang, Kinarut, Sabah termasuk dalam daerah Papar dan berhampiran dengan pekan Kinarut. Bhd pada tahun 2006 dan siap sepenuhnya pada tahun 2010.

Sejarah ringkas tentang Taman Sungai Wang(TSGW) dan penubuhan KRT TSGW

Taman Sungai Wang telah dibangunkan oleh Mega Sunwise Sdn. Terdapat 207 buah rumah teres dua tingkat dan dibahagikan kepada 4 lorong blok kediaman utama. Secara umumnya kedudukan TSGW hanya 15 minit memandu ke selatan Kota Kinabalu menuju ke daerah Papar. TSGW yang terletak di kawasan utama dikelilingi oleh landskap semula jad

i, landskap jalan berdaun, dan warisan yang disenaraikan pembinaan Kinarut Old Town, yang segala yang berhampiran dengan pusat bandar. Tempat kediaman yang cukup ketenangan hidup dan berhampiran dan berada di kawasan yang mempunyai kemudahan asas (sekolah, pasar raya, bangunan agama) dalam jarak berjalan kaki dan juga duduk bersebelahan dengan destinasi pelancongan jalur panjang pantai berpasir sepanjang kawasan pantai Kinarut. Terdapat beberapa sekolah yang berhampiran dengan TSGW seperti SK Pekan Kinarut, SMK Kinarut dan SJK Kin Kiau Kinarut, MRSM, SMK Agama Toh Puan Hjh Rahmah dan cadangan tapak Hospital Kinarut yang dicadangkan untuk memanfaatkan untuk kebajikan dan kemudahan penduduk yang tinggal di Kinarut dan pinggir bandar berhampiran. Komuniti TSGW bermula dengan pembentukan sebilangan penghuni dalam "Whatsapp Group" pada 13 Feb 2014, dan apabila bilangan keahlian melebihi kuota yang ditetapkan oleh Whatsapp Inc. telah dibina medium perbincangan komuniti ke dua menggunakan aplikasi "Telegram" yang boleh memuatkan keahlian seramai 200 orang. Pada 2 Nov 2014 beberapa orang penghuni telah berkumpul dan membuat inisiatif untuk membentuk Kawasan Rukun Tetangga Taman Sungai Wang (KRT TSGW), dan pada 3 Nov 2014 telah dibuat permohonan rasmi secara talian di laman sesawang rasmi Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional untuk membentuk KRT TSGW.

15 Nov 2014 merupakan perjumpaan pertama AJK Penaja KRT TSGW dan telah mencadangkan tarikh 17 Nov 2014 merupakan perjumpaan pertama seluruh warga TSGW untuk membentuk KRT TSGW dan penyerahan kertas cadangan permohonan secara rasmi pembentukkan KRT TSGW kepada En. Arun Bin Madang, Pen. Peg. JPNIN Daerah Papar. Pada 22 Nov 2014 permohonan KRT TSGW telah diluluskan pembentukannya oleh JPNIN Negeri Sabah melalui JPNIN Daerah Papar. Kemudiannya pada 14 Dis 2014 telah dibuat Mesyuarat Perlantikan AJK KRT dengan persetujuan penduduk TSGW telah sebulat suara memilih 5 AJK Tertinggi yang membawa kepada pembentukan AJK Kecil seramai 13 orang yang berperanan di dalam 5 teras utama iaitu Unit Perpaduan, Keselamatan, Kualiti Hidup, Ekonomi dan Pendidikan dan teras Kelompok Komuniti iaitu Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran Usia Emas dan Tunas Jiran. Pada 15 Disember 2014, selepas sebulan KRT Taman Sungai Wang ditubuhkan secara rasmi, page KRT Taman Sungai Wang telah mula beroperasi sebagai pelantar ke dua untuk menyampaikan maklumat kepada warga taman.

Assalamualaikum & salam sejahtera,Selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada warga KRT Taman Sungai Wang Kinarut yang me...
11/02/2024

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada warga KRT Taman Sungai Wang Kinarut yang meraikannya.

Semoga tahun ini akan membawa ONG yang lebih besar dan baik. Hidup harmoni dan sejahtera bersama.

Membudayakan Perpaduan
Meraikan Kepelbagaian

Alhamdulillah usai tadi Pertandingan Memancing Ambang Tahun Baharu 2024, peringkat KRT Taman Sungai Wang. Terima kasih k...
31/12/2023

Alhamdulillah usai tadi Pertandingan Memancing Ambang Tahun Baharu 2024, peringkat KRT Taman Sungai Wang.

Terima kasih kepada pengarah pertandingan saudara Azman Sujak, para jawatan kuasa yang terlibat, warga taman yang hadir, yang sgt sporting & supportive untuk menjayakan acara tahunan KRT Taman Sungai Wang.

Tahniah kpd semua para pemenang. Tahun depan kita berentap lagi. 😬

Address

Kinarut

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Sungai Wang, Kinarut. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT Taman Sungai Wang, Kinarut.:

Share