Pusat Sebaran Maklumat Nasional- NADi Sukau

Pusat Sebaran Maklumat Nasional- NADi Sukau Menaik taraf ekonomi dan sosial komuniti luar bandar serta menyokong ekonomi digital.

Menyediakan capaian internet, latihan keusahawanan, kemahiran digital, dan literasi teknologi.

๐ŸŽ‰ Jom ramai-ramai ke Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Kg. Darau Laut! ๐ŸŽ‰Kami menjemput orang ramai untuk hadir b...
19/06/2026

๐ŸŽ‰ Jom ramai-ramai ke Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Kg. Darau Laut! ๐ŸŽ‰

Kami menjemput orang ramai untuk hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan program seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Sabtu, 20 Jun 2026
โฐ 7.00 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Gelanggang Futsal Kg. Darau Laut, Kota Kinabalu

Macam-macam aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung, antaranya:

๐ŸŽค Pertandingan Karaoke Lagu Bajau Samah
๐ŸŽฎ Pertandingan e-Games
๐Ÿ›’ Jualan Rahmah
๐ŸŽ™๏ธ Sesi Podcast Live โ€“ Internet Selamat Tanggungjawab Bersama
๐ŸŽฏ Aktiviti interaktif komuniti
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Aktiviti mesra keluarga dan kanak-kanak

Yang berminat untuk menyertai aktiviti atau pertandingan boleh imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.

Sambil datang bersantai dan beraktiviti, kita juga boleh tambah ilmu tentang keselamatan internet, cara elak scam, kenal pasti maklumat palsu dan guna internet dengan lebih selamat.

Jumpa anda di sana! โœจ

Internet Selamat, Tanggungjawab Semua!




Notis tutup sementara NADI Sukau 19hb~22hb Jun 2026. Untuk perkhidmatan copy/print bolehlah datang di NADI berhampiran (...
18/06/2026

Notis tutup sementara NADI Sukau 19hb~22hb Jun 2026. Untuk perkhidmatan copy/print bolehlah datang di NADI berhampiran (NADI Kg Bilit).

๐Ÿ“ข HEBAHAN TAKLIMAT PERTANDINGAN NADI TINY TECHIES 2026Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sukacita dimaklumkan bahawa *T...
18/06/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN TAKLIMAT PERTANDINGAN NADI TINY TECHIES 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa *Taklimat Pertandingan NADI Tiny Techies 2026* akan diadakan bagi memberi penerangan mengenai pelan laluan (Roadmap) pertandingan bagi tahun 2026.

๐Ÿ“… Tarikh: 18 Jun 2026
โฐ Masa: 10.00 pagi โ€“ 11.00 pagi

Intipati Taklimat:
โœ… Penyertaan Peserta NADI dalam Pertandingan Tiny Techies 2026
โœ… Pemilihan Peserta NADI dalam Pertandingan Tiny Techies 2026
โœ… Perkongsian Pelan Laluan (Roadmap) Pertandingan Tiny Techies 2026

๐Ÿ“Œ Kehadiran dan penyertaan petugas NADI adalah *WAJIB* bagi memastikan pelaksanaan program serta proses pemilihan peserta dapat dijalankan dengan lebih terancang dan berkesan.

๐Ÿ“ฒ Imbas Kod QR pada poster untuk menyertai taklimat.

Sekian, terima kasih.

PERTANDINGAN NADI E-SUKAN MADANI LEGEND MUSIM KE-4Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.Sukacita dimaklumkan b...
13/06/2026

PERTANDINGAN NADI E-SUKAN MADANI LEGEND MUSIM KE-4

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan NADI E-Sukan MADANI Legend Musim Ke-4 (Mobile Legends) akan dilaksanakan bermula Jun 2026. Sehubungan itu, semua staf NADI diminta untuk membantu mempromosikan pertandingan ini dan mengenal pasti peserta yang berpotensi di kawasan masing-masing.

1. Kategori Terbuka ( Berumur 35 tahun ke bawah)
Tarikh Pertandingan ( Kategori Terbuka)
Peringkat Saringan NADI : Sepanjang Jun
Peringkat Negeri (Offline) : Julai 2026 โ€“ Ogos 2026
Peringkat Kebangsaan (Offline) : September 2026

2. Kategori Wanita
Khas untuk pemain wanita sahaja
Berumur 35 tahun ke bawah
Tiada saringan peringkat NADI
Penyertaan maksimum setiap NADI 2 pasukan
Pertandingan akan berlangsung sepanjang bulan Ogos

Tindakan Staf NADI
โ€ข Membuat hebahan pertandingan kepada komuniti setempat.
โ€ข Mengenal pasti pemain yang berminat dan memenuhi syarat penyertaan.
โ€ข Membantu proses pendaftaran peserta.
โ€ข Menggalakkan pembentukan pasukan bagi kedua-dua kategori.

Perhatian Khas
Untuk Kategori Terbuka, NADI boleh menjalankan saringan dalam memilih pasukan yang akan mewakili NADI di peringkat Negeri. Jadual Peringkat Negeri akan diedarkan kemudian.

Bagi memastikan penyertaan yang lebih inklusif dan menggalakkan penglibatan wanita dalam bidang e-sukan, setiap NADI adalah digalakkan untuk mengenal pasti serta membentuk sekurang-kurangnya satu (1) pasukan wanita untuk menyertai pertandingan ini. Untuk kategori ini saringan tidak perlu dijalankan oleh NADI dan pasukan yang daftar akan layak menyertai pertandingan dan akan diundi mengikut Kumpulan.
Kerjasama semua staf dalam usaha mencari, membimbing dan menggalakkan penyertaan pemain wanita amatlah dihargai bagi memastikan objektif program dapat dicapai dengan jayanya.

Bagi memudahkan penyampain maklumat berkenaan program NADI E-Sukan, petugas boleh masuk ke Group WhatsApp mengikut Negeri masing-masing serta Group Announcement mengikut negeri di Semenanjung atau Borneo. Sebarang maklumat berkaitan sila rujuk link ini https://linktr.ee/nadiesport

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dirujuk terus kepada kami.
Sekian, terima kasih.

13/06/2026

Selesai Hari Ke 3 โœ…

ICT CLASS - Canva 12/6/2026Jam 2pm-5pm **Tahniah buat yang bertuah , menghasilkan poster dan video terbaik ๐Ÿฅฐ๐Ÿ‘
13/06/2026

ICT CLASS - Canva
12/6/2026
Jam 2pm-5pm

**Tahniah buat yang bertuah , menghasilkan poster dan video terbaik ๐Ÿฅฐ๐Ÿ‘

13/06/2026

Done โœ…

Day 2 - ICT CLASS ( Microsoft Word Practical)11/6/2026Jam 2pm - 5pm NADI SUKAU
13/06/2026

Day 2 - ICT CLASS ( Microsoft Word Practical)
11/6/2026
Jam 2pm - 5pm
NADI SUKAU

HARI INI JANGAN LUPA TEMU JANJI โœ…JOM SAMA-SAMA TAMBAH ILMU ADIK-ADIK ๐Ÿ˜๐Ÿ‘
13/06/2026

HARI INI JANGAN LUPA TEMU JANJI โœ…

JOM SAMA-SAMA TAMBAH ILMU ADIK-ADIK ๐Ÿ˜๐Ÿ‘

Address

PPMS, Jalan Sukau
Kinabatangan
90200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional- NADi Sukau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share