20/01/2026
Ramai tanya kenapa jual ikan murah.
Kami tak bersaing dengan siapa siapa
Kami bukan kejar glamor
Kami tak cantas sesiapa pun
Kami jual IKAN MURAH sebagai satu amanah
Melalui Persatuan Nelayan Kawasan Kijal kami diberi peruntukan untuk mengadakan jualan murah AGRO MADANI untuk komuniti setempat.
Kami ambil ikan dari pengusaha bot sendiri. Bukan melalui orang tengah.
Kami x ambil untung banyak. Sekadar lepas belanja minyak, upah pekerja & hal hal berkaitan.
Kami x tekankan untung yg tinggi, cuma ingin memanfaatkan peruntukan yang disalurkan pihak kerajaan kepada rakyat.
Harap semua faham dan dapat terima cara kami bekerja.
Kami dapat info ikan banyak dan murah kami akan aturkan masa jualan dan tetapkan harga ikan.
Kami hanya jual seminggu sekali sahaja.
Hari dan masa pun berubah ubah mengikut kesesuaian dan kekosongan masa pengurus.
Terima kasih kepada semua yang sudi menyokong kami sepanjang jualan ini berlangsung.
Apa yang penting komuniti setempat dapat merasa ikan murah. Kita berbagi reseki. In shaa Allah.
Persatuan Nelayan Kawasan Kijal
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
Kami agensi/badan berkanun di bawah kerajaan 🇲🇾
Alhamdulillah
Terima kasih semua
Daripada pengurusan PNK Kijal