JPKK Meraga Beris

Call Directions

JPKK Meraga Beris Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPKK Meraga Beris, Community Center, Lot 3969, Jalan Serindit, Kijal.

Fungsi JPKK Meraga Beris adalah membuat perancangan dan pelaksanaan projek / program di kampung disamping menggerakkan penglibatan komuniti setempat khususnya bagi Kampung Meraga Beris.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽUcapan takziah kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad sekeluarga diatas pemer...
28/09/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Ucapan takziah kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad sekeluarga diatas pemergian insan tersayang, YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada pagi ini.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa, menerima segala amal kebajikan dan menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi saat dukacita ini.



๐Ÿšง KERJA-KERJA PEMBERSIHAN LONGKANG TANAH DI MERAGA BERIS TELAH BERMULA ๐ŸšงDimaklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan longk...
27/09/2026

๐Ÿšง KERJA-KERJA PEMBERSIHAN LONGKANG TANAH DI MERAGA BERIS TELAH BERMULA ๐Ÿšง

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan longkang tanah disekitar kampung Meraga Beris telah mula dilaksanakan melibatkan:

๐Ÿ“ Jumlah lokasi: 15 point
๐Ÿ“ Jumlah keseluruhan: ยฑ3.8 km
๐Ÿšœ Jentera: 1 unit excavator

Sehubungan itu, penduduk dan pengguna jalan raya dimohon untuk berhati-hati ketika melalui kawasan kerja, terutama semasa jentera excavator sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Mohon semua bersabar dan memberi ruang sementara kerja-kerja pembersihan ini dijalankan secara berperingkat.

Kerja-kerja ini dilaksanakan sebagai salah satu persediaan menghadapi musim tengkujuh yang bakal tiba, bagi membantu melancarkan aliran air dan mengurangkan risiko air bertakung.

Terima kasih atas kerjasama dan kesabaran semua.
YB Tok Li , Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal





*๐Ÿ“ข Jangan lupa! Pasar Tani Meraga Beris ๐ŸŒฟ*๐Ÿ“… Setiap Sabtuโฐ 7.00 pagi โ€“ 12.00 tengahari๐Ÿ“ Parkir Hadapan Masjid Meraga Beri...
25/09/2026

*๐Ÿ“ข Jangan lupa! Pasar Tani Meraga Beris ๐ŸŒฟ*

๐Ÿ“… Setiap Sabtu
โฐ 7.00 pagi โ€“ 12.00 tengahari
๐Ÿ“ Parkir Hadapan Masjid Meraga Beris

Pelbagai jenis makanan, minuman, barang mentah, sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai barangan lain tersedia untuk anda! ๐Ÿฅฆ๐Ÿ‰๐Ÿ—๐Ÿ›๏ธ

Jom singgah, jom membeli & sokong peniaga tempatan! ๐Ÿ’š

Makluman awam.Pihak Majlis Perbandaran Kemaman telah memasang 2 perangkap anjing liar di Kampung Meraga Beris untuk memb...
21/09/2026

Makluman awam.

Pihak Majlis Perbandaran Kemaman telah memasang 2 perangkap anjing liar di Kampung Meraga Beris untuk membasmi masalah anjing liar di dalam kampung..

Moga ada hasil malam ni... Inshallah...



Kerja-kerja pembersihan parit tanah tengah oleh pihak JPS Daerah Kemaman sedang dilaksanakan sebagai persediaan menghada...
19/09/2026

Kerja-kerja pembersihan parit tanah tengah oleh pihak JPS Daerah Kemaman sedang dilaksanakan sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh

Alhamdulillah, parit kini lebih lapang dan aliran air diharapkan dapat berjalan dengan lebih baik bagi mengurangkan risiko air bertakung dan banjir apabila hujan lebat.

๐ŸŽฃ Kepada kaki casting haruanโ€ฆ
Boleh dah datang cuba nasib! ๐Ÿ˜†๐ŸŸ
Parit dah bersih, tinggal tunggu haruan menyambar umpan. ๐Ÿ˜‚.

Terima kasih kepada JPS atas usaha dan kerja-kerja penyelenggaraan demi keselesaan serta keselamatan penduduk.

YB Tok Li
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal



๐Ÿ“ข Jangan lupa! HARI NI!!!!!!!!! Pasar Tani Meraga Beris ๐ŸŒฟ๐Ÿ“… Setiap Sabtuโฐ 7.00 pagi โ€“ 12.00 tengahari๐Ÿ“ Parkir Hadapan Mas...
18/09/2026

๐Ÿ“ข Jangan lupa! HARI NI!!!!!!!!!
Pasar Tani Meraga Beris ๐ŸŒฟ

๐Ÿ“… Setiap Sabtu
โฐ 7.00 pagi โ€“ 12.00 tengahari
๐Ÿ“ Parkir Hadapan Masjid Meraga Beris

Pelbagai jenis makanan, minuman, barang mentah, sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai barangan lain tersedia untuk anda! ๐Ÿฅฆ๐Ÿ‰๐Ÿ—๐Ÿ›๏ธ

Jom singgah, jom membeli & sokong peniaga tempatan! ๐Ÿ’š

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œPerpaduan Dalam Kepelbagaian, Teras Kekuatan Malaysia.โ€ โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐ŸคBerbeza budaya, ber...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œPerpaduan Dalam Kepelbagaian, Teras Kekuatan Malaysia.โ€ โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿค

Berbeza budaya, berbeza bahasa dan adat, namun kita tetap satu keluarga Malaysia.

Marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati dan berganding bahu demi masa depan negara yang lebih harmoni dan sejahtera.

Malaysia Kita, Tanggungjawab Kita.
Bersatu hati, teguh berdiri. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ


ZIARAH KASIH KE KAMPUNG MERAGA BERISAlhamdulillah, JPKK Meraga Beris hari ini menerima kunjungan daripada pelajar Tahun ...
15/09/2026

ZIARAH KASIH KE KAMPUNG MERAGA BERIS

Alhamdulillah, JPKK Meraga Beris hari ini menerima kunjungan daripada pelajar Tahun 4, Program Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi menjalankan kajian untuk projek penyelidikan Tahun Akhir (FYP).

Kunjungan ini melibatkan ziarah ke 2 buah rumah keluarga di Kampung Meraga Beris bagi tujuan pengumpulan maklumat dan kajian berkaitan:
โ€œModelling a nutrition intervention framework to promote mental health, social well-being and prevention of stunting among food-insecure urban households in Terengganu.โ€

Kajian ini memberi fokus kepada aspek pemakanan, kesejahteraan sosial dan kesihatan dalam kalangan isi rumah yang memenuhi kriteria kajian.

Pihak JPKK Meraga Beris amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar UniSZA serta menghargai usaha mereka dalam menjalankan kajian akademik yang turut memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Semoga segala urusan kajian dipermudahkan dan berjalan lancar. Terima kasih kepada keluarga yang terlibat atas kerjasama dan kesudian menerima kunjungan para pelajar.


๐Ÿ“ข Jangan lupa! Pasar Tani Meraga Beris ๐ŸŒฟ๐Ÿ“… Setiap Sabtuโฐ 7.00 pagi โ€“ 11.00 pagi๐Ÿ“ Parkir Hadapan Masjid Meraga BerisPelbag...
11/09/2026

๐Ÿ“ข Jangan lupa! Pasar Tani Meraga Beris ๐ŸŒฟ

๐Ÿ“… Setiap Sabtu
โฐ 7.00 pagi โ€“ 11.00 pagi
๐Ÿ“ Parkir Hadapan Masjid Meraga Beris

Pelbagai jenis makanan, minuman, barang mentah, sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai barangan lain tersedia untuk anda! ๐Ÿฅฆ๐Ÿ‰๐Ÿ—๐Ÿ›๏ธ

Jom singgah, jom membeli & sokong peniaga tempatan! ๐Ÿ’š

Address

Lot 3969, Jalan Serindit
Kijal
24100

Telephone

+60139978762

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Meraga Beris posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share