03/02/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Masjid Al Falah Mukim Belukar Luas (Ketereh) akan menganjurkan 3 Program serentak pada hari yang sama sebagaimana berikut :
1. Program Kampung Angkat Pergigian, bersama Klinik Pergigian Lundang Paku (KKM).
2. Program Menderma Darah Sukarela, bersama Unit Transfusi HPUSM (Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia).
3. Program Jualan Rahmah, bersama KPDN Kelantan.
Tarikh : 6 Febuari 2026.
Hari : Jumaat.
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Masjid Al Falah Mukim Belukar Luas.
Pihak Jawatankuasa Masjid Al Falah ingin menjemput kesemua anak mukim dan penduduk sekitar untuk turut sama menyertai aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut.
Pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan antaranya ialah pemeriksaan pergigian, rawatan pergigian yang mudah, pameran kesihatan pergigian, latihan memberus gigi, dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
Jemput hadir beramai-ramai ke Masjid Al Falah Mukim Belukar Luas (Ketereh) pada hari jumaat 6hb febuari 2026 nanti, insyaAllah.
Sekian, Terima kasih.