31/07/2026
31 Julai 2026
Archidex Exhibition
MITEC Kuala Lumpur
Barisan AJK PKPM Kelantan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi (En Mohd Nasrul), Setiausaha (En Zaidan), Bendahari (En Azam) & Timb Bendahari (En Syazwan) telah menyertai ARCHIDEX yang berlangsung di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur.
Tujuan penyertaan wakil PKPM Kelantan ini bertujuan mendapatkan pendedahan berkaitan industri pembinaan, perkembangan teknologi pembinaan, jaringan perniagaan serta peluang peluang baru yang boleh diterokai samada untuk kebaikkan PKPM dan secara tak langsung memberi impak yang positif kepada industri pembinaan di negeri Kelantan.
Melalui penyertaan pameran pembinaan yang berskala besar ini PKPM Kelantan juga mengambil peluang untuk cuba mendapatkan beberapa senarai exhibitor/pempamer yang berminat untuk meneroka peluang pasaran di negeri Kelantan.
Oleh itu, kami di PKPM Kelantan telah menawarkan kepada beberapa exhibitor/pempamer yang terpilih dimana pihak PKPM Kelantan merasakan sesuai dan mempunyai potensi untuk diketengahkan jenis & bidang pasaran exhibitor/pempamer tersebut di negeri Kelantan.
Kemajuan teknologi dan perkembangan ilmu pembinaan baru yang ada pada exhibitor/pempamer samada dari dalam negara (Local Product & Manufacturer) mahupun luar negara khasnya dari negara China dapat membantu meningkatkan kualiti pembinaan serta menyumbang kepada pembangunan industri di negeri Kelantan.
Kesemua exhibitor/pempamer yang telah dikenalpasti tadi akan ditawarkan untuk menyertai Ekspo/Pameran yang akan dianjurkan oleh PKPM Kelantan pada 2027 akan datang.
Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia - Kelantan
www.pkpm.com.my