PAWE Warisan Ketereh

PAWE Warisan Ketereh PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS WARISAN KETEREH, PARLIMEN KETEREH, KELANTAN

Bengkel Transformasi Sabun yang berlangsung pada 16 Julai 2026 hari Khamis di PAWE Warisan Ketereh. Bengkel ini dianjurk...
17/07/2026

Bengkel Transformasi Sabun yang berlangsung pada 16 Julai 2026 hari Khamis di PAWE Warisan Ketereh. Bengkel ini dianjurkan oleh Wanita Keadilan Ketereh sepenuhnya dan disertai oleh ahli-ahli PAWE Warisan Ketereh, ahli Wanita Keadilan Ketereh dan Juga penduduk sekitar kawasan Ketereh.

Alhamdulillah, peserta dapat menambah ilmu kemahiran dalam pembuatan sabun dan transformasi minyak masak terpakai di dapur rumah kepada sabun basuh. Ilmu kreativiti.



ALHAMDULILLAH & TERIMA KASIH: PROGRAM SEMARAK MUHARAM PAWE WARISAN KETEREH​"Tradisi Disanjung, Ukhwah Disambung" 🤝✨​Alha...
12/07/2026

ALHAMDULILLAH & TERIMA KASIH: PROGRAM SEMARAK MUHARAM PAWE WARISAN KETEREH

​"Tradisi Disanjung, Ukhwah Disambung" 🤝✨

​Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, telah berlangsung dengan jayanya Program SEMARAK MUHARAM anjuran PAWE Warisan Ketereh pada 11 Julai 2026 (Sabtu) yang lalu.
​Kemeriahan program kali ini benar-benar menghidupkan kembali tradisi kita di samping memperkukuhkan lagi ikatan silaturahim sesama komuniti. Antara sorotan aktiviti menarik sepanjang program:

​🥣 Gotong-Royong Kacau Bubur Asyura
Tradisi yang tak lapuk dek zaman! Terima kasih kepada semua yang turun padang, bergandeng bahu menumpahkan keringat mengacau kawah bubur asyura dari pagi sampai siap. Turut membantu Anak-anak Orang Asli dari Islamic Outreach ABIM Kok Lanas. Jutaan terima kasih.

​🩺 Pemeriksaan & Pameran Kesihatan serta Pemeriksaan Mata
Kesihatan warga emas dan komuniti sentiasa menjadi keutamaan kami. Terima kasih kepada pasukan perubatan Klinik Kesihatan Ketereh dan Jawatankuasa Panel Penasihat Klinik Ketereh yang hadir memberikan khidmat semakan kesihatan dan mata secara percuma.

​🎨 Pertandingan Melukis Kanak-Kanak
Meriah dengan gelagat anak-anak yang penuh kreatif! Sambil yang dewasa bergotong-royong, anak-anak p**a mengasah bakat mewarna dan melukis.

​Pihak pengurusan PAWE Warisan Ketereh ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa, sukarelawan, agensi terlibat, dan seluruh warga Ketereh yang hadir memeriahkan suasana. Tanpa sokongan anda semua, program ini tidak akan berjaya seindah ini.

​Semoga ukhwah yang disambung ini berkekalan, dan tradisi murni ini terus subur buat generasi akan datang. Insya-Allah, jumpa lagi di program akan datang! 👋❤️

​

07/07/2026
🌟 JOM SERTAI PERTANDINGAN MEWARNA SEMARAK MUHARAM 2026! 🌟Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pusat Aktiviti Warga Emas (...
07/07/2026

🌟 JOM SERTAI PERTANDINGAN MEWARNA SEMARAK MUHARAM 2026! 🌟

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Warisan Ketereh menjemput ibu bapa dan penjaga untuk membawa anak-anak menyertai Pertandingan Mewarna Semarak Muharam 2026.

🎨 Pensel warna disediakan
🎁 Hadiah menarik menanti para pemenang
👧🧒 Terbuka kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun

📅 Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.30 pagi
📍 Tempat: PAWE Warisan, Dataran Kada Kok Lanas

Selain pertandingan mewarna, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan:
✅ Pemeriksaan kesihatan percuma
✅ Pemeriksaan mata oleh optometris bertauliah
✅ Pameran kesihatan
✅ Aktiviti Sensory Play

📞 Tempat adalah terhad! Daftar segera melalui WhatsApp:
014-5118885 (Pn. Mardhiyah)

Ayuh raikan kedatangan Muharam dengan aktiviti yang menyeronokkan, bermanfaat dan penuh kreativiti. Kami menantikan kehadiran anda sekeluarga! ❤️

Salam TakziahInnalillahi wa inna ilaihi raji'un.Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada Yang B...
20/06/2026

Salam Takziah

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri dan seluruh ahli keluarga atas pemergian suami tercinta, Allahyarham Datuk Kamil bin Misuari, yang telah kembali ke rahmatullah pada Khamis, 18 Jun 2026 bersamaan 2 Muharam 1448H.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, mengurniakan husnul khatimah, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Dengan ingatan & doa daripada PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS WARISAN KETEREH….
Hajah Nancy Haji Shukri

16/06/2026

"Saya dah lama kurangkan gula dalam minuman. Tapi kenapa bacaan gula masih tinggi?"

Ini antara soalan yang selalu ditanya selepas buat pemeriksaan kesihatan.

Sebenarnya, gula darah bukan hanya dipengaruhi oleh makanan atau minuman yang manis.

Ada makanan yang rasanya biasa-biasa sahaja, malah ada yang dianggap "selamat", tetapi apabila masuk ke dalam badan, karbohidrat dan kanjinya akan dipecahkan menjadi glukosa.

🍞 Roti putih mudah dicerna kerana rendah serat, sebab itu gula darah boleh naik dengan lebih cepat.

☕ Coffee Zero Calorie Sugar p**a mungkin tidak mengandungi gula tambahan, tetapi sesetengah produk masih mempunyai pemanis alternatif, krimer atau bahan lain yang perlu diperhatikan.

🍜 Bihun nampak ringan, tetapi kandungan karbohidratnya boleh menyebabkan gula darah meningkat dengan cepat.

🍟 Kentang goreng kaya dengan kanji yang akan ditukarkan kepada gula semasa proses pencernaan.

🥣 Bijirin sarapan sering dipilih kerana dianggap sihat, namun ada sesetengah produk yang tinggi karbohidrat proses.

🦐 Keropok p**a kebanyakannya diperbuat daripada tepung dan kanji yang mudah bertukar menjadi glukosa.

🫓 Roti canai mengandungi tepung putih yang tinggi karbohidrat dan menjadi antara menu sarapan kegemaran ramai.

Bukan bermakna makanan ini perlu dielakkan sepenuhnya.

Yang penting, ambil secara berpada-pada dan seimbangkan dengan gaya hidup yang sihat.

NOTIS MAKLUMAN CUTIDimaklumkan bahawa Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Warisan Ketereh akan bercuti pada hari esok iaitu...
16/06/2026

NOTIS MAKLUMAN CUTI

Dimaklumkan bahawa Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Warisan Ketereh akan bercuti pada hari esok iaitu Rabu, 17 Jun 2026 sempena Cuti Awal Muharram 1448H.

Sehubungan itu, segala aktiviti dan urusan di PAWE pada hari tersebut adalah ditangguhkan dan akan beroperasi semula pada 18 Jun 2026 (Khamis).

Sekian, terima kasih.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H
“Hijrah Membawa Keberkatan” 🌙✨

Kelas Mengaji Lelaki diadakan pada setiap hari Selasa pada setiap minggu bagi memberi peluang kepada ahli untuk memperba...
11/06/2026

Kelas Mengaji Lelaki diadakan pada setiap hari Selasa pada setiap minggu bagi memberi peluang kepada ahli untuk memperbaiki bacaan Al-Quran, mendalami ilmu agama serta mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.

Semoga kelas ini dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap Al-Quran di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli.

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”

Address

No. F23 & F24, Dataran KADA Kok Lanas
Ketereh
16450

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Sunday 08:00 - 14:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAWE Warisan Ketereh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share