05/10/2026
🎣 MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SNAKEHEAD MASTER CHAMPIONSHIP 2026 – EDISI TAS*K GUBIR, S*K, KEDAH
5.10.2026 – Mesyuarat penyelarasan telah diadakan bagi memperkemas persiapan, menyelaras gerak kerja serta memastikan kelancaran penganjuran Snakehead Master Championship 2026, Edisi Tasik Gubir, S*k, Kedah.
Mesyuarat ini menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara pihak yang terlibat demi memastikan program dapat dilaksanakan dengan teratur serta memberikan pengalaman terbaik kepada semua peserta.
Pihak NRFA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh Majlis Daerah S*k dan agensi-agensi yang hadir. Semoga segala perancangan dipermudahkan dan Tasik Gubir menjadi medan pertemuan pemancing dari pelbagai lokasi 💪🏻