Darul Hanan Mainpp

Darul Hanan Mainpp Penempatan dan penjagaan warga emas. Kompleks ini menampung jumlah maksima warga emas seramai 150 org Syarat Kemasukan

1. Waris yang tidak berkemampuan.
4.

Warga emas Islam berumur 57 tahun dan ke atas.
2. Terdiri daripada warga emas yang tiada waris atau;
3. Warga emas yang berkeupayaan mengurus diri.
5. Tiada penempatan atau perlindungan.
6. Warga emas yang tersisih dari ahli keluarga.
7. Kes yang dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
8. Kes yang di rujuk kepada pihak hospital di Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

01/01/2026
Alhamdulillah..
31/12/2025

Alhamdulillah..

Sasaran Kutipan Zakat MAINPP Bagi Tahun 2025, Insha Allah Mencecah RM200 Juta Seperti Yang Disasarkan

Setakat Jam 12.10 Pagi 1 Januari 2026, Jumlah Kutipan Zakat MAINPP Dicatatkan Sebanyak RM 196,544,338.34 merangkumi Zakat Harta RM187, 652,658.26 dan Zakat Fitrah RM8, 891,680.08.

InshaAllah, Pelarasan Akan Dilaksanakan Sehingga 17/01/2026 dan Jumlah Kutipan Rasmi Akan Dapat Dimuktamadkan Selepas Tarikh Berkenaan.

Angka Kutipan Rasmi Sebenar Akan Diumumkan Dalam Satu Sidang Media Selepas 2 Minggu Pelarasan.




31/12/2025

Perutusan Tahun Baru 2026

Menjelang tirai Tahun Baru, Pulau Pinang melangkah ke hadapan dengan penuh harapan dan keyakinan. Negeri ini akan terus dipacu sebagai sebuah negeri yang maju dan berdaya saing, sambil memastikan pembangunan memberi manfaat kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

Selari dengan Visi Penang 2030, tumpuan diberikan kepada peningkatan kualiti hidup rakyat, pembangunan yang inklusif, kelestarian alam sekitar serta pembinaan masyarakat yang harmoni dan saling menghormati. Kepelbagaian kaum dan budaya merupakan kekuatan Pulau Pinang yang perlu terus dipelihara melalui nilai toleransi, keadilan sosial dan rasa tanggungjawab bersama.

Pendekatan ini turut seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI, yang menekankan nilai kemanusiaan, hormat-menghormati, tadbir urus berintegriti serta pembinaan masyarakat yang matang dan berpandangan jauh demi kestabilan dan kemajuan negara.

Dalam masa yang sama, pengukuhan nilai agama dan akhlak akan terus diperkasakan secara berperingkat melalui kerangka Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) sebagai asas pembinaan masyarakat berteraskan nilai murni dan keharmonian.

Semoga Tahun Baru ini menjadi permulaan kepada azam yang lebih jelas, langkah yang lebih tersusun dan komitmen berterusan untuk membawa Pulau Pinang ke arah masa depan yang makmur dan diredai Allah SWT.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026.



πŸ“£πŸ“£ 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπŽπ’πŽππ† πƒπˆ π™π€πŠπ€π“ πŒπ€πˆπππ πŸ“£πŸ“£Calon-calon yang berkelayakan dan bermotivasi tinggi serta berminat untuk membina ke...
22/12/2025

πŸ“£πŸ“£ 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπŽπ’πŽππ† πƒπˆ π™π€πŠπ€π“ πŒπ€πˆπππ πŸ“£πŸ“£
Calon-calon yang berkelayakan dan bermotivasi tinggi serta berminat untuk membina kerjaya bersama kami adalah dipelawa untuk memohon.
Rujuk Cara Memohon melalui Iklan Jawatan & muat turun Borang Permohonan melalui laman web rasmi Zakat MAINPP di pautan:
πŸ‘‰πŸ»https://zakat.mainpp.gov.my/sertai-kami/
Mohon sebaran. Terima kasih




05/12/2025

Selalunya bila sebut kes mahkamah melibatkan adik-beradik, mesti kita terbayang isu perebutan harta pusaka atau tanah. Tapi kisah benar yang berlaku di Arab Saudi ini sangat berbeza dan cukup untuk buat kita rasa sebak.

Seorang lelaki tua bernama Hizam Al-Ghamdi terpaksa berlawan dengan adiknya sendiri di hadapan hakim. Mereka bukan bergaduh sebab duit, sebaliknya masing-masing tak nak mengalah siapa yang patut jaga ibu mereka yang dah sangat uzur.

Hizam berkeras dia nak terus jaga ibunya macam yang dia buat selama ini sebab itu nyawa dia. Tapi si adik p**a tak setuju sebab dia nampak abangnya sendiri pun dah tua dan perlukan rehat.

Keadaan di mahkamah jadi sangat emosi bila dua-dua merayu dekat hakim supaya diberikan hak penjagaan. Hakim yang buntu akhirnya panggil ibu mereka masuk untuk buat pilihan sendiri.

Jawapan ibu mereka sangat menyentuh hati bila dia cakap dia tak mampu nak pilih sebab dua-dua anak itu ibarat matanya kiri dan kanan. Disebabkan ibu tak sampai hati nak pilih, hakim terpaksa buat keputusan berdasarkan logik akal.

Mahkamah memutuskan hak penjagaan diserahkan kepada si adik sebab faktor usia dan tenaga yang lebih kuat berbanding Hizam. Saat keputusan itu keluar, suasana jadi pilu bila Hizam terus menangis teresak-esak di situ juga.

Dia menangis bukan sebab takut atau sedih kena hukuman. Air mata itu tumpah sebab dia rasa dia dah 'kalah' dan hilang peluang keemasan untuk berbakti pada ibunya di sisa hidup yang ada.

02/12/2025

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid ,Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Semoga sentiasa sihat dan diberkati selalu dan sentiasa dalam rahmatNya Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid


**aupinang

Address

Lot 2965 Mukim 6 Pongsu Seribu
Kepala Batas
13200

Telephone

+60194112884

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darul Hanan Mainpp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Darul Hanan Mainpp:

Shortcuts

Share