06/02/2025
𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒
Sempena kehadiran bulan Ramadan tidak lama lagi, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah melancarkan Kempen Infaq Ramadan kali ke-14 dengan harapan dapat mengajak masyarakat ramai untuk bersama-sama mengimarahkan bulan penuh rahmat ini dengan berkongsi rezeki, pada masa yang sama merebut peluang meraih keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Melalui kempen ini, Peduli Insan akan menyalurkan bantuan berupa kotak makanan asas, juadah iftar dan sahur kepada mereka yang memerlukan, khususnya di Syria, Palestin, dan Yaman.
Semoga dengan kehadiran Ramadan tahun ini, lebih banyak nyawa dapat dibantu dan lebih ramai yang akan terbela nasibnya. Mudah-mudahan, kita semua dapat menikmati Ramadan yang penuh makna dan keberkatan pada tahun 2025.