Persatuan Penduduk Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu Pulau Pinang

Directions Contact the organization

Persatuan Penduduk Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu Pulau Pinang The Voice Of The Residents
"Sehati, Sejiwa, Satu Suara" Matlamat Persatuan

1. Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat.

2.

Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan pendidikan,kebudayaan,social, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat.

3. Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan.

4. Mengwujudkan perpaduan di antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.

5.Mewujudkan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang seumpamanya.

6. Menjaga kebajikan am ahli-ahli.

JEMPUTAN KE PROGRAM KESEDARAN JENAYAH BERSAMA IPD KEPALA BATASSalam Sejahtera,Dengan segala hormatnya, Persatuan Pendudu...
01/09/2026

JEMPUTAN KE PROGRAM KESEDARAN JENAYAH BERSAMA IPD KEPALA BATAS

Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, Persatuan Penduduk Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu Pulau Pinang*
dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas menjemput semua penduduk dan komuniti setempat untuk hadir ke:

PROGRAM KESEDARAN JENAYAH BERSAMA IPD KEPALA BATAS

📅 Tarikh: 6 September 2026 (Ahad)
🕕 Masa: 6.00 petang
📍 Tempat: Hotel Jannah, Kepala Batas

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat berkaitan keselamatan komuniti, jenayah siber, penipuan & scam, jenayah kekerasan serta langkah-langkah melindungi diri dan keluarga.

Jom hadir dan manfaatkan peluang untuk mendapatkan ilmu serta nasihat keselamatan secara terus daripada pihak PDRM.

MAKANAN DISEDIAKAN!

“Keselamatan Komuniti Adalah Tanggungjawab Kita Bersama.”

Kehadiran dan sokongan semua amatlah dialu-alukan bagi bersama-sama membentuk komuniti yang lebih peka, selamat dan harmoni.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026Hari Kebangsaan bukan sekadar memperingati kemerdekaan, tetapi ...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

31 Ogos 2026

Hari Kebangsaan bukan sekadar memperingati kemerdekaan, tetapi menjadi ruang untuk kita menghayati nilai perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan dalam membina Malaysia yang lebih baik.

Berbeza budaya, berbeza bangsa, namun tetap satu jiwa.
Perpaduan menjadi kekuatan kita, Malaysia menjadi rumah kita.

“Malaysia Teguh kerana kita bersama.”

Marilah kita terus memelihara keharmonian masyarakat, menghormati kepelbagaian dan mengukuhkan semangat kejiranan demi generasi akan datang.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Ikhlas daripada,
Barisan Pimpinan
Persatuan Penduduk Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu Pulau Pinang

🇲🇾

𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆, 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝟔 Pada 28 Ogos 2026, Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026, Per...
30/08/2026

𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆, 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝟔

Pada 28 Ogos 2026, Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026, Persatuan Penduduk Mukim 6 terus mengambil inisiatif menyemarakkan semangat patriotik dan kecintaan kepada negara melalui aktiviti pemasangan dan penggantungan Jalur Gemilang di sekitar kawasan Mukim 6.

Aktiviti ini telah diketuai oleh EXCO Persatuan, En. Ravisangkar, bersama-sama pemuda kawasan Mukim 6 yang berganding bahu memasang Jalur Gemilang di tiang-tiang kawasan serta di hadapan rumah penduduk.

Jalur Gemilang bukan sekadar bendera.
Ia adalah lambang identiti, kedaulatan, perpaduan dan semangat kita sebagai rakyat Malaysia.

Usaha ini mungkin kelihatan kecil, namun semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh penduduk membawa makna yang besar. Inilah semangat komuniti yang ingin kita bina bersama, tanpa mengira latar belakang, bangsa dan budaya.

Semoga semangat ini terus subur dalam kalangan penduduk Mukim 6 dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengenali, menghargai serta mencintai negara kita.

Berbeza budaya, berbeza bangsa, namun tetap satu jiwa..
Perpaduan menjadi kekuatan kita, Malaysia menjadi rumah kita. 🇲🇾

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026!









𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐃𝐑𝐌Salam Sejahtera..Pihak 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐌𝐮𝐤𝐢𝐦 𝟔 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝟑 𝐋𝐚𝐡𝐚𝐫 𝐁𝐮𝐛𝐮 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 ...
25/08/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐃𝐑𝐌

Salam Sejahtera..

Pihak 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐌𝐮𝐤𝐢𝐦 𝟔 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝟑 𝐋𝐚𝐡𝐚𝐫 𝐁𝐮𝐛𝐮 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 dengan kerjasama 𝐈𝐛𝐮 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 (𝐈𝐏𝐃) 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐥𝐚 𝐁𝐚𝐭𝐚𝐬 akan menganjurkan Program Kesedaran Jenayah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai aspek keselamatan diri, keluarga dan komuniti.

📅 Tarikh: 6 September 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 6.00 petang
📍 Tempat: Hotel Jannah, Kepala Batas

Program ini merupakan satu platform untuk penduduk mendapatkan maklumat, pandangan serta panduan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan isu jenayah dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bersama.

Antara fokus program:
• Kesedaran dan pencegahan jenayah
• Keselamatan diri dan keluarga
• Keselamatan kawasan kejiranan
• Peranan masyarakat dalam membanteras jenayah
• Saluran yang betul untuk membuat laporan dan mendapatkan bantuan

Keselamatan komuniti adalah tanggungjawab kita bersama.

Sehubungan itu, semua AJK Persatuan dan penduduk Mukim 6 dijemput untuk hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.

📢 Jom hadir, tambah ilmu dan tingkatkan kesedaran demi komuniti yang lebih selamat!

Persatuan Penduduk Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu Pulau Pinang

Sehati • Sejiwa • Satu Suara 🇲🇾

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝟔 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐈 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀Pada 12 Ogos 2026, Persatuan...
24/08/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝟔 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐈 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀

Pada 12 Ogos 2026, Persatuan Penduduk Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu Pulau Pinang telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐇𝐚𝐟𝐢𝐳 𝐀𝐬𝐰𝐚𝐝 𝐛𝐢𝐧 𝐍𝐚𝐝𝐳𝐫𝐢, 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐔𝐭𝐚𝐫𝐚 (𝐒𝐏𝐔) turut disertai oleh 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐘𝐮𝐬𝐮𝐟 bersama barisan Jawatankuasa Persatuan Penduduk Mukim 6.

Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan persatuan, memperkukuhkan hubungan serta kerjasama antara komuniti dan pihak kerajaan, di samping membawa beberapa isu dan keperluan utama penduduk Mukim 6 untuk perhatian serta tindakan pihak berkaitan.

Antara perkara utama yang dibawa dalam perbincangan adalah:

🔹 Isu tanah terbiar dan semak samun – termasuk status pemilikan, penyelenggaraan serta aspek keselamatan penduduk.

🔹 Sistem perparitan dan saliran – masalah air bertakung, risiko banjir kilat serta keperluan penambahbaikan sistem saliran.

🔹 Pengurusan sisa pepejal – keperluan kemudahan pengumpulan sampah yang lebih sesuai dan sistematik serta penilaian kekerapan kutipan.

🔹 Aktiviti perindustrian dan operasi premis – termasuk isu waktu operasi, pergerakan kenderaan berat, status lesen, kesesuaian aktiviti dengan kawasan sekitar serta kesan terhadap keselamatan dan kesejahteraan penduduk.

🔹 Pembangunan ekonomi dan sosial komuniti – peluang keusahawanan, peningkatan pendapatan, latihan kemahiran, pembangunan infrastruktur, program belia dan wanita serta kerjasama komuniti dengan agensi kerajaan.

Dalam perbincangan tersebut, pihak persatuan turut mencadangkan lawatan tapak bersama serta penyelarasan dengan agensi-agensi teknikal berkaitan bagi mendapatkan gambaran sebenar isu di lapangan dan mengenal pasti tindakan susulan yang bersesuaian.

Persatuan Penduduk Mukim 6 akan terus memainkan peranan sebagai penghubung antara penduduk dan pihak kerajaan, dengan komitmen untuk menyalurkan maklumat, mengenal pasti isu setempat serta bekerjasama dalam usaha membangunkan komuniti yang lebih selamat, bersih, teratur, berdaya maju dan sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri, Pegawai Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara, atas kesudian menerima kunjungan hormat pihak persatuan.

Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, Jawatankuasa Persatuan Penduduk Mukim 6 turut menyampaikan hamper cenderahati kepada Tuan Pegawai Daerah dan Tanah SPU atas kesudian menerima kunjungan hormat pihak persatuan.

Semoga hubungan dan kerjasama antara komuniti dengan pihak kerajaan terus diperkukuhkan demi kepentingan dan kesejahteraan penduduk Mukim 6. 🤝





𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐘𝐁 𝐃𝐑. 𝐌𝐀𝐒𝐓𝐔𝐑𝐀Jawatankuasa Wanita Persatuan Penduduk Mukim 6 ingin merakamk...
19/08/2026

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐘𝐁 𝐃𝐑. 𝐌𝐀𝐒𝐓𝐔𝐑𝐀

Jawatankuasa Wanita Persatuan Penduduk Mukim 6 ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dr Siti Mastura Muhammad atas kelahiran cahaya mata yang selamat dan sihat. Semoga YB dan bayi sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan berpantang serta diberikan kebahagiaan bersama keluarga. 🤲🏻❤️

Pada awalnya, Jawatankuasa Wanita Persatuan Penduduk Mukim 6 telah merancang untuk mengadakan kunjungan bagi menziarahi YB. Namun, hasrat tersebut tidak dapat direalisasikan kerana YB sedang dalam tempoh berpantang dan bercuti di luar kawasan.

Sebagai tanda ingatan, kasih sayang dan doa daripada seluruh warga Persatuan Penduduk Mukim 6, pihak Jawatankuasa Persatuan telah menyampaikan hamper kepada Pegawai Kanan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas untuk disampaikan kepada YB Dr. Mastura. 🎁🌹

Semoga hadiah kecil ini menjadi tanda ingatan dan penghargaan daripada kami. Kami mendoakan agar YB Dr. Mastura sekeluarga terus diberikan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

Tahniah sekali lagi YB! Selamat berpantang dan semoga dikurniakan rezeki serta kebahagiaan bersama cahaya mata tersayang. 🤲🏻💐

Persatuan Penduduk Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu Pulau Pinang

Sehati • Sejiwa • Satu Suara 🇲🇾

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐙𝐚𝐢𝐧𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧, 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐁𝐒𝐏, 𝐀𝐭𝐚𝐬 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐌𝐮𝐤𝐢𝐦 𝟔. PERMOHONAN TELAH DILULUSKAN! 🎉Setela...
31/07/2026

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐙𝐚𝐢𝐧𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧, 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐁𝐒𝐏, 𝐀𝐭𝐚𝐬 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐌𝐮𝐤𝐢𝐦 𝟔.

PERMOHONAN TELAH DILULUSKAN! 🎉

Setelah melalui perjalanan yang panjang sejak tahun 2024, akhirnya usaha Jawatankuasa Persatuan Penduduk Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu membuahkan hasil.

Isu ketiadaan kemudahan pembuangan sampah telah mula dibangkitkan pada tahun 2024, diteruskan melalui memorandum dan permohonan rasmi, serta beberapa siri perbincangan sepanjang tahun 2025 dan 2026 bersama Ahli Majlis. Permohonan rasmi juga dikemukakan bagi mendapatkan perkhidmatan kutipan sampah atau penyediaan tapak pembuangan sampah demi keselesaan penduduk.

Alhamdulillah, hasil kerjasama semua pihak, tanah rizab kerajaan di kawasan Mukim 6 telah diluluskan sebagai lokasi penempatan tong sampah, lengkap dengan perkhidmatan kutipan sampah berjadual.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Zainuddin Mohamed (Ahli Majlis MBSP) atas komitmen, usaha dan sokongan beliau dalam merealisasikan keperluan yang telah lama dinantikan oleh penduduk Mukim 6.

Usul ini merupakan antara perkara yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan, dan dalam tempoh kira-kira 6 bulan, ia berjaya diselesaikan. Ini membuktikan bahawa kerjasama, kesabaran dan usaha berterusan mampu menghasilkan perubahan yang memberi manfaat kepada komuniti.

Kini, marilah kita bersama-sama menjaga kemudahan yang telah disediakan. Gunakan tong sampah dengan berhemah, kekalkan kebersihan persekitaran, dan hargai harta benda awam demi kesejahteraan semua.

Sehati • Sejiwa • Satu Suara

LAWATAN DAN PEMANTAUAN KAWASAN MUKIM 6 BERSAMA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) SEBERANG PERAI UTARAPersatuan Pendudu...
30/07/2026

LAWATAN DAN PEMANTAUAN KAWASAN MUKIM 6 BERSAMA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) SEBERANG PERAI UTARA

Persatuan Penduduk Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu telah menerima kunjungan, Pegawai Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Seberang Perai Utara, Pejabat Persatuan bagi mengadakan sesi perbincangan serta lawatan pemantauan di sekitar kawasan Mukim 6.

Lawatan ini bertujuan meninjau sendiri keadaan sistem perparitan dan saliran di beberapa lokasi yang dikenal pasti, di samping mendapatkan maklum balas secara terus daripada pihak Persatuan berhubung isu-isu yang dihadapi oleh penduduk.

Hasil daripada sesi pemantauan ini, pelbagai cadangan penambahbaikan telah dibincangkan bagi memastikan sistem saliran berfungsi dengan lebih berkesan, mengurangkan risiko banjir kilat serta meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat.

Pihak Persatuan Penduduk Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JPS , mendengar sendiri pandangan penduduk dan memberikan komitmen dalam usaha mencari penyelesaian terbaik terhadap isu-isu berkaitan saliran dan perparitan.

Semoga jalinan kerjasama yang erat antara JPS dan Persatuan akan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan penduduk serta pembangunan komuniti yang lebih mampan.

Persatuan Penduduk Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu Pulau Pinang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan P...
30/07/2026

Persatuan Penduduk Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu Pulau Pinang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Pulau Pinang serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pulau Pinang atas penganjuran program yang telah berlangsung dengan jayanya.

Jawatankuasa Persatuan Penduduk telah menghadiri program ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuhkan kesedaran masyarakat dalam membanteras penyalahgunaan dadah serta membina komuniti yang lebih selamat, sihat dan harmoni.

Semoga ilmu, perkongsian dan kerjasama strategik yang terjalin melalui program ini dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat serta menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif pembangunan komuniti pada masa hadapan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

"Bersama Membina Komuniti Bebas Dadah, Sejahtera dan Berdaya Tahan."

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍: 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐔𝐋𝐔𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍Dalam semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap masy...
03/07/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍: 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐔𝐋𝐔𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍

Dalam semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap masyarakat, Persatuan Penduduk Mukim 6 telah bersama-sama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas menziarahi dua keluarga yang terjejas akibat kebakaran rumah yang berlaku baru-baru ini.

Kunjungan ini diwakili oleh:
Puan Tan Gaik Ean – EXCO Biro Kebersihan & Alam Sekitar
Puan Thilagavathy – EXCO Biro Kesihatan & Keharmonian

Kebakaran tersebut telah memusnahkan dua buah rumah milik keluarga Encik Murugaya A/L Supramaniam @ Suppaya dan Encik Bagavathy A/L Kandasamy, yang menjadi tempat berteduh serta menyimpan pelbagai kenangan buat keluarga mereka.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana semua ahli keluarga terselamat. Namun, Encik Murugaya mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan kini sedang menjalani proses pemulihan.

Pihak Persatuan Penduduk Mukim 6 merakamkan rasa simpati dan dukacita atas musibah yang menimpa. Semoga Encik Murugaya, Encik Bagavathy serta seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini.

Terima kasih kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas atas keprihatinan dan kerjasama dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan. Semoga semangat perpaduan dan saling membantu ini terus menjadi contoh kepada seluruh komuniti.

"Bersama Membantu, Bersama Membina Harapan."

Address

No 2221 Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu
Kepala Batas
13200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Penduduk Mukim 6 Jalan 3 Lahar Bubu Pulau Pinang:

Shortcuts

Share




Enable notifications