Penaga Kita

Penaga Kita Sejak 2018
Secara rasmi 2020

Assalamualaikum wbt.RAYUAN WAKAF PEMBANGUNAN MAAHAD AL-IMAM AN-NAWAWIPihak Maahad Al-Imam An-Nawawi, Lahar Minyak, Kepal...
06/05/2026

Assalamualaikum wbt.

RAYUAN WAKAF PEMBANGUNAN MAAHAD AL-IMAM AN-NAWAWI

Pihak Maahad Al-Imam An-Nawawi, Lahar Minyak, Kepala Batas kini sedang mengusahakan pembangunan Hub Pembelajaran Lestari MIN – Pusat Sumber & Inovasi bagi menaik taraf kontena lama yang sedia ada kepada ruang pembelajaran yang lebih selamat, selesa dan bermanfaat untuk anak-anak pelajar.

Sumbangan tuan/puan akan dimanfaatkan untuk pembangunan:

✅ Makmal Sains
✅ Pusat Sumber
✅ Makmal RBT
✅ Makmal Komputer

Keadaan sedia ada amat memerlukan penambahbaikan segera, khususnya melibatkan kerja-kerja struktur, pendawaian, siling, lantai dan kemudahan asas pembelajaran.

Jumlah kos diperlukan: RM248,110.00

Inisiatif rayuan wakaf ini dilaksanakan dengan kerjasama Wakaf MAINPP dan telah diluluskan oleh Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sebagai usaha bersama memperkukuh pendidikan anak-anak Islam di Pulau Pinang.

Jom bersama kita hidupkan wakaf pendidikan.
Sedikit yang kita hulurkan hari ini, insya-Allah menjadi saham ilmu yang terus mengalir pahalanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Nama Akaun: Dana Pembangunan Maahad Al-Imam Annawawi
No. Akaun: 109921803041
Bank: Affin Islamic Bank Berhad

Atau imbas QR DuitNow yang tertera pada poster.

Wakaf hari ini, ilmu mengalir sampai akhirat.

Wakaf Mainpp Mohd Naim Haji Salleh Saya Orang Penaga - S.O.P Penaga Kita

🔥 BERSEDIA GAIS! 🔥| HEBAHAN |FUN RUN & FUN RIDE SUNGAI MUDA 2026 kini kembali lagi dengan lebih MERIAH, lebih HAVOC, leb...
22/04/2026

🔥 BERSEDIA GAIS! 🔥

| HEBAHAN |

FUN RUN & FUN RIDE SUNGAI MUDA 2026 kini kembali lagi dengan lebih MERIAH, lebih HAVOC, lebih PADU dari sebelum ni!

Acara paling ditunggu dah mai! Hangpa jangan lepaskan peluang naa! Yang pasti macam-macam aktiviti ada.

🏃🏻 FUN RUN & 🚴🏻 FUN RIDE - bukan sekadar larian dan kayuhan santai, tetapi simbol Gaya Hidup Sihat Tanpa Dadah yang menyatukan komuniti aktif, bersemangat dan penuh solidariti!

📌 Acara ini diadakan bersempena Peringatan Hari Antidadah Antarabangsa (28 Jun setiap tahun).

📌 Early Bird sehingga 1 Mei 2026, jadi rebutlah peluang dengan harga istimewa!

📢 Jangan lupa kongsikan hebahan ini kepada seluruh rakan anda! Jumpa anda nanti!

📍 BUTIRAN ACARA :
🗓️ 27 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi – 6.00 petang

🗓️ 28 Jun 2026 (Ahad)
⏰ 7.30 pagi – 1.00 petang

📍 Lokasi: Dataran T**i Merdeka, Sungai Muda, Seberang Perai Utara, Kepala Batas

🏁 KATEGORI :
🏃‍♂️ Larian Santai : 5KM
🚴‍♀️ Kayuhan Santai : 18KM

🎽 PAKEJ TERMASUK :
✅ Baju Larian Eksklusif
✅ Medal Finisher Edisi Khas
✅ Insuran
✅ Tiket Cabutan Bertuah
✅ E-Sijil
✅ Bib Nombor
✅ Snack Pack
✅ Beg Drawstring

🔥 Kenapa anda perlu sertai?
💟 Acara komuniti MEGA & luar biasa tahun ini
💟 Aktiviti sihat bersama keluarga, rakan sekerja & sahabat
💟 Suasana penuh energi, keseronokan & kebersamaan

👉 Daftar sekarang!
Jangan tunggu saat akhir :

Howei
https://howei.com/event_details/festivalsungaimuda2026

Ticket2u
http://t2u.asia/e/49386_56c1f1be4c51401eb3d719f9ab5f7742

Jumpa anda di garisan permulaan Sungai Muda Fun Run & Ride 2026! 💚💙





21/04/2026

ANTARA PENERIMA WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG OLEH KDYMM SPB YANG DI-PERTUAN AGONG IALAH TUAN HAJI RAMLI BIN OMAR (KETUA KAWASAN AMANAH KEPALA BATAS 🧡)

02/04/2026

Potensi baru anak muda ceburi bidang dron pertanian.

Semoga makin ramai beliau ceburi sektor pertanian pintar.
01/04/2026

Semoga makin ramai beliau ceburi sektor pertanian pintar.

Congratulations to all SPM 2025 students, whatever your results, they are the first step toward your future.

Keep striving, keep believing.

Penang’s food security needs more geniuses in agrotechnology.

" Innovation is our harvest of tomorrow."

Dah ada IC, kenapa nak jadi warga asing ?
01/04/2026

Dah ada IC, kenapa nak jadi warga asing ?

Terima kasih MALAYSIA Madani.
20/01/2026

Terima kasih MALAYSIA Madani.

01/01/2026

Craving makanan Jepun & Korea la pulak. Kat mana ada jual ?

Address

Pekan Penaga
Kepala Batas
13100

Opening Hours

Monday 14:00 - 20:00
Tuesday 14:00 - 20:00
Wednesday 14:00 - 20:00
Thursday 14:00 - 20:00
Friday 14:00 - 20:00
Saturday 14:00 - 20:00
Sunday 14:00 - 20:00

Telephone

+601128554501

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penaga Kita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share