Komuniti Kampung Bandukan Lama

Komuniti Kampung Bandukan Lama Laman komuniti bagi perkongsian maklumat, makluman dan aktiviti semasa untuk penduduk Kampung Bandukan.

Gotong-Royong Bersihkan Balai Budaya & Kawasan PerkuburanKampung Bandukan Lama, 1 May 2026 – Aktiviti gotong-royong memb...
02/05/2026

Gotong-Royong Bersihkan Balai Budaya & Kawasan Perkuburan

Kampung Bandukan Lama, 1 May 2026 – Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Balai Budaya telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan aktif penduduk kampung, melibatkan golongan belia, dewasa serta kaum wanita.

Sebelum aktiviti dimulakan, para peserta turut menikmati sarapan pagi yang telah disediakan, sekali gus mengeratkan hubungan dan menyemarakkan semangat kebersamaan.

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk mengutip sampah, memotong rumput, membersihkan kawasan sekitar dapur dan tandas Balai Budaya serta menyusun semula peralatan-peralatan yang ada.

Pada 2 May 2026, aktiviti gotong-royong kampung diteruskan lagi dengan kerja-kerja menyembur racun rumput di kawasan tanah perkuburan kampung bagi memastikan kawasan tersebut sentiasa bersih, terjaga dan mesra untuk penziarah.

Program gotong-royong ini bukan sahaja menceriakan persekitaran, malah mengukuhkan ikatan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk Kampung Bandukan Lama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penduduk yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semangat yang ditunjukkan amat dihargai dan menjadi contoh terbaik kepada komuniti.

Aktiviti Gotong-Royong Perkukuh Semangat Komuniti Kg. Bandukan LamaKampung Bandukan Lama, 29 April 2026 – Penduduk Kampu...
29/04/2026

Aktiviti Gotong-Royong Perkukuh Semangat Komuniti Kg. Bandukan Lama

Kampung Bandukan Lama, 29 April 2026 – Penduduk Kampung Bandukan Lama terus menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi menerusi penganjuran dua aktiviti gotong-royong yang berlangsung pada 28 dan 29 April 2026.

Pada 28 April, penduduk kampung berganding bahu melaksanakan kerja-kerja pemindahan pagar di tapak pembinaan dewan terbuka KKD yang baharu. Aktiviti ini melibatkan penyertaan aktif golongan belia serta penduduk setempat yang bersama-sama memastikan persekitaran kawasan pembinaan lebih selamat dan sesuai untuk pembangunan seterusnya.

Sementara itu, pada 29 April, satu lagi aktiviti gotong-royong telah diadakan dengan penglibatan ibu bapa pelajar Tadika KEMAS Kg. Bandukan Lama. Fokus utama aktiviti ini adalah memindahkan barangan taska dari Balai Budaya ke Balai KKD. Kerjasama erat antara ibu bapa dan penduduk kampung mempercepatkan proses pemindahan serta memastikan segala kelengkapan dipindahkan dengan selamat dan teratur.

Kedua-dua aktiviti ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif yang dirancang, malah turut mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung. Semangat gotong-royong yang ditunjukkan jelas mencerminkan nilai perpaduan dan komitmen komuniti dalam membangunkan kemudahan kampung secara bersama.

Diharapkan usaha seperti ini akan diteruskan dan menerima lebih banyak sambutan pada masa hadapan demi kesejahteraan serta kemajuan Kampung Bandukan Lama.

πŸ“’ MAKLUMAN PENTINGKepada semua Kontraktor Bumiputera Kelas F di kawasan DUN N.40 BingkorPejabat Wakil Rakyat ADUN N.40 B...
09/04/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENTING
Kepada semua Kontraktor Bumiputera Kelas F di kawasan DUN N.40 Bingkor

Pejabat Wakil Rakyat ADUN N.40 Bingkor sedang menjalankan semakan dan pengemaskinian senarai kontraktor bagi Kerja-kerja Kecil di bawah Peruntukan ADUN

πŸ‘‰ Sehubungan itu, kontraktor yang berminat untuk menyertai adalah DIKEHENDAKI untuk menyerahkan:
βœ… Salinan lesen kontraktor yang masih sah
πŸ“Œ Tujuan:
* Semakan & pengesahan maklumat
* Penyertaan kerja-kerja kecil di bawah ADUN
* Pemilihan kontraktor melalui cabutan khas

⚠️ Perhatian:
Hanya kontraktor yang menghantar salinan lesen yang sah akan dipertimbangkan.

πŸ“ Tempat Serahan:
Pejabat Wakil Rakyat ADUN N.40 Bingkor
Blok F, Lot 87, Bandar Baru Keningau

πŸ•˜ Sila hantar dalam waktu pejabat.

Sekian, terima kasih.
β€œBerkhidmat Untuk Rakyat”
Pejabat Wakil Rakyat N.40 Bingkor
9hb April 2026

GOTONG-ROYONG MEMBAIKI SISTEM PAIP GRAVITI KG. BANDUKAN LAMAKg. Bandukan Lama, 31 Mac 2026 – Penduduk kampung menunjukka...
31/03/2026

GOTONG-ROYONG MEMBAIKI SISTEM PAIP GRAVITI KG. BANDUKAN LAMA

Kg. Bandukan Lama, 31 Mac 2026 – Penduduk kampung menunjukkan semangat kebersamaan yang tinggi apabila berganding bahu menjayakan aktiviti gotong-royong membaiki paip air graviti di kampung ini.

Aktiviti yang melibatkan anak-anak muda serta belia senior kampung ini tertumpu kepada kerja-kerja pembaikan dan pemulihan sistem paip graviti bagi memastikan bekalan air sentiasa lancar untuk kegunaan harian penduduk. Tanpa banyak soal, para penduduk kampung turun padang menyumbangkan tenaga, sekali gus mencerminkan semangat prihatin dan tanggungjawab terhadap kemudahan bersama.

Aktiviti gotong-royong ini telah diketuai oleh Pengerusi Pengurusan Paip Graviti Kg. Bandukan Lama dengan sokongan padu daripada Pengerusi JKKK, Ketua Kampung serta kerjasama erat seluruh penduduk setempat.

Menurut pihak kampung, apabila masyarakat bergerak secara bersama, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat dan suasana turut menjadi lebih meriah serta harmoni.

Semangat kebersamaan seperti ini diharapkan dapat terus dipelihara demi kesejahteraan dan kemajuan Kg. Bandukan Lama pada masa akan datang.

'Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' 🀝🀝🀝

Gotong-Royong Meracun Rumput Kawasan Perkuburan Kg Bandukan LamaKeningau, 28 Mac 2026 – Aktiviti gotong-royong meracun r...
28/03/2026

Gotong-Royong Meracun Rumput Kawasan Perkuburan Kg Bandukan Lama

Keningau, 28 Mac 2026 – Aktiviti gotong-royong meracun rumput telah berjaya dilaksanakan pada hari ini di kawasan perkuburan Kampung Bandukan Lama dengan penglibatan warga penduduk setempat.

Program ini diketuai oleh En. Janny Anil dan turut dihadiri oleh Ketua Kampung, En. Joe Ravok bersama penduduk kampung yang memberikan komitmen padu sepanjang pelaksanaan aktiviti.

Aktiviti tertumpu kepada kerja-kerja meracun rumput bagi mengawal pertumbuhan rumput liar serta memastikan kawasan perkuburan sentiasa dalam keadaan bersih, terurus dan mudah diselenggara.

Pengerusi JKKK Kampung Bandukan Lama merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang padu dalam menjayakan aktiviti ini.

Semangat gotong-royong ini mencerminkan perpaduan dan keprihatinan masyarakat dalam menjaga kebersihan serta kesucian kawasan perkuburan kampung.

Diharapkan aktiviti seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan bersama.

Sedarkah anda kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada minggu hadapan? Bertenang & laksanakan tips mencegah penular...
13/03/2026

Sedarkah anda kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada minggu hadapan?

Bertenang & laksanakan tips mencegah penularan denggi sebelum, semasa & selepas beraya supaya raya anda lebih meriah tanpa risiko denggi!

"TIADA AEDES, TIADA DENGGI."
"CEGAH DENGGI, TANGGUNJAWAB BERSAMA."

KERJASAMA PADU KOMUNITI BANDUKAN LAMA DALAM KERJA-KERJA RUTIN PEMBERSIHAN PADANG RAGUT.BANDUKAN, 4 Mac – Komuniti penter...
04/03/2026

KERJASAMA PADU KOMUNITI BANDUKAN LAMA DALAM KERJA-KERJA RUTIN PEMBERSIHAN PADANG RAGUT.

BANDUKAN, 4 Mac – Komuniti penternak kg bandukan lama sekali lagi menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi apabila bersama-sama melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan rutin kawasan padang ragut sebagai langkah persediaan awal sempena lawatan pemantauan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Keningau.

Kerja-kerja yang dijalankan melibatkan pembersihan kawasan yang semak serta memastikan padang ragut berada dalam keadaan lebih terurus dan kemas. Inisiatif ini bukan sahaja sebagai persediaan menghadapi lawatan, malah merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan komuniti dalam menjaga dan membangunkan kemudahan penternakan secara konsisten.

Semangat kebersamaan yang ditunjukkan jelas membuktikan bahawa usaha secara bergotong-royong mampu mempercepatkan kerja dan mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli komuniti.

Ketua kg. Bandukan lama, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas kerjasama padu semua yang terlibat. Diharapkan usaha berterusan ini akan terus memperkukuh pembangunan sektor penternakan di daerah ini.




BINGKOR, 24 Februari 2026 (Selasa) – Pejabat PWR/UPPM N 40 Bingkor telah menganjurkan satu Program Ucapan dan Amanat YB ...
24/02/2026

BINGKOR, 24 Februari 2026 (Selasa) – Pejabat PWR/UPPM N 40 Bingkor telah menganjurkan satu Program Ucapan dan Amanat YB Wakil Rakyat N.40 yang turut disusuli dengan sesi taklimat khas berkaitan pengurusan bencana, permohonan infrastruktur serta tatacara laporan dan aduan kampung.

Program ini melibatkan kehadiran semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) bagi Mukim Bingkor, Mukim Tuntumulud dan Mukim Tuarid Taud.

Sesi pertama program telah berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat PWR/UPPM Bandar Baru Keningau. Dalam amanatnya, YB Wakil Rakyat N.40 menekankan kepentingan kepimpinan akar umbi yang proaktif, berintegriti serta responsif terhadap keperluan rakyat di peringkat kampung.

Taklimat yang disampaikan memberi penekanan kepada:

Tugas dan Tatacara Pengurusan Bencana – memperincikan peranan Pengerusi JKK dalam menghadapi situasi kecemasan seperti banjir, tanah runtuh dan kebakaran.

Permohonan Infrastruktur – garis panduan lengkap berkaitan prosedur, dokumen sokongan serta saluran rasmi permohonan projek.

Laporan dan Aduan Kampung – kaedah penyediaan laporan yang sistematik dan tepat bagi memastikan tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan segera.

Program ini diadakan sebagai langkah penyelarasan dan pemantapan pentadbiran kampung agar setiap JKK dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih tersusun, cekap dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Pihak PWR/UPPM N.40 Bingkor berharap agar melalui sesi amanat dan taklimat ini, semua Pengerusi JKK dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam memperkukuh pembangunan serta kesiapsiagaan komuniti di kawasan masing-masing.



20/02/2026
Gong Xi Fa Cai! 🧧🐎Di Tahun Kuda ini, semoga kita semua berlari menuju kejayaan, dipenuhi semangat, keberuntungan, dan re...
18/02/2026

Gong Xi Fa Cai! 🧧🐎
Di Tahun Kuda ini, semoga kita semua berlari menuju kejayaan, dipenuhi semangat, keberuntungan, dan rezeki yang tak putus. Semoga setiap langkah membawa kebahagiaan dan harapan baru. ✨



Hari ini kita memasuki Rabu Abu, permulaan musim Pra-Paskah (Lent) bagi umat Kristian. Rabu Abu mengingatkan kita tentan...
17/02/2026

Hari ini kita memasuki Rabu Abu, permulaan musim Pra-Paskah (Lent) bagi umat Kristian. Rabu Abu mengingatkan kita tentang erti kerendahan hati, taubat dan memperbaharui iman.

Abu yang ditandakan di dahi melambangkan bahawa kita berasal dari debu dan akan kembali kepada debu. Ia juga menjadi simbol komitmen untuk berubah menjadi insan yang lebih baik β€” lebih sabar, lebih mengasihi dan lebih dekat dengan Tuhan.

Semoga musim Pra-Paskah ini memberi ruang untuk kita bermuhasabah diri, memperbaiki hubungan sesama manusia dan memperkukuhkan iman.

Salam Rabu Abu kepada semua yang menyambut. βœοΈπŸ™

Address

Jalan Bunsit Bandukan, Kampung Bandukan Bingkor
Keningau
89000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Kampung Bandukan Lama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share