PSDTS

PSDTS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PSDTS, Non-Governmental Organization (NGO), Keningau.

Persatuan Suku Dusun Tompizos Sabah (PSDTS) menasihatkan orang ramai yang ingin mendapatkan atau menempah Pakaian/Busana...
04/06/2026

Persatuan Suku Dusun Tompizos Sabah (PSDTS) menasihatkan orang ramai yang ingin mendapatkan atau menempah Pakaian/Busana etnik/suku Dusun Tompizos supaya berurusan terus dengan Persatuan ini.
Langkah ini penting bagi memastikan Keaslian/ketulinan pakaian Tradisi berkenaan terus terpelihara.

KENYATAAN RASMI BERKAITAN STATUS DAN PENGGUNAAN BUSANA DLAPOI KINUBAYA TOMPIZOS, DLAPOI SULOB BINIDANG TOMPIZOS & MORIND...
25/05/2026

KENYATAAN RASMI BERKAITAN STATUS DAN PENGGUNAAN BUSANA DLAPOI KINUBAYA TOMPIZOS, DLAPOI SULOB BINIDANG TOMPIZOS & MORINDON TOMPIZOS

Persatuan Suku Dusun Tompizos Sabah (PSDTS) ingin mengeluarkan kenyataan rasmi bagi memperjelaskan kedudukan, status serta hak penggunaan Busana Dlapoi Kinubaya Tompizos, Dlapoi Sudlob Binidang Tompizos & Morindon Tompizos yang telah menjadi sebahagian daripada warisan, identiti dan khazanah budaya masyarakat Dusun Tompizos sejak turun-temurun.

Berdasarkan dokumen rasmi yang telah dikemukakan kepada pihak berkuasa adat, KDCA serta agensi berkaitan, adalah jelas bahawa Dlapoi Kinubaya Tompizos merupakan salah satu busana tradisional rasmi masyarakat Dusun Tompizos yang berada di bawah dokumentasi, pemeliharaan dan pengiktirafan Persatuan Suku Dusun Tompizos Sabah (PSDTS).

Perkara ini disokong oleh beberapa dokumen rasmi, antaranya:

✅ Surat rasmi PSDTS bertarikh 21 Mei 2026 kepada Mahkamah Anak Negeri Tongod yang memohon pengesahan pakaian etnik Tompizos.

✅ Pengesahan daripada Mahkamah Anak Negeri Tongod bahawa busana yang dinyatakan adalah pakaian etnik Tompizos yang sah.

✅ Dokumentasi rasmi yang menyenaraikan tiga busana tradisional wanita Tompizos iaitu:

* Dlapoi Sulob Binidang Tompizos
* Dlapoi Kinubaya Tompizos
* Morindon Tompizos

✅ Rekod penghantaran dan penerimaan dokumentasi busana tradisional Tompizos kepada Galeri Unduk Ngadau KDCA Sabah sebagai rujukan kebudayaan rasmi.

✅ Dokumen sejarah dan penerangan busana yang telah direkodkan dalam dokumentasi Unduk Ngadau Negeri Sabah.

✅ Pengiktirafan rasmi Persatuan Suku Dusun Tompizos Sabah (PSDTS) sebagai pertubuhan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM-005-12-12102017.

Berdasarkan keseluruhan dokumentasi, pengesahan dan rekod yang telah dikemukakan, PSDTS dengan ini MENEGASKAN bahawa Dlapoi Kinubaya Tompizos adalah busana tradisional rasmi masyarakat Dusun Tompizos dan pengiktirafannya telah didokumentasikan serta diterima oleh institusi yang berkaitan.

Sehubungan itu, Juara Unduk Ngadau Tongod 2026, (Anne Theresse Justin Sentian) & Juara Unduk Ngadau Sook 2026 (Myra Evana Robert) adalah diberi kebenaran penuh, sah dan rasmi untuk mengenakan Busana Dlapoi Kinubaya Tompizos sebagai wakil Daerah dalam Pertandingan Akhir Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah 2026.

Kebenaran tersebut adalah berdasarkan hak, pengiktirafan dan dokumentasi rasmi yang dimiliki oleh Persatuan Suku Dusun Tompizos Sabah (PSDTS), disokong oleh pengesahan Mahkamah Anak Negeri Tongod serta rekod kebudayaan yang telah diterima dan didokumentasikan oleh pihak berkaitan di peringkat negeri.

Oleh yang demikian, status penggunaan Busana Dlapoi Kinubaya Tompizos oleh Anne Theresse Justin Sentian adalah SAH, RASMI dan TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN. Sebarang keraguan, kekeliruan atau persoalan berhubung hak penggunaan busana tersebut adalah tidak berasas kerana perkara ini telah disokong oleh dokumen bertulis, rekod sejarah, pengesahan pihak berkuasa adat dan dokumentasi kebudayaan yang lengkap.

PSDTS turut memberi peringatan tegas bahawa Dlapoi Kinubaya Tompizos adalah warisan budaya yang telah direkodkan, diiktiraf dan dipelihara oleh masyarakat Dusun Tompizos. Oleh itu, sebarang cubaan untuk menafikan hak warisan ini, memanipulasi fakta sejarah, menyebarkan maklumat yang mengelirukan, membuat tuntutan yang tidak berasas, mempertikaikan keabsahan dokumentasi rasmi, atau menganiaya mana-mana individu yang memakai busana ini dengan kebenaran yang sah adalah satu perbuatan yang mencemar maruah adat, warisan dan identiti masyarakat Dusun Tompizos.

PSDTS tidak akan berdiam diri terhadap sebarang tindakan sedemikian dan berhak merujuk perkara tersebut kepada Mahkamah Anak Negeri serta pihak berkuasa adat yang berkaitan untuk tindakan sewajarnya menurut adat dan peraturan yang berkuat kuasa. Sekiranya didapati berlaku unsur fitnah, penganiayaan, penghinaan terhadap warisan budaya atau pencabulan hak adat masyarakat Dusun Tompizos, pihak yang terlibat boleh dipertimbangkan untuk dikenakan Hukuman Sogit mengikut ketetapan dan pertimbangan pihak berkuasa adat yang berkenaan.

Warisan ini bukan milik individu tertentu untuk dituntut sesuka hati, sebaliknya merupakan khazanah budaya yang diwariskan oleh nenek moyang masyarakat Dusun Tompizos dan dipertanggungjawabkan kepada generasi hari ini untuk dipelihara. Oleh itu, mana-mana pihak yang cuba mengganggu, mengelirukan atau menganiaya warisan ini hendaklah bersedia mempertanggungjawabkan tindakan mereka menurut adat, sejarah dan kebenaran yang telah didokumentasikan.

PSDTS menyeru semua pihak agar menghormati fakta sejarah, dokumentasi budaya serta keputusan yang dibuat berdasarkan bukti dan rekod rasmi. Warisan budaya harus dipelihara dengan penuh tanggungjawab dan tidak dijadikan bahan polemik yang boleh mengelirukan masyarakat.

Busana Dlapoi Kinubaya Tompizos bukan sekadar pakaian tradisional, tetapi merupakan lambang identiti, sejarah, maruah dan warisan masyarakat Dusun Tompizos yang perlu dihormati, dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.

“Warisan dipelihara berasaskan fakta. Identiti diperkasa berasaskan sejarah. Budaya dihormati berasaskan kebenaran. Adat akan terus menjadi benteng mempertahankan maruah warisan masyarakat Dusun Tompizos.”

Persatuan Suku Dusun Tompizos Sabah (PSDTS)













07/05/2026
29/11/2025

1234 likes, 195 comments. “Muak selepas berdekad-dekad hidup tanpa asas perkhidmatan, dua kampung di pedalaman Sabah mengambil langkah luar biasa – menyaman bekas wakil rakyat dan kepimpinan negeri selepas mendakwa rayuan mereka selama bertahun-tahun tidak dilayan. Penduduk Kampung Sonsogon Maka...

20/09/2025

986 likes, 79 comments. “Kontraktor gagal melaksanakan projek dengan baik, manakala kerajaan GRS lemah dalam pemantauan. AOT diberikan berulang kali tanpa tindakan tegas. Menteri hanya hadir ketika pelancaran tetapi berdiam diri apabila projek gagal. Akibatnya, rakyat khususnya belia dan peminat s...

Budaya yg sama, adat berlainan...🤝👍
26/08/2025

Budaya yg sama, adat berlainan...🤝👍

Address

Keningau
89000

Telephone

+601114862400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSDTS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PSDTS:

Share