Kenderaan Amal Khairat

Kenderaan Amal Khairat Akademi Amal Khairat
Talian Hotline: 0166099940
https://linktr.ee/amalkhairat

12/06/2026

📌Hari jumaat, 2 kenderaan AK bergerak. Pagi santuni pesakit dan petang santuni jenazah kargo Kota Kinabalu. Moga dipermudahkan🤲🏻
solawat🤍

11/06/2026

Ucapan dari hati anak😥

Al-fatihah & doa buat arwah🤲🏻

11/6/2026 - KHAMIS | KES 3 : JENAZAH TENOMBantu menyantuni pengurusan jenazah bersama waris dan keluarga dengan urusan m...
11/06/2026

11/6/2026 - KHAMIS | KES 3 : JENAZAH TENOM

Bantu menyantuni pengurusan jenazah bersama waris dan keluarga dengan urusan memandikan, mengkafankan serta menunaikan solat jenazah di Kamar Mayat Hospital Keningau.

Selesai segala urusan, jenazah dibawa pulang oleh pasukan Tenom untuk disemadikan di kampung halaman. Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan hasil kerjasama erat daripada keluarga serta semua pihak yang terlibat.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang. Didoakan agar arwah diampunkan segala dosanya, dilapangkan kuburnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah dan doa🤲🏻


11/6/2026 - KHAMIS | KES 2 : JENAZAH KG.MENANTI, PEDALAMAN SOOKBantu menyantuni pengurusan jenazah bersama waris dan kel...
11/06/2026

11/6/2026 - KHAMIS | KES 2 : JENAZAH KG.MENANTI, PEDALAMAN SOOK

Bantu menyantuni pengurusan jenazah bersama waris dan keluarga dengan urusan memandikan, mengkafankan serta menunaikan solat jenazah di kamar jenazah Hospital Keningau.

Selesai urusan tersebut, jenazah dihantar pulang ke kampung halaman di Kg. Menanti, Sook bagi proses pengkebumian di tanah perkuburan kampung.

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dengan kerjasama keluarga, waris dan sahabat amal yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang. Didoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Al-fatihah dan doa. 🤲🏻


11/6/2026 - KHAMIS | KES 1 : TEMUJANJI HOSPITALBantu menyantuni pesakit terlantar bagi mendapatkan rawatan susulan dan m...
11/06/2026

11/6/2026 - KHAMIS | KES 1 : TEMUJANJI HOSPITAL

Bantu menyantuni pesakit terlantar bagi mendapatkan rawatan susulan dan menghadiri temujanji bersama doktor di Hospital Keningau.

Alhamdulillah urusan perjalanan dan rawatan dipermudahkan. Semoga segala usaha ini memberi manfaat serta membantu meringankan beban pesakit dan keluarga.

Kami mendoakan agar pesakit diberikan kesembuhan, dikurniakan kekuatan serta dipermudahkan segala urusan rawatan. Aamiin. 🤲🏻


11/06/2026

📌 Tahlil & Doa buat Arwah

Boleh tinggalkan nama arwah di ruangan komen. Insya-Allah kami akan sama-sama mendoakan arwah dalam tahlil serta doa yang dipanjatkan.🤲🏻 🤍

11/06/2026

📌 Alhamdulillah hari ini sebelum asar selesai pengurusan 2 jenazah(Sook & Tenom) dan menyantuni 1 orang pesakit terlantar. Moga menjadi asbab kebaikan🤲🏻🤍

10/6/2026 - RABUBantu menyantuni jenazah seorang lelaki warga emas dengan membawa arwah dari rumah ke masjid bagi urusan...
10/06/2026

10/6/2026 - RABU

Bantu menyantuni jenazah seorang lelaki warga emas dengan membawa arwah dari rumah ke masjid bagi urusan pengurusan jenazah, seterusnya ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Ramai hadir memberikan penghormatan terakhir, mengiringi perjalanan terakhir arwah serta menitipkan doa penuh keikhlasan.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, melapangkan kuburnya, menerangi alam barzakh dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati." (Ali 'Imran: 185)

Al-fatihah & doa..😥🤲🏻

9/6/2026 - SELASA | KES 2 : TEMUJANJI HOSPITALBantu menyantuni seorang pesakit terlantar untuk mendapatkan rawatan dan m...
10/06/2026

9/6/2026 - SELASA | KES 2 : TEMUJANJI HOSPITAL

Bantu menyantuni seorang pesakit terlantar untuk mendapatkan rawatan dan menghadiri temujanji di Hospital Keningau.

Urusan perjalanan dan rawatan berjalan dengan lancar. Semoga kehadiran kita sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberi semangat kepada pesakit dan keluarga dalam menghadapi ujian ini.

Kami mendoakan agar pesakit diberikan kesembuhan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan rawatan, serta dikurniakan kekuatan dan kesabaran dalam menempuh hari-hari mendatang.

Amal Tanpa Batas…🕊️


9/6/2026 - SELASA | KES 3 - HANTAR JENAZAHAlhamdulillah, selesai membantu menyantuni sebuah keluarga dengan menghantar p...
09/06/2026

9/6/2026 - SELASA | KES 3 - HANTAR JENAZAH

Alhamdulillah, selesai membantu menyantuni sebuah keluarga dengan menghantar pulang jenazah ke kampung halaman dari kamar mayat hospital selepas waktu Asar.

Suasana penuh hiba apabila ramai ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah sebelum perjalanan pulang ke tanah kelahiran.

Semoga segala urusan pengurusan jenazah dipermudahkan dan arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah SWT.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan. Semoga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Al-fatihah & doa🤲🏻

Address

Keningau

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kenderaan Amal Khairat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kenderaan Amal Khairat:

Share