St. John Ambulans Malaysia Kawasan Pedalaman Sabah

St. John Ambulans Malaysia Kawasan Pedalaman Sabah St John Ambulance Kawasan Pedalaman Sabah.

01/04/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH πŸŽ‰βœ¨
Majlis Belia Sabah (MBS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Wilson Gan Poi Tzen, Naib Presiden Majlis Belia Sabah atas penganugerahan darjah kebesaran Bintang Setia Kinabalu (B.S.K).

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap sumbangan, dedikasi serta komitmen berterusan beliau dalam memperkasa pembangunan belia di negeri Sabah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh belia untuk terus berbakti, memimpin dengan integriti serta menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negeri.

Syabas dan tahniah di atas pencapaian yang membanggakan ini! πŸ‘βœ¨

Ikhlas daripada Presiden dan seluruh Pimpinan serta Dewan Tertinggi Majlis Belia Sabah


Setinggi-tinggi Taniah KepadaWilson Gan Poi Tzen Wilson GanPemerintah St John Ambulance Malaysia Sabah Kawasan Pedalaman...
30/03/2026

Setinggi-tinggi Taniah Kepada

Wilson Gan Poi Tzen Wilson Gan
Pemerintah St John Ambulance Malaysia Sabah Kawasan Pedalaman

Atas pengurniaan

Bintang Setia Kinabalu (BSK)

Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75, Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman Yang Di-pertua Sabah

Tulus Iklas Daripada

Ahli-ahli St John Ambulance Malaysia Sabah Kawasan Pedalaman

Dengan penuh rasa dukacita, St John Ambulance Malaysia Sabah Kawasan Pedalaman telah memberikan penghormatan terakhir ke...
24/03/2026

Dengan penuh rasa dukacita, St John Ambulance Malaysia Sabah Kawasan Pedalaman telah memberikan penghormatan terakhir kepada Presiden Kawasan kami yang disayangi, mendiang Lee Chen Peng.

Mendiang En. Lee Chen Peng merupakan pengasas kepada pergerakan SJAM di Kawasan Pedalaman lebih 20 tahun yang lalu, dengan penubuhan Kawasan Pedalaman yang menjadi asas kepada perkembangan organisasi ini hingga ke hari ini.

Sepanjang perkhidmatan beliau bersama SJAM, mendiang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan keikhlasan, serta berjaya melahirkan ramai pemimpin yang terus menyumbang kepada masyarakat. Beliau juga dikenali sebagai seorang pemimpin komuniti yang komited, aktif dalam pelbagai organisasi di peringkat tempatan dan negara.

Sebagai tanda penghormatan terakhir, SJAM Kawasan Pedalaman telah melaksanakan upacara tabik hormat terakhir serta istiadat penyerahan bendera kepada mendiang.

Jasa dan pengorbanan mendiang akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Salam takziah kepada seluruh keluarga mendiang. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

MESYUARAT PEMERINTAH-PEMERINTAH KAWASAN & PEGAWAI-PEGAWAI NEGERI SIRI 1/2026St John Ambulance Malaysia Sabah Kawasan Ped...
25/01/2026

MESYUARAT PEMERINTAH-PEMERINTAH KAWASAN & PEGAWAI-PEGAWAI NEGERI SIRI 1/2026

St John Ambulance Malaysia Sabah Kawasan Pedalaman telah menghadiri Mesyuarat Pemerintah-Pemerintah Kawasan dan Pegawai-Pegawai Negeri Siri 1/2026 yang telah diadakan pada 24 Januari 2026 (Sabtu), 2.00 petang di Ibu Pejabat Negeri, SJAM Sabah

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pemerintah Kawasan Pedalaman, En. Wilson Gan, bersama barisan pegawai negeri dan pemerintah kawasan dari seluruh Sabah.

Antara perkara utama yang telah dibincangkan ialah:

βœ… Takwim aktiviti Tahun 2026
βœ… Perancangan pembangunan kadet dan penglibatan sekolah-sekolah
βœ… Penambahbaikan prosedur pentadbiran bagi memperkukuhkan operasi dan kecekapan organisasi

Diharapkan hasil perbincangan ini dapat memperkasakan lagi peranan St John Ambulance Malaysia Sabah dalam melahirkan lebih ramai sukarelawan berdisiplin serta meningkatkan kesiapsiagaan perkhidmatan kemanusiaan di seluruh negeri, khususnya di kawasan pedalaman.




πŸš‘ LATIHAN CPR BERSAMA MEE WOO RESORT ❀️St John Ambulance Kawasan Pedalaman telah berjaya menganjurkan Kursus CPR (Cardio...
22/01/2026

πŸš‘ LATIHAN CPR BERSAMA MEE WOO RESORT ❀️

St John Ambulance Kawasan Pedalaman telah berjaya menganjurkan Kursus CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) kepada para kakitangan Mee Woo Resort sebagai usaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan kecemasan di tempat kerja.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Ketua Jurulatih, Dr Victor Ngo, yang berkongsi ilmu dan latihan praktikal berkaitan teknik CPR yang betul serta tindakan awal semasa kecemasan.

Kami berharap latihan ini dapat memberi keyakinan kepada para peserta untuk bertindak pantas dan tepat dalam situasi kecemasan, seterusnya mampu menyelamatkan nyawa.

Terima kasih kepada pihak Mee Woo Resort atas kerjasama dan komitmen terhadap keselamatan.

πŸ“Œ Bersama kita bina komuniti yang lebih selamat.





✨ St John Ambulance Malaysia Kawasan Pedalaman βœ¨πŸ“… Tarikh: 10 September 2025πŸ“ Tempat: SMK Entabuan, Tenom⏰ Masa: 7.30 mal...
12/09/2025

✨ St John Ambulance Malaysia Kawasan Pedalaman ✨

πŸ“… Tarikh: 10 September 2025
πŸ“ Tempat: SMK Entabuan, Tenom
⏰ Masa: 7.30 malam – 9.30 malam
πŸ‘₯ Penyertaan: 95 orang pelajar
🎯 Aktiviti: Pengenalan Asas CPR & Pertolongan Cemas sempena Pekhemahan Perdana Unit Beruniform

Program ini dikendalikan oleh Dr Victor Ngo, Pegawai Perubatan St John Ambulance Kawasan Pedalaman selaku jurulatih utama.

Turut hadir memberi sokongan ialah:
β€’ Encik Wilson Gan Poi Tzen, Pemerintah Kawasan Pedalaman
β€’ Dr Gan Kean Siong, Timbalan Pemerintah St John Ambulance Sabah
β€’ 3 orang pegawai Kawasan Pedalaman: Ms Yap, Melonia & Darell

πŸ™ St John Ambulance Kawasan Pedalaman merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah serta para guru di SMK Entabuan, Tenom atas jemputan dan kerjasama yang diberikan.

Bersama kita memupuk ilmu, kemahiran & kesedaran tentang pentingnya pertolongan cemas dalam kalangan generasi muda. β€οΈπŸš‘

Address

Keningau
89008

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when St. John Ambulans Malaysia Kawasan Pedalaman Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share