Warga Felda Lawin Utara WFLU

Warga Felda Lawin Utara WFLU Jangan lupa LIKE & FOLLOW page kami untuk sentiasa update!

Jom sertai komuniti kami di Facebook! ๐ŸŒฟโœจ Ikuti Felda Lawin Utara untuk mendapatkan info terkini, aktiviti menarik, dan perkongsian bermanfaat tentang masyarakat kita.

PROGRAM JELAJAH MADANI ( YASIN & ROLL CALL) FELDA LAWIN UTARATARIKH : 19 Disember 2025 (Jumaat)Tempat : Dewan Semai Bakt...
19/12/2025

PROGRAM JELAJAH MADANI ( YASIN & ROLL CALL) FELDA LAWIN UTARA

TARIKH : 19 Disember 2025 (Jumaat)
Tempat : Dewan Semai Bakti Felda Lawin Utara

Alhamdulillah, telah selesai Program Jelajah Madani (Yasin & Roll Call) yang telah disertai oleh semua penduduk FELDA Lawin Utara. Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga penduduk diatas kesudian untuk hadir program yang diadakan pada pagi ini, Sambutan yang amat diluar jangkaan dengan jumlah kehadiran seramai 90 orang.

Jutaan terima kasih dikalungkan kepada Encik Muhammad Shahmim Bin Sakawi ( Pegawai Khas Ahli Parlimen Lenggong), semua kepimpinan JKKR, GPW, MBFM & KAF Rancangan serta penduduk yang terlibat tidak kira secara langsung dan tidak langsung bersama Pengurusan FELDA Lawin Utara dalam melaksanakan program hari ini.

Segala pengisian dan perkongsian yang disampaikan dapat dimanfaatkan serta menjadi pemangkin kepada pengukuhan nilai MADANI, disamping mengeratkan ukhwah dan silaturrahim dalam komunti FELDA Lawin Utara

Semoga lantunan Yasin yang dibacakan hari ini menjadi asbab keberkatan, kesejahteraan serta kemakmuran berpanjangan buat kita semua.





18hb September 2025Program FUNWALK 'LANGKAH BERSAMA' anjuran Pengurusan FELDA Lawin Utara bersama  JKKR GPW MBFM & KAF t...
24/09/2025

18hb September 2025

Program FUNWALK 'LANGKAH BERSAMA' anjuran Pengurusan FELDA Lawin Utara bersama JKKR GPW MBFM & KAF telah diadakan dengan jayanya. Sambutan diluar jangkaan telah diberikan oleh warga rancangan.

Program ini diadakan sempena penutupan bulan kemerdekaan dan Pengumuman pemenang Pertandingan AKRF PATRIOTIK PERINGKAT RANCANGAN. Antara pengisian program adalah jalan 10 ribu langkah, cabutan bertuah berupa barangan asas seperti beras, minyak gula dan lain lain serta penghargaan kepada peneroka yang telah menghantar hasil secara konsisten pada tahun 2024 & 2025 ( Jan-Jun).

Tahniah dan sekalung penghargaan dengan ucapan jutaan terima kasih atas semua penglibatan warga Lawin Utara tidak kira penglibatan secara langsung atau tidak langsung. Tahniah semua ๐Ÿซฐ๐Ÿ‘





03.09.2025PENILAIAN AKRF PATRIOTIK PERINGKAT WILAYAH TROLAKALHAMDULILLAH.. telah selesai pertandingan AKRF PATRIOTIK men...
09/09/2025

03.09.2025
PENILAIAN AKRF PATRIOTIK PERINGKAT WILAYAH TROLAK

ALHAMDULILLAH.. telah selesai pertandingan AKRF PATRIOTIK mengikut blok dan pertandingan rumah merdeka bagi ketegori individu. Jutaan terima kasih kepada semua penduduk warga FELDA LAWIN UTARA diatas kerjasama dan semangat yang telah diberikan terhadap pertandingan yang telah diadakan. Semangat yang telah ditonjolkan telah membuktikan kebersamaan dan kebersatuan antara ahli blok tidak kira yang lama atau generasi baharu untuk bersama sama dalam merealisasikan objektif pertandingan.

Jutaan terima kasih juga kepada penilai (Team Wilayah Trolak & wakil guru SK FLU) kerana telah meluangkan masa untuk menilai kampung dan blok.

Terima kasih semua dan InsyaAllah kita nantikan PROGRAM 'FUNWALK LANGKAH BERSAMA' F.L.U '25 untuk mengumumkan pemenangnya...โ˜บ๏ธ



Makluman dan cara permohonan.. Boleh dapatkan maklumat lanjut di Pejabat FELDA Lawin Utara
18/06/2025

Makluman dan cara permohonan.. Boleh dapatkan maklumat lanjut di Pejabat FELDA Lawin Utara

17 April 2025 ( 18 Syawal 1446H)Alhamdulillah...telah selesai satu program Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri FELDA Lawin...
22/04/2025

17 April 2025 ( 18 Syawal 1446H)

Alhamdulillah...telah selesai satu program Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri FELDA Lawin Utara. Majlis ini diserikan lagi dengan kemeriahan Pertandingan Booth / Gerai Tercantik yang diwakili oleh kesemua blok (1-6), MBFM serta MASJID.

Bagi peserta Pertandingan Panjut yang dipertandingkan pada 26 Mac 2025 juga diumumkan pada majlis ini. Alhamdulillah, sambutan memberangsangkan yang diberikan oleh semua penduduk rancangan. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua warga rancangan diatas penglibatan dalam pertandingan yg dianjurkan. Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Rohaida Bt Yaakob ( Pegawai Khas Menteri Besar Perak) kerana sudi hadir ke majlis dan menyampaikan hadiah kemenangan kepada peserta.

Tahniah kepada semua peserta serta warga FELDA LAWIN UTARA.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

15/04/2025

๐ŸŽ‰*Jemputan Majlis Rumah Terbuka FELDA Lawin Utara*๐ŸŽ‰

Dengan segala hormatnya, pihak pengurusan Felda Lawin Utara menjemput tuan/puan ke majlis sambutan hari raya pada ketetapan berikut :

๐ŸŒ™ *Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri*
๐Ÿ“† 18 Syawal 1446H | 17 April 2025 | Khamis
๐Ÿ• 3.00 petang hingga 5.00 petang
๐Ÿ“ Dewan Semai Bakti, Felda Lawin Utara

Mari bersama-sama mengeratkan silaturahim, menikmati juadah istimewa, dan memeriahkan suasana Aidilfitri bersama komuniti tercinta Felda Lawin utara

Semua dijemput hadir!
โœจRaikan Lebaran, ukhwah dijalinkanโœจ

Diatas Menara Sedang MemantauGumpalan Awan Membentuk AwanSekian Lama Jadi PerantauLebaran Ini Akhirnya PulangWaktu Pagi ...
30/03/2025

Diatas Menara Sedang Memantau
Gumpalan Awan Membentuk Awan
Sekian Lama Jadi Perantau
Lebaran Ini Akhirnya Pulang

Waktu Pagi Indah Pandangan
Berarak Awan Reduplah Hari
Salam Aidilfiti Daku Kirimkan
Mohon Maafkan Kekhilafan Diri.

Raya Pertama Cantik Berseri
Berbaju Kurung Bagai Puteri
Duit Raya Jangan Lupa Diberi ๐Ÿ˜Š
Selamat Hari Raya Aildilfitri Ucapan Diberi

Berhati hati semasa memandu, semoga sampai ke destinasi dengan selamatnya..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

IKHLAS DARIPADA :
PENGURUSAN FELDA LAWIN UTARA

Assalamulaikum wbt..Alhamdulillah.. Telah berlangsungnya pertandingan Pelita Panjut bagi rancangan FELDA Lawin Utara pad...
29/03/2025

Assalamulaikum wbt..

Alhamdulillah.. Telah berlangsungnya pertandingan Pelita Panjut bagi rancangan FELDA Lawin Utara pada 26 Mac 2025 ( 25 Ramadhan 1446H). Pertandingan ini dipertandingkan secara individu dan seramai 13 orang peserta menyertainya dengan tema tradisional.
Element atau konsep yang diguna pakai adalah berkonsepkan barangan buangan dan pelita buatan sendiri. Masing masing mengeluarkan idea krearif dengan senibina yang dipamerkan.
Nantikan pengumuman Johan Pelita Panjut 2025 pada Majlis Sambutan Perayaan Aidilfitri Peringkat Rancangan FELDA Lawin Utara pada 17 April 2025 nanti.. Semoga ada kemanisan menanti Juara. ๐Ÿ˜

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

IKHLAS DARI :
PENGURUSAN FELDA LAWIN UTARA

Address

Felda Lawin Utara
Kenering

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Warga Felda Lawin Utara WFLU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share