NADI Kg Gong Chengal

Call Directions Website

NADI Kg Gong Chengal Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan satu program di mana pihak MCMC menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif.

Saksikan Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC dalam program Assalamualaikum yang akan mengupas peranan NADI dal...
11/08/2026

Saksikan Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC dalam program Assalamualaikum yang akan mengupas peranan NADI dalam memperkasa komuniti serta inisiatif Program Pakaian Sekolah NADI.

12 Ogos 2026 (Rabu)
9.00 pagi – 10.00 pagi
Siaran langsung di TV AlHijrah

Jangan lepaskan perkongsian menarik ini. Selamat menonton!


Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa d...
11/08/2026

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa depan komuniti melalui inisiatif yang menyokong pendidikan anak-anak, di samping membantu meringankan beban keluarga.

📚 Program Tuisyen Rakyat
NADI menyediakan bimbingan pembelajaran secara PERCUMA kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negara, bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pelajaran. Dijalankan dengan bimbingan guru berpengalaman dan kemudahan internet pantas bagi sesi atas talian yang lancar.

👕 Program Pakaian Sekolah NADI
✅ Harga istimewa untuk Ahli NADI
✅ Pre-order dan mula bayaran secara ansuran
✅ Penghantaran PERCUMA ke NADI yang ditanggung
✅ Tiada caj tambahan

Uniform ini dihasilkan oleh alumni NADI Mahir Jahit yang telah mengikuti latihan kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI dan kini melangkah sebagai usahawan bagi membantu komuniti sekitar mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah.

Dari sokongan pembelajaran, NADI MADANI terus menyediakan peluang yang memberi manfaat kepada pelajar, keluarga dan komuniti.

📍 Dapatkan maklumat lanjut di NADI berhampiran anda
🌐 www.nadi.my
📱 Ikuti NADI Malaysia di Facebook, Instagram & TikTok
✋🏻 Malaysia Madani




INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADIInisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinam...
11/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




07/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pasukan NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan “Energy Solution”.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga pulang membawa pengalaman yang membanggakan 🇲🇾





📢 WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT📰 BREAKING THE FAKE: SARING SEBELUM SHARING📅 Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)⏰ Masa: 10.00 p...
01/08/2026

📢 WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT
📰 BREAKING THE FAKE: SARING SEBELUM SHARING

📅 Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
🔍 Topik Webinar:
* Cara Mengenal Pasti Berita Palsu (Fake News)
* Teknik "Saring Sebelum Sharing" – Semak Sebelum Sebar
* Kesan Penyebaran Maklumat Palsu & Tanggungjawab Pengguna Internet

Takwim Program dan Aktiviti Bulanan NADI Kampung Gong Chengal bagi bulan OGOS 2026.
01/08/2026

Takwim Program dan Aktiviti Bulanan NADI Kampung Gong Chengal bagi bulan OGOS 2026.

Pertandingan NADI E-SUKAN MADANI LEGEND Peringkat Negeri Terengganu 🗓 Tarikh: 01.08.2026 (Sabtu)⏰ Masa: 9.00 pagi - 12.3...
01/08/2026

Pertandingan NADI E-SUKAN MADANI LEGEND Peringkat Negeri Terengganu
🗓 Tarikh: 01.08.2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
📍 Lokasi: NADI Kg Gong Chengal

🔍 TikTok, Instagram & Threads: Bagaimana Data Anda Dikumpul Tanpa SedarTahukah anda setiap like, follow, carian dan vide...
23/07/2026

🔍 TikTok, Instagram & Threads: Bagaimana Data Anda Dikumpul Tanpa Sedar

Tahukah anda setiap like, follow, carian dan video yang anda tonton sebenarnya meninggalkan jejak digital? Bagaimana platform media sosial menggunakan data anda, dan apakah risikonya jika disalahgunakan?

📅 Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis)
🕒 Masa: 3.00 PM – 4.30 PM
💻 Platform: LMS Cybersecurity
👥 Sasaran: Pelajar, Ibu Bapa & Dewasa

📢 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐈@𝐍𝐀𝐃𝐈: 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐀𝐈 𝐖𝐄𝐁𝐈𝐍𝐀𝐑 🤖Interested in learning how AI can help make your everyday tasks easier? Join us fo...
17/07/2026

📢 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐈@𝐍𝐀𝐃𝐈: 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐀𝐈 𝐖𝐄𝐁𝐈𝐍𝐀𝐑 🤖
Interested in learning how AI can help make your everyday tasks easier? Join us for this FREE online webinar and discover practical AI tools and prompting techniques that can boost your productivity!

🗓️ 𝐃𝐚𝐭𝐞: 𝟏𝟖 𝐉𝐮𝐥𝐲 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐚𝐭𝐮𝐫𝐝𝐚𝐲)
🕘 𝐓𝐢𝐦𝐞: 𝟗:𝟎𝟎 𝐀𝐌 – 𝟏:𝟎𝟎 𝐏𝐌
👨‍🏫 𝐒𝐩𝐞𝐚𝐤𝐞𝐫: 𝐀𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐯𝐢𝐝 𝐖𝐢𝐥𝐬𝐨𝐧 (𝐇𝐞𝐚𝐝 𝐨𝐟 𝐀𝐈 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 & 𝐂𝐎𝐄)
💡 𝐊𝐞𝐲 𝐓𝐨𝐩𝐢𝐜𝐬:
• Introduction to Generative AI
• How Does AI Work?
• Communicating with AI (Prompting)
• AI Capabilities & Limitations
📌 𝐏𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞 𝐧𝐨𝐭𝐞: 𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐰𝐞𝐛𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐝𝐮𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐞𝐧𝐭𝐢𝐫𝐞𝐥𝐲 𝐢𝐧 𝐄𝐧𝐠𝐥𝐢𝐬𝐡.

📲 To register : wasap.my/+60162608026/ProgramAINADI

Don't miss this opportunity to learn from an AI expert and gain practical skills that you can apply in your daily life. See you at the webinar! 🚀
See less

08/07/2026

Bermula 1 Julai, beberapa inisiatif dan penambahbaikan perkhidmatan kerajaan telah mula dilaksanakan sebagai usaha berterusan dalam memberi manfaat kepada rakyat, memudahkan urusan harian serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam. Orang ramai boleh merujuk sumber rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan tepat.


Address

NADI Kg Gong Chengal
Kemaman
24200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Gong Chengal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share