16/08/2026
🌷 TEEN CIRCLE KEMAMAN | SMK AL-FALAH 🌷
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Teen Circle Kemaman bersama para pelajar Aspuri SMK Al-Falah pada:
📅 14 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ 10.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Aspuri, SMK Al-Falah
👩🏻🎓 Kehadiran: 90 orang pelajar
Program kali ini diisi dengan perkongsian berkaitan Pengertian Iman dan Islam, diikuti dengan sesi tadabbur Surah Al-Mu’minun yang membawa para pelajar untuk memahami dan menghayati panduan al-Quran dalam membentuk peribadi seorang Muslimah.
Sesi pengisian telah disampaikan oleh Ustazah Suliza selaku naqibah jemputan.
Semoga perkongsian ini menjadi asbab kepada para pelajar untuk terus memperkukuh iman, memperbaiki diri serta membina kehidupan yang berpandukan al-Quran dan sunnah. 🌱
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SMK Al-Falah, para pelajar serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
🤍 Semoga lahir generasi Muslimah yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.