17/09/2026
Alhamdulillah!
Syukur dan tahniah kepada semua warga KBT yang sama-sama telah menjayakan acara Briswalk dan Sukaneka KBT 2026.
Terima kasih juga kepada YB Tok Li kerana sudi meluangkan masa untuk turut bersama-sama meraikan program kita pada kali ini di samping menyampaikan hadiah kepada para pemenang acara sukaneka.
Akhir kata, terima kasih dan tahniah juga kepada semua orang yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha & keringat yang dicurahkan akan dibalas oleh Allah S.W.T serta ukhwah yang terbina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.