Kemaman Scout Movement

Call Directions Website

Kemaman Scout Movement Kemaman Scout Movement sebuah laman facebook rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kemaman

01/08/2026

⚜️ TAHNIAH & SYABAS ⚜️

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Kontinjen Pengakap Kemaman telah berjaya menamatkan penyertaan dalam **Korobori Pengakap Ke-14** dengan penuh semangat dan pengalaman yang amat bermakna.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ajk , guru2 pengiring serta pihak yang telah memberikan sokongan sepanjang korobori ini berlangsung. Komitmen, disiplin dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua ahli kontinjen amat membanggakan.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan persahabatan yang terjalin sepanjang Korobori ini menjadi bekalan untuk terus membentuk diri sebagai Pengakap yang berilmu, berdisiplin, berbakti dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Kontinjen Pengakap Kemaman. Semoga kita bertemu lagi dalam Korobori Pengakap kali ke 15 di Dungun dengan semangat yang lebih tinggi dn kejayaan yg lebih manis Insya Allah jika dipanjangkan usia.

Salam Pengakap
Once a scout, always a scout.
Buat sehabis baik! 🫡

OPR Korobori Hari keempat (Jumaat 31/7/2026)🏆 Pencapaian Kontinjen Kemaman di Korobori 2026🥇 Johan – Malam Kebudayaan🥇 J...
01/08/2026

OPR Korobori Hari keempat (Jumaat 31/7/2026)

🏆 Pencapaian Kontinjen Kemaman di Korobori 2026
🥇 Johan – Malam Kebudayaan
🥇 Johan – Fox Hunting (Lelaki)
🥈 Naib Johan – Kraf Tradisional
🥈 Naib Johan – Tali Temali
🥉 Tempat Ketiga – Fox Hunting (Perempuan)
🥉 Tempat Ketiga – Masakan Ringkas
🏅 Tempat Ke-4 – Standard Perkhemahan
🏅 Tempat Ke-4 – Gubahan Kreatif
🏅 Tempat Ke-4 – Bina Gajet
🎖️ Saguhati – Pertolongan Cemas
🎖️ Saguhati – Rekacipta Kreatif

⚜️ LAPORAN HARI KE EMPAT ⚜️Korobori Pengakap Kanak-Kanak Negeri Terengganu Kali Ke-14 2026📅 Jumaat | 31 Julai 2026Alhamd...
01/08/2026

⚜️ LAPORAN HARI KE EMPAT ⚜️

Korobori Pengakap Kanak-Kanak Negeri Terengganu Kali Ke-14 2026

📅 Jumaat | 31 Julai 2026

Alhamdulillah, tirai Korobori Pengakap Kanak-Kanak Negeri Terengganu Kali Ke-14 telah melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya.

Sepanjang hari terakhir, Kontinjen Pengakap Daerah Kemaman telah menghadiri Majlis Penutup Rasmi Korobori, yang turut menyaksikan pengumuman keputusan pertandingan.

🏆 Pencapaian Kontinjen Kemaman
🥇 Johan – Malam Kebudayaan
🥇 Johan – Fox Hunting (Lelaki)
🥈 Naib Johan – Kraf Tradisional
🥈 Naib Johan – Tali Temali
🥉 Tempat Ketiga – Fox Hunting (Perempuan)
🥉 Tempat Ketiga – Masakan Ringkas
🏅 Tempat Ke-4 – Standard Perkhemahan
🏅 Tempat Ke-4 – Gubahan Kreatif
🏅 Tempat Ke-4 – Bina Gajet
🎖️ Saguhati – Pertolongan Cemas
🎖️ Saguhati – Rekacipta Kreatif

Selepas majlis, seluruh kontinjen bergotong-royong menurunkan khemah dan mengemas kawasan perkhemahan sebelum bertolak pulang ke Kemaman pada jam 12.00 tengah hari. Alhamdulillah, semua peserta dan pemimpin selamat tiba di PPD Kemaman pada jam 4.30 petang.

Tahniah kepada semua peserta, pemimpin dan jurulatih atas komitmen, semangat berpasukan serta usaha yang telah dipamerkan sepanjang korobori berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada ibu bapa, pihak penganjur dan semua yang telah memberikan sokongan serta kerjasama.

Semoga kejayaan dan pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin untuk terus melahirkan Pengakap Kanak-Kanak yang berdisiplin, berkemahiran dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat.

⚜️ Bersedia • Berkhidmat • Berdisiplin
Buat Habis Baik!


OPR Korobori Hari Ketiga (Khamis 30/7/2026)Tahniah diucapkan peserta pertandingan:  🔹Kem Kraf🔹bina gajet🔹tali temali🔹per...
01/08/2026

OPR Korobori Hari Ketiga (Khamis 30/7/2026)

Tahniah diucapkan peserta pertandingan:
🔹Kem Kraf
🔹bina gajet
🔹tali temali
🔹pertolongan cemas
🔹kraf tradisional
🔹gubahan kreatif
🔹masakan ringkas
🔹rekacipta kreatif

Tahniah Kontinjen Kemaman yang berjaya mengharumkan nama daerah dengan menunjukkan semangat juang yang tinggi.

⚜️ LAPORAN HARI KETIGA ⚜️Korobori Pengakap Kanak-Kanak Negeri Terengganu Kali Ke-14 2026🗓️ Khamis | 30 Julai 2026Hari ke...
01/08/2026

⚜️ LAPORAN HARI KETIGA ⚜️
Korobori Pengakap Kanak-Kanak Negeri Terengganu Kali Ke-14 2026

🗓️ Khamis | 30 Julai 2026

Hari ketiga Korobori diteruskan dengan pelaksanaan Sistem Base, di mana setiap kontinjen menyertai pelbagai pertandingan yang menguji kemahiran, kreativiti, kerjasama dan daya tahan peserta. Penjurian untuk pertandingan Kem Kraf turut berlangsung pada waktu pagi.

Disebelah petang berlaku pertandingan. Antara pertandingan yang disertai ialah:
🔹 Bina Gajet
🔹 Tali Temali
🔹 Pertolongan Cemas
🔹 Kraf Tradisional
🔹 Gubahan Kreatif
🔹 Masakan Ringkas
🔹 Rekacipta

Sepanjang aktiviti berlangsung, para peserta menunjukkan semangat berpasukan, disiplin serta kesungguhan yang tinggi dalam setiap cabaran yang diberikan.

Pada sebelah malam, seluruh warga Korobori bersama-sama mengadakan Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Doa Selamat khusus memohon kesejahteraan serta keberkatan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, agar sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Semoga segala usaha dan pengalaman yang diperoleh sepanjang Korobori ini menjadi bekalan berharga dalam membentuk generasi Pengakap Kanak-Kanak yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Bersedia • Berkhidmat • Berdisiplin
Buat Habis Baik!

OPR Korobori Hari Kedua (Rabu 29/7/2026)Tahniah diucapkan kepada peserta Fox Hunting Kontinjen Kemaman yang berjaya meng...
30/07/2026

OPR Korobori Hari Kedua (Rabu 29/7/2026)

Tahniah diucapkan kepada peserta Fox Hunting Kontinjen Kemaman yang berjaya mengharumkan nama daerah dengan keputusan:
🥇 Johan Kategori Lelaki
🥉 Tempat Ketiga Kategori Perempuan

⚜️ LAPORAN HARI KEDUA ⚜️Korobori Pengakap Kanak-Kanak Negeri Terengganu Kali Ke-14 2026🗓️ Rabu | 29 Julai 2026Alhamdulil...
29/07/2026

⚜️ LAPORAN HARI KEDUA ⚜️
Korobori Pengakap Kanak-Kanak Negeri Terengganu Kali Ke-14 2026

🗓️ Rabu | 29 Julai 2026

Alhamdulillah, hari kedua Korobori berlangsung dengan penuh semangat, disiplin dan kesungguhan daripada seluruh peserta Kontinjen Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kemaman.

Seawal jam 5.00 pagi, peserta bangun untuk urus diri sebelum menunaikan solat Subuh berjemaah. Seterusnya, peserta menghadiri Istiadat Pagi, dengan 10 orang wakil setiap kontinjen berpakaian lengkap uniform Pengakap, manakala peserta lain mengenakan pakaian sukan bersama skaf Korobori.

Pada jam 9.00 pagi, peserta memulakan Aktiviti Sektor. Walaupun aktiviti terpaksa dihentikan seketika akibat hujan, semangat peserta tidak pernah luntur. Selepas urus diri dan menunaikan solat jamak Zohor dan Asar berjemaah, aktiviti sektor diteruskan seperti yang dijadualkan.

Tahniah diucapkan kepada peserta Fox Hunting Kontinjen Kemaman yang berjaya mengharumkan nama daerah dengan keputusan:
🥇 Johan Kategori Lelaki
🥉 Tempat Ketiga Kategori Perempuan

Pada sebelah malam, peserta menunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak berjemaah sebelum menyertai Pertandingan Malam Kebudayaan, dengan Kontinjen Kemaman tampil sebagai pasukan pertama daripada 10 kontinjen yang bertanding.

Hari kedua diakhiri dengan sesi urus diri dan rehat pada jam 11.00 malam, manakala urus setia serta guru pengiring meneruskan post mortem dan taklimat pergerakan bagi memastikan kelancaran aktiviti pada hari berikutnya.

Terima kasih kepada semua peserta, pemimpin, guru pengiring dan urus setia atas komitmen serta semangat yang ditunjukkan. Semoga Kontinjen Kemaman terus cemerlang dalam setiap aktiviti yang disertai.

⚜️ Bersedia • Berkhidmat • Berdisiplin ⚜️


⚜️ OPR LAPORAN HARI PERTAMAKOROBORI PENGAKAP KANAK-KANAK NEGERI TERENGGANU KALI KE-14 TAHUN 2026
29/07/2026

⚜️ OPR LAPORAN HARI PERTAMA

KOROBORI PENGAKAP KANAK-KANAK NEGERI TERENGGANU KALI KE-14 TAHUN 2026



29/07/2026

Kekuatan Pasukan

Kerjasama, disiplin dan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh seluruh ahli pasukan sepanjang Korobori Pengakap Negeri menjadi kekuatan utama dalam setiap tugasan dan aktiviti.

Semoga semangat ini terus kekal dan menjadi inspirasi untuk melahirkan Pengakap yang berdisiplin, berdaya saing dan sentiasa Sedia Berkhidmat.

⚜️

⚜️ LAPORAN HARI PERTAMAKOROBORI PENGAKAP KANAK-KANAK NEGERI TERENGGANU KALI KE-14 TAHUN 2026🗓️ Selasa | 28 Julai 2026Alh...
28/07/2026

⚜️ LAPORAN HARI PERTAMA

KOROBORI PENGAKAP KANAK-KANAK NEGERI TERENGGANU KALI KE-14 TAHUN 2026

🗓️ Selasa | 28 Julai 2026

Alhamdulillah, Kontinjen Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kemaman telah selamat tiba di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail bagi menyertai Korobori Pengakap Kanak-Kanak Negeri Terengganu Kali Ke-14 Tahun 2026.

Perjalanan kontinjen bermula pada jam 11.00 pagi dengan penuh semangat dan keterujaan. Setibanya di tapak perkhemahan, para peserta mengikuti Taklimat Keselamatan dan Pengurusan Kem yang disampaikan oleh Urusetia Induk Korobori Negeri bagi memastikan setiap peserta memahami peraturan, prosedur keselamatan dan perjalanan program sepanjang perkhemahan.

Seterusnya, satu Taklimat Keselamatan Kontinjen Kemaman telah disampaikan oleh Timbalan Kem Komandan Kontinjen Kemaman, Tuan Jupiter, sebagai persediaan awal kepada semua peserta untuk menjalani aktiviti dengan selamat, berdisiplin dan penuh tanggungjawab.

Selesai sesi taklimat, para peserta berganding bahu mendirikan khemah serta membersihkan kawasan perkhemahan, memupuk semangat kerjasama dan gotong-royong dalam kalangan ahli Pengakap.

Menjelang malam, seluruh kontinjen menunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak secara berjemaah, sebelum meneruskan aktiviti kontinjen yang melibatkan pengedaran kit kontinjen kepada semua peserta.

Hari pertama diakhiri dengan sesi urus diri sebelum para peserta berehat dan tidur pada jam 11.00 malam, sebagai persediaan menghadapi pelbagai aktiviti menarik dan mencabar pada hari berikutnya.

Semoga seluruh warga kontinjen terus diberikan kesihatan, keselamatan dan semangat yang tinggi sepanjang Korobori berlangsung.

⚜️ Bersedia | Berkhidmat | Berdisiplin


Address

Kemaman
24000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kemaman Scout Movement posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share