Dakwah Unlimited

Dakwah Unlimited Pertubuhan Dakwah Tanpa Sempadan Terengganu (Da'wah Unlimited Terengganu)
PPM-005-20112017
Dakwah Unlimited
SSM: CA0235344-U
(2)

π—Ÿπ—”π—£π—’π—₯𝗔𝗑 π—žπ—¨π—§π—œπ—£π—”π—‘ 𝗣π—₯π—’π—π—˜π—ž π—”π— π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—¦ π——π—”π—žπ—ͺ𝗔𝗛 π—¨π—‘π—Ÿπ—œπ— π—œπ—§π—˜π——Alhamdulillah, jutaan terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua par...
04/06/2026

π—Ÿπ—”π—£π—’π—₯𝗔𝗑 π—žπ—¨π—§π—œπ—£π—”π—‘ 𝗣π—₯π—’π—π—˜π—ž π—”π— π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—¦ π——π—”π—žπ—ͺ𝗔𝗛 π—¨π—‘π—Ÿπ—œπ— π—œπ—§π—˜π——

Alhamdulillah, jutaan terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua para penderma yang ikhlas berinfak ke tabung Projek Ambulans Dakwah Unlimited! πŸš‘βœ¨

Berkat sokongan anda, ini adalah status terkini sumbangan kita:

πŸ“Š π—Ÿπ—”π—£π—’π—₯𝗔𝗑 π—žπ—¨π—§π—œπ—£π—”π—‘ 𝗣π—₯π—’π—π—˜π—ž π—”π— π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—¦ π——π—”π—žπ—ͺ𝗔𝗛 π—¨π—‘π—Ÿπ—œπ— π—œπ—§π—˜π——
(Setakat 4 Jun 2026)

🎯 Sasaran: RM 300,000
βœ… Kutipan Terkini: RM 232,000
⏳ Baki Sasaran: RM 68,000

Kita hanya memerlukan RM 68,000 sahaja lagi dana untuk melengkapkan impian ini. Oleh itu, kami ingin mengajak sekali lagi para dermawan di luar sana untuk terus bersama-sama menderma demi merealisasikan target kutipan RM 300,000 ini.

Setiap ringgit yang anda sumbangkan amat bermakna untuk melancarkan urusan dakwah dan membantu mereka yang memerlukan. Jom penuhi sasaran ini bersama-sama! 🀲🏻

---------------------------------

Teruskan menyumbang menerusi akaun berikut:

DAKWAH UNLIMITED
Maybank : 5630-2861-5736
Ref : Ambulans

---------------------------------

πŸ“² π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π—£π—˜π—₯𝗧𝗔𝗑𝗬𝗔𝗔𝗑 π—¦π—œπ—Ÿπ—” π—›π—¨π—•π—¨π—‘π—šπ—œ

Faizul DU @ Kareem
017-967 0619
https://wa.link/fjal96

"Biar Tubuhku Berdakwah"


02/06/2026

πŸ“‘ FACEBOOK LIVE by DAKWAH UNLIMITED
KULIAH ISYAK @ DU CENTER

πŸ“š Tafsir Al-Azhar
πŸ“£ Ustaz Muhd Talhah
πŸ“… 2 Jun2026
πŸ•˜ 9.30 Malam
πŸ“Œ DU Center, Geliga, Kemaman



01/06/2026

πŸ“‘ FACEBOOK LIVE by DAKWAH UNLIMITED
KULIAH ISYAK @ DU CENTER

πŸ“š Tafsir Al-Jadid
πŸ“£ Ustaz Syed Mohd Azwan
πŸ“… 1.6.2026
πŸ•˜ 9.30 Malam
πŸ“Œ DU Center, Geliga, Kemaman



πŸ„ PROGRAM KORBAN SELATAN THAILAND 2026/1447H πŸ•Œβ€‹28 Mei 2026, Khamis - selesai sudah ibadah korban anjuran Dakwah Unlimite...
30/05/2026

πŸ„ PROGRAM KORBAN SELATAN THAILAND 2026/1447H πŸ•Œ

​28 Mei 2026, Khamis - selesai sudah ibadah korban anjuran Dakwah Unlimited yang diwakilkan oleh Saudara Faizul Ali pada raya korban pertama dan kedua mengikut tarikh hijri Thailand.

β€‹πŸ“ Lokasi: Kg. Taceh (Narathiwat) & Kota Baru (Yala)

πŸ‚ Sebanyak 5 ekor lembu telah selesai di korbankan dalam program berikut yang disembelih sendiri oleh Sdr. Faizul Ali πŸ”ͺ

​Agenda program dimulakan dengan gotong-royong bersama masyarakat setempat 🀝, diikuti dengan agihan daging korban kepada golongan fakir miskin berdekatan🎁.

​Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan di Thailand (Taibah1440 Care , Teman-Teman Team ΰΈŠΰΈ‘ΰΈ£ΰΈ‘ΰΈœΰΈ­ΰΈ‡ΰΉ€ΰΈžΰΈ·ΰΉˆΰΈ­ΰΈ™, Chalobar.Coffee, A&M Shop), urusetia tempatan, serta pihak kariah masjid atas bantuan dan sokongan padu dalam menjayakan program ini. πŸ™Œ

​Semoga Allah menerima ibadah korban ini dan juga menjadi asbab kebaikan dan keberkatan buat semua. Amin.🀲

​

πŸ₯©βœ¨ PROGRAM KORBAN PERDANA By Dakwah Unlimited 1447H / 2026 ✨πŸ₯©Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±ΩΨŒ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±ΩΨŒ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±ΩΩ„ΩŽΨ§Ψ§ΩΩ„Ω°...
28/05/2026

πŸ₯©βœ¨ PROGRAM KORBAN PERDANA By Dakwah Unlimited 1447H / 2026 ✨πŸ₯©

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±ΩΨŒ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±ΩΨŒ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±Ω
Ω„ΩŽΨ§Ψ§ΩΩ„Ω°Ω‡ΩŽ Ψ§ΩΩ„ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω ΩˆΩŽΨ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±Ω
Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±Ω ΩˆΩŽΩ„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ψ―Ω

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, penganjuran Program Korban Perdana anjuran Dakwah Unlimited pada 27 Mei 2026 (bersamaan 10 Zulhijjah 1447H) telah melabuhkan tirainya dengan jayanya! Bermula seawal jam 9.00 pagi dan tamat menjelang waktu Zohor, sebanyak 5 ekor lembu, 4 ekor kibas dan 2 kambing telah selamat dikorbankan dan diagihkan.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya program telah berjalan dengan sangat lancar. Apa yang paling mahal adalah melihat suasana yang cukup meriah dan ceria hasil daripada semangat gotong-royong serta ukhuwah yang terjalin erat antara semua pihak yang hadir.

Sambil melapah dan merewang, juadah jamuan pagi dan tengah hari turut disediakan kepada para peserta. Dapatlah kita sama-sama menjamu selera, menghilangkan lelah, dan mengisi tenaga sebelum menyambung kembali kerja-kerja pengagihan daging. Perut kenyang, kerja pun jalan terus! β˜•πŸ²

Pihak Dakwah Unlimited ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada:

1. Pihak Urusetia: Atas perancangan dan penyelarasan program yang sangat teliti.

2. Para Peserta Korban: Atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menguruskan ibadah korban anda tahun ini.

3. Para Petugas & Sukarelawan: Atas tulang empat kerat dan keringat yang dicurahkan tanpa mengira penat lelah. Anda semua memang hebat! πŸ‘

Semoga ibadah korban kita pada tahun ini diterima oleh Allah SWT, menyucikan jiwa, dan menjadi asbab kebaikan buat kita semua di akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin. 🀲✨

πŸ•‹ Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd. πŸ•‹βœ¨ Salam  AidilAdha 1447 Hijrah ✨AidilAdha mengajar kita ert...
26/05/2026

πŸ•‹ Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd. πŸ•‹

✨ Salam AidilAdha 1447 Hijrah ✨

AidilAdha mengajar kita erti pengorbanan sebenar dan ketaatan mutlak kepada Allah SWT, menelusuri keagungan iman Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. πŸŒ™

Kami di NGO Dakwah Unlimited mengajak seluruh umat Islam untuk terus menyuburkan semangat suci ini. Marilah kita bersama-sama berkorban masa, tenaga, dan harta untuk menegakkan syiar Islam, membantu golongan asnaf, serta menebarkan rahmat kepada seluruh alam. 🀝🌍

Semoga ibadah korban πŸ‘ dan segala amal soleh kita diterima oleh-Nya. Buat para jemaah di Tanah Suci, semoga dikurniakan Haji yang mabrur. πŸ•‹πŸ€²

Taqabbalallahu minna wa minkum.
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu).

Ikhlas daripada,

πŸ‘₯ Barisan Kepimpinan,
Dakwah Unlimited


HARI ARAFAH"Tiada hari yang Allah lebih banyak membebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah." (H...
26/05/2026

HARI ARAFAH

"Tiada hari yang Allah lebih banyak membebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah." (HR Muslim)

Sahabat yang dirahmati Allah, Hari Arafah adalah hari terbaik untuk berdoa dan beramal. Pintu rahmat dibuka seluas-luasnya, dan setiap kebaikan digandakan ganjarannya tanpa batas.

Sempurnakan hari yang mulia ini dengan amalan jariah yang pahalanya terus mengalir. Mari bersama-sama menyokong Projek Infaq Pembelian Ambulans Dakwah Unlimited bagi membantu golongan asnaf dan pesakit yang memerlukan.

Setiap ringgit yang anda infakkan hari ini bakal menjadi saksi kebaikan dan pelindung kita di akhirat kelak.

---

πŸ’³ Salurkan Sumbangan Anda:

🟑 Maybank: 5630-2861-5736
πŸ‘€ Nama: Dakwah Unlimited
πŸ“Œ Ref: Ambulans

"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah." 🀲Mari kita manfaatkan hari yang penuh barakah ini dengan berpuasa, memper...
24/05/2026

"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah." 🀲

Mari kita manfaatkan hari yang penuh barakah ini dengan berpuasa, memperbanyakkan zikir, bersedekah, dan bermunajat bersungguh-sungguh.

----------------

Ayuh bersama Dakwah Unlimited dalam merealisasikan matlamat Projek Ambulans dengan infak ke akaun berikut:

MAYBANK
5630-2861-5736
(Dakwah Unlimited)

Ref: Ambulans


🚨Peluang berinfak pada Hari Jumaat pada 10 hari awal Zulhijjah.πŸš‘Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
22/05/2026

🚨Peluang berinfak pada Hari Jumaat pada 10 hari awal Zulhijjah.πŸš‘
Jangan lepaskan peluang keemasan ini!



πŸš‘ ππ‘πŽπ‰π„πŠ πˆππ…π€π ππ„πŒππ„π‹πˆπ€π π€πŒππ”π‹π€ππ’ πƒπ€πŠπ–π€π‡ π”ππ‹πˆπŒπˆπ“π„πƒ 2026🚨

Alhamdulillah, impian menjadi realiti! NGO Dakwah Unlimited kini mengorak langkah besar melalui Projek Pembelian Ambulans demi manfaat ummah. Atas nasihat dan sokongan penuh Penasihat Kehormat kami, Tuan Guru Dato’ Dr. Abdul Basit Bin Abdul Rahman, kami bertekad untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan kecemasan yang lebih efisien buat masyarakat. Semoga usaha kerdil ini menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan buat kita semua.

---------------------------------

🚨 π—žπ—˜π—‘π—”π—£π—” π—”π— π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—¦ π—œπ—‘π—œ π——π—œπ—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨π—žπ—”π—‘?

Bagi meneruskan usaha membantu pesakit kanser dan pesakit kronik yang pernah disantuni oleh pihak DU, sepanjang 8 tahun kami telah menyediakan kemudahan pinjaman peralatan hospital secara percuma seperti oxygen concentrator, oxygen tank, katil hospital, kerusi roda, mesin sedut kahak, tilam angin bagi pesakit terlantar serta tongkat kepada mereka yang memerlukan.

Namun sebelum ini, setiap kali pesakit memerlukan perkhidmatan ambulans, pihak DU terpaksa menyewa ambulans swasta dengan kos yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami. Keadaan ini secara tidak langsung menghadkan keupayaan kami untuk membantu lebih ramai pesakit dengan lebih cepat, cekap dan efisien.

---------------------------------

🎯 π— π—”π—§π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗣π—₯π—’π—π—˜π—ž π—œπ—‘π—œ

Penubuhan ambulans ini bertujuan untuk memastikan gerak kerja kebajikan DU menjadi lebih tersusun, pantas dan menyeluruh dalam memenuhi keperluan serta menjaga kebajikan warga setempat.

---------------------------------

🀲 𝗠𝗔𝗑𝗙𝗔𝗔𝗧𝗑𝗬𝗔 π—‘π—”π—‘π—§π—œ

Insya-Allah, dengan sumbangan Tuan/Puan, ambulans ini bakal memberi manfaat yang berterusan kepada masyarakat, sekali gus meringankan beban keluarga yang sedang diuji dengan kesakitan dan kesempitan hidup.

---------------------------------

πŸ‘¨β€βš•οΈ π—žπ—˜π—£π—”π—žπ—”π—₯𝗔𝗑 𝗣𝗔π—₯𝗔 π—£π—˜π—§π—¨π—šπ—”π—¦

Ambulans ini akan dikendalikan oleh petugas yang berpengalaman dan terlatih dalam pengendalian pesakit, bagi memastikan setiap perjalanan dan bantuan diberikan dengan selamat, pantas serta penuh ihsan.

NAMA : DR HJ MATNOH BIN KARIM

1. Mantan Pengarah Hospital Kemaman 2014-2015
2. Mantan Pengarah Operasi Mekah/Madinah (Perubatan)
3. Pengerusi NGO Fight Cancer Group Kemaman (FCG Kemaman)
4. Trainer Industrial First Aid & CPR (Niosh)
5. Pakar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
6. Ex Ahli Socso Board Kemaman.

NAMA : KHAIRUDDIN BIN MOHD TARMIDI

1. Perkhidmatan Kecemasan & Trauma Hospital.
2. Menyelia Perkhidmatan Ambulans Dan Pra Hospital
3. Jurulatih Occupational First Aid (NIOSH)
4. Auditor Pre Hospital Care & Ambulans Services.

---------------------------------

πŸ’° π—¦π—˜π—•π—”π—₯π—”π—‘π—š π—¦π—¨π— π—•π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—•π—’π—Ÿπ—˜π—› π——π—œπ—¦π—”π—Ÿπ—¨π—₯π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜ π—”π—žπ—”π—¨π—‘ π—•π—˜π—₯π—œπ—žπ—¨π—§

Atas Nama: DAKWAH UNLIMITED
No. Akaun: 5630-2861-5736
Ref: Ambulans

---------------------------------

πŸ“² π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π—£π—˜π—₯𝗧𝗔𝗑𝗬𝗔𝗔𝗑 π—¦π—œπ—Ÿπ—” π—›π—¨π—•π—¨π—‘π—šπ—œ

Faizul DU @ Kareem
017-967 0619
https://wa.link/fjal96

"Biar Tubuhku Berdakwah"


Address

PT, Tingkat 1, Taman Pertama, Geliga 24000 Kemaman
Kemaman
11631

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
21:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 11:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dakwah Unlimited posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dakwah Unlimited:

Share