KRT Rumah Murah Binjai, Kemaman Terengganu

Directions

KRT Rumah Murah Binjai, Kemaman Terengganu Melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan kawalan keselamatan kg melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS)

Tarikh : 23 Sept 2026 (Rabu)Masa : 8.30 MalamTempat : Dewan Grand Ballroom, Resort World Kijal, Kemaman.MAJLIS SEINDAH K...
24/09/2026

Tarikh : 23 Sept 2026 (Rabu)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Dewan Grand Ballroom, Resort World Kijal, Kemaman.

MAJLIS SEINDAH KENANGAN,
SETULUS PENGHARGAAN

Selamat maju jaya diucapkan kpd En. Wan Mohd Hafizul bin Wan Aziz, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kemaman yg telah berkhidmat disini selama 3 tahun & akan ditukarkan ke Daerah Dungun.

Jutaan terima kasih diatas segala jasa, tunjuk ajar, pengorbanan serta komitmen yg diberikan kpd KRT Rumah Murah Binjai sepanjang berkhidmat di Kemaman.

Semoga En Wan Hafizul terus maju jaya di tempat baru. Jutaan kemaafan dipohon andaikata ada tersalah & tersilap dari kami sepanjang En Wan Hafizul berkhidmat disini.

Kementerian Perpaduan Negara
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu
Pejabat Perpaduan Daerah Kemaman









31/08/2026

Tarikh : 30 Ogos 2026
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Balai Aktiviti KRT Rumah Murah Binjai, Kemaman.

Video Ucapan Hari Merdeka Yg Ke-69

Kementerian Perpaduan Negara
Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu
Pejabat Perpaduan Daerah Kemaman









Tarikh : 30 Ogos 2026Masa : 9.00 MalamTempat : Balai Aktiviti KRT Rumah Murah Binjai, Kemaman.PROGRAM SAMBUTAN AMBANG KE...
31/08/2026

Tarikh : 30 Ogos 2026
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Balai Aktiviti KRT Rumah Murah Binjai, Kemaman.

PROGRAM SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pada malam ini warga komuniti Rumah Murah Binjai bersama² hadir memeriahkan Sambutan Ambang Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-69.

Pelbagai acara menarik yg disediakan iaitu:
1. Jamuan Laksa Sekampung
2. Pertandingan Basikal Berhias
3. Pertandingan Pakaian Berhias
4. Pertandingan Teka Air
5. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan
6. Cabutan Bertuah
7. Pertunjukan Bunga Api
8. Sambutan Hari Lahir Anak Merdeka 31 Ogos

Kira² 200 org penduduk yg hadir memeriahkan program.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yg terlibat yg memberi sumbangan dlm menjayakan program tersebut.

(Video kemeriahan program di komen).

Kementerian Perpaduan Negara
Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu
Pejabat Perpaduan Daerah Kemaman









Tarikh : 30 Ogos 2026Masa : 9.00 PagiTempat : Balai Aktiviti KRT Rumah Murah Binjai, Kemaman.GOTONG ROYONG MEMBUAT LAKSA...
31/08/2026

Tarikh : 30 Ogos 2026
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Balai Aktiviti KRT Rumah Murah Binjai, Kemaman.

GOTONG ROYONG MEMBUAT LAKSA TERENGGANU

Bermula seawal jam 9 pagi, KRT Rumah Murah Binjai bersama warga komuniti telah bergotong royong membuat laksa terengganu secara tradisional menggunakan alatan yang dipanggil Kebok. Cara begini amat² jarang digunakan pada masa ini memandangkan telah ada mesin yg canggih untuk membuat laksa.
Sebanyak 30 kg tepung gandum diuli utk dibuat laksa, dimana ianya akan dimakan pada Program Sambutan Ambang Merdeka pada malam nanti.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yg terlibat dlm menjayakan gotong royong membuat laksa tersebut.

Video cara membuat laksa terengganu di komen.

Kementerian Perpaduan Negara
Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu
Pejabat Perpaduan Daerah Kemaman - Jpnin









Tarikh : 11 Jun 2026Masa : 9.00 malamTempat : Balai Aktiviti KRT Rumah Murah Binjai, KemamanMesyuarat Jawatankuasa KRT R...
12/06/2026

Tarikh : 11 Jun 2026
Masa : 9.00 malam
Tempat : Balai Aktiviti KRT Rumah Murah Binjai, Kemaman

Mesyuarat Jawatankuasa KRT Rumah Murah Binjai untuk Kali Pertama selepas pelantikan jawatankuasa baru sesi 2026-2029.

Pelbagai perkara telah dibincangkan. Antaranya :
1. Pembangunan kampung
2. Keselamatan kampung
3. Kebajikan penduduk
4. Program sepanjang tahun

Usai mesyuarat, telah diadakan Rondaan & kawalan SRS utk menjaga keharmonian serta keselamatan penduduk di Rumah Murah Binjai.

Semoga perkara yg telah dibincangkan & dirancang akn dapat dilaksanakan dengan jayanya supaya perpaduan di kawasan KRT Rumah Murah Binjai dapat dipereratkan.

Kementerian Perpaduan Negara
Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu
Pejabat Perpaduan Daerah Kemaman









19 Mei 2026Alhamdulillah..selesai Audit RT Progresif utk Tahun 2024. Terima kasih kps semua AJK yg bertungkus lumus sian...
19/05/2026

19 Mei 2026
Alhamdulillah..selesai Audit RT Progresif utk Tahun 2024. Terima kasih kps semua AJK yg bertungkus lumus siang & mlm utk menyiapkan serta menjayakn Audit ini. Segala teguran yg diberi akan kami perbaiki utk memantapkan lagi KRT Progresif Rumah Murah Binjai.

Kementerian Perpaduan Negara
Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu
Pejabat Perpaduan Daerah Kemaman









16 April 2026 (Khamis)9.00 mlmMAJLIS JALINAN KASIH & RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KRT RUMAH MURAH BINJAIAlhamdulillah..sambu...
16/04/2026

16 April 2026 (Khamis)
9.00 mlm

MAJLIS JALINAN KASIH & RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KRT RUMAH MURAH BINJAI

Alhamdulillah..sambutan yg amat luar biasa drp warga komuniti. Jamuan Hari Raya dibuat secara Potluck. Pelbagai makanan yg disumbangkan oleh warga komuniti.

Trm kasih diucapkan kpd Pegawai Pejabat Perpaduan Daerah Kemaman yg sudi hadir memeriahkan majlis.

Majlis turut diselitkan dengan acara :
1. Penyampaian hadiah kpd pemenang Pertandingan Pelita Raya & Lampu Lip Lap
2. Penyampaian hadiah kpd pelajar cemerlang SPM
3. Pertandingan Pakaian Terbaik
4. Penyampaian duit raya kpd kanak².

Kementerian Perpaduan Negara
Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu




7 Februari 2026 / 1.00 PetangLawatan daripada KRT Progresif Bukit Betong/Bukit Kota ke KRT Progresif Rumah Murah BinjaiS...
07/02/2026

7 Februari 2026 / 1.00 Petang

Lawatan daripada KRT Progresif Bukit Betong/Bukit Kota ke KRT Progresif Rumah Murah Binjai

Susulan lawatan daripada KRT Progresif Rumah Murah Binjai pd tahun lepas, hari ini KRT Progresif Bukit Betong/Bukit Kota telah datang melawat ke KRT Progresif Rumah Murah Binjai. Seramai 31orang peserta yg diketuai oleh Pengerusi KRT Bukit Betong/Bukit Kota En Wan Jamil tlh tiba pada jam 1 petang.

Sedikit majlis & sesi perkongsian diadakan serta rombongan dibawa melawat ke Projek Ekonomi KRT Progresif Rumah Murah Binjai iaitu Kebun Komuniti.

Sebelum pulang, kami bertukar² cenderahati & buah tangan serta sesi bergambar kenang-kenangan.

Semoga dengan lawatan ini akan mempereratkan lagi hubungan antara 2 KRT ini.

Kementerian Perpaduan Negara
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu
Pejabat Perpaduan Daerah Kemaman




LAWATAN BERMAKLUMAT KRT PROGRESIF RUMAH MURAH BINJAI KE KRT PROGRESIF BUKIT BETONG/BUKIT KOTA, DAERAH LIPIS & TAMAN AGRO...
13/12/2025

LAWATAN BERMAKLUMAT KRT PROGRESIF RUMAH MURAH BINJAI KE KRT PROGRESIF BUKIT BETONG/BUKIT KOTA, DAERAH LIPIS & TAMAN AGRO TEKNOLOGI PARK MARDI CAMERON HIGHLANDS

Tarikh : 12 & 13 Disember 2025

Hari Pertama (12/12/2025)

KRT Rumah Murah Binjai telah mengadakan Program Lawatan Bermaklumat ke KRT Progresif Bukit Betong/Bukit Kota. Rombobgan kami telah disambut oleh Pengerusi KRT Progresif Bukit Betong/Bukit Kota En Wan Abdul Jamil , Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Lipis En Razali & En Hakimi dan Ahli Jawatankuasa KRT Progresif Bukit Betong/Bukit Kota.

Rombongan kami diberi taklimat oleh Pengerusi KRT Progresif Bukit Betong/Bukit Kota En Wan Abdul Jamil berkaitan KRT Progresit Bukit Betong/Bukit Kota dan projek ekonomi yg dilaksanakan oleh KRT Progresif Bukit Betong/Bukit Kota.

Kami juga dibawa melawat ke tapak Projek Ekonomi Cili Bara yg diusahakan oleh KRT Progresif Bukit Betong/Bukit Kota. Kami juga diberi taklimat serta tunjuk ajar tentang cara² penanaman serta penjagaan pokok cili bara ini.

Semoga dengan pengetahuan yg diperolehi ini akan dpt kami laksanakan di kawasan kami nanti.

Terima kasih diucapkan kpd KRT Progresif Bukit Betong/Bukit Kota dan Pejabat Perpaduan Lipis yg sudi menerima kehadiran kami ini.

Sedikit cenderahati kami berikan buat kenang kenangan antara KRT Progresif Rumah Murah Binjai dan KRT Progresif Bukit Betong/Bukit Kota serta Pejabat Perpaduan Daerah Lipis.

Kementerian Perpaduan Negara
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu
Pejabat Perpaduan Daerah Kemaman

Address

Rumah Murah Binjai
Kemaman
24000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Rumah Murah Binjai, Kemaman Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share