28/09/2026
Neraka Mengamuk Terlalu Marah
=====
1. Di dalam surah al-Mulk, Allah membayangkan betapa manusia yang akan dihumban ke dalam neraka akan dibakar dengan sangat dahsyat. Seolah-oleh neraka sedang marah dengan membakar mereka sepenuh hati. Firman Allah:
تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ الْغَيْظِ
“Hampir-hampir neraka pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya.” (Surah al-Mulk : 8 )
2. Menurut Sheikh al-Tantawi, frasa “تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ الغَيْظِ” bermaksud: api neraka itu hampir-hampir terbelah dan terpecah-belah kerana terlalu marah kepada para pendosa dan kerana ingin menelan mereka.
3. Manakala perkataan “الغيظ” p**a membawa maksud kemarahan yang amat dahsyat. Ayat ini berfungsi menunjukkan keadaan yang mengerikan bagi neraka itu sendiri yang bersifat marah atau mengamuk.
4. Kemudian firman Allah: “كُلَّمَا أُلْقِيَ فِيهَا فَوْجٌ سَأَلَهُمْ خَزَنَتُهَا...” — bahagian ini merupakan gambaran baharu yang menerangkan keadaan para penghuni neraka.
5. Perkataan “فوج” bermaksud sekump**an manusia. Manakala “كلما” terdiri daripada dua bahagian: “كل” yang menunjukkan maksud menyeluruh iaitu (setiap kali), dan “ما” yang berfungsi sebagai kata keterangan masa.
6. Dalam erti kata yang lain, setiap kali satu kump**an orang kafir dicampakkan ke dalam neraka, penjaga-penjaga neraka dari kalangan malaikat akan bertanya kepada mereka dengan nada mengejek dan mencela:
“أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَذِيرٌ؟”
Bukankah telah datang kepada kamu seorang pemberi amaran (rasul) di dunia, yang memberikan peringatan kepada kamu tentang kedahsyatan hari ini?
7. Begitulah ngerinya keadaan neraka yang dibacakan oleh kita pada setiap malam dalam surah al-Mulk? Mudah-mudahan kita menghayati bacaan yang kita baca.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi