JPKK Kg Jakar

JPKK Kg Jakar kg jakar

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡Alhamdulillah, kita diberi peluang sekali lagi menyambut Syawal yang penuh keberkatan setelah mela...
20/03/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

Alhamdulillah, kita diberi peluang sekali lagi menyambut Syawal yang penuh keberkatan setelah melalui Ramadan yang mendidik jiwa dan memperbaiki diri.

Di kesempatan ini,
๐‰๐๐Š๐Š ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐‰๐š๐ค๐š๐ซ ingin mengucapkan:

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข
๐Œ๐š๐š๐Ÿ ๐™๐š๐ก๐ข๐ซ & ๐๐š๐ญ๐ข๐ง

Kami memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan, kesilapan dan kekhilafan sepanjang berkhidmat kepada masyarakat.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa kegembiraan, mengeratkan silaturrahim, dan memperkukuhkan lagi semangat kebersamaan dalam kampung kita.

๐˜™๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ง๐˜ช๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ข๐˜ง๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ช ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ญ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ.

Selamat beraya bersama insan tersayang.
Jaga diri, jaga adab, dan semoga perjalanan kita sentiasa dipermudahkan.

Salam Maal Hijrah 1447H Mari perbaharui tekad dan niat , semoga langkah hijrah kita sentiasa dipandu rahmat-Nya.โ€œMereka ...
26/06/2025

Salam Maal Hijrah 1447H

Mari perbaharui tekad dan niat , semoga langkah hijrah kita sentiasa dipandu rahmat-Nya.

โ€œMereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.โ€ (Al-Baqarah : 218)

Ikhlas, JPKK Kg Jakar

SEKALUNG TAHNIAH & SETINGGI-TINGGI PENGHARGAANDituju khas kepada:  YB DATOโ€™ HAJI HANAFIAH BIN MATPengerusi Jawatankuasa ...
27/04/2025

SEKALUNG TAHNIAH & SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

Dituju khas kepada:
YB DATOโ€™ HAJI HANAFIAH BIN MAT
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar

Di atas penganugerahan Darjah Kebesaran Datoโ€™ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.)
yang telah dianugerahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiq Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
bersempena stiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Penganugerahan ini menjadi simbol penghormatan atas jasa bakti, dedikasi, dan komitmen tinggi YB Dato' dalam membangunkan negeri, memperkukuh infrastruktur, serta memartabatkan kesejahteraan rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar.

Semoga penghormatan yang besar ini menjadi penyuntik semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang, penuh integriti, dan mengangkat martabat negeri Terengganu Darul Iman ke persada kegemilangan.

Tulus ikhlas daripada:
JPKK JAKAR DUN Cukai

Creadit : UPDI Kerajaan Negeri Terengganu

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025M โœจAlhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, kita menyambut Syawal yang mulia in...
31/03/2025

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025M โœจ

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, kita menyambut Syawal yang mulia ini. Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan mempereratkan ukhuwah sesama kita.

Kami, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jakar, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh penduduk dan sahabat sekalian.

Semoga amal ibadah kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan kita terus diberi kekuatan untuk menjadi insan yang lebih baik.

Salam Syawal, salam kemaafan. ๐ŸŒธ๐ŸŒฟ




05/03/2025
04/03/2025
๐ŸŒ™ MOREH TEPI SUNGAI | IFTAR โ€ข MOREH โ€ข SAHUR | WATERFRONT JAKAR, CUKAI, KEMAMAN ๐ŸŒ™Alhamdulillah,sudah masuk hari ke-3 Rama...
03/03/2025

๐ŸŒ™ MOREH TEPI SUNGAI | IFTAR โ€ข MOREH โ€ข SAHUR | WATERFRONT JAKAR, CUKAI, KEMAMAN ๐ŸŒ™

Alhamdulillah,sudah masuk hari ke-3 Ramadhan,,,Jom nikmati juadah enak dalam suasana santai di Moreh Tepi Sungai,destinasi lengkap untuk Iftar, Moreh & Sahur di Waterfront Jakar, Cukai, Kemaman.

๐Ÿ“… Setiap hari sepanjang Ramadhan
๐Ÿ•ฐ 4.00 petang โ€“ 3.00 pagi
๐Ÿ“ Waterfront Jakar, Cukai, Kemaman

โœจ Apa yang ada di sini? โœจ
โœ… IFTAR โ€“ Pelbagai pilihan makanan berbuka
โœ… MOREH โ€“ Hidangan ringan selepas Tarawih
โœ… SAHUR โ€“ Santapan terakhir sebelum Subuh
โœ… Suasana santai tepi sungai dengan angin nyaman
โœ… Harga berpatutan & mesra bajet

Jangan lepaskan peluang berbuka, bersahur, dan lepak santai dalam suasana penuh keberkatan. Bawa keluarga & rakan-rakan untuk memeriahkan malam-malam Ramadhan!

๐Ÿ“ข Sebarkan & ajak lebih ramai!
Sebarang pertanyaan, hubungi kami melalui DM.

"Makan dan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam (fajar), kemudian sempurnakanlah puasa hingga malam..." (Al-Baqarah: 187)






Alhamdulillah,,,Petang tadi dengan bantuan JPKK Jakar menghubungi pihak Pejabat ADUN Cukai bagi mendapatkan katil untuk ...
11/08/2024

Alhamdulillah,,,
Petang tadi dengan bantuan JPKK Jakar menghubungi pihak Pejabat ADUN Cukai bagi mendapatkan katil untuk seorang pesakit di kg. Jakar.
Semoga dengan adanya katil ini dapat memudahkan urusan keluarga pesakit itu sendiri.

Alhamdulilah,,,,Ziarah kebajikan AJK JPKK Jakar turun bersama pegawai IMITS ADUN Cukai pada khamis,8 Ogos 2024.Kami doak...
11/08/2024

Alhamdulilah,,,,

Ziarah kebajikan AJK JPKK Jakar turun bersama pegawai IMITS ADUN Cukai pada khamis,8 Ogos 2024.
Kami doakan semoga mereka kembali pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.Sedikit sumbangan disampaikan oleh pihak ADUN Cukai yang diwakili isteri YBC kita Puan Hajjah Zahiyah Rahman dan juga pegawai IMITS.AJK JPKK juga menyampaikan sedikit barang keperluan dapur.




Agihan kurma dari YBC,ADUN Cukai selesai di persekitaran perumahan dalam JPKK Jakar petang tadi.Terima kasih semua AJK J...
11/03/2024

Agihan kurma dari YBC,ADUN Cukai selesai di persekitaran perumahan dalam JPKK Jakar petang tadi.

Terima kasih semua AJK JPKK yang bertungkus lumus mengagihkan lebih seratus kotak kurma dan takwin ramadhan petang tadi.




Ziarah kebajikan AJK JPKK Jakar turun bersama pegawai IMITS ADUN Cukai pagi tadi.Kami menyantuni Puan Mazlina di rumahny...
11/03/2024

Ziarah kebajikan AJK JPKK Jakar turun bersama pegawai IMITS ADUN Cukai pagi tadi.

Kami menyantuni Puan Mazlina di rumahnya di Taman Jakar Jaya yang mengidap minor stroke hampir 1 ยฝ bulan yang lalu.Beliau kini hampir pulih dan sedang menjalani rawatan terapi.

Tidak ketinggalan kami juga menyantuni jiran kepada Puan Mazlina yang di uji dengan penyakit diabetis kronik yang mengakibatkan beliau kehilangan sebelah kaki kanannya kerana terpaksa dipotong.

Kami doakan semoga mereka kembali pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.Sedikit sumbangan disampaikan oleh pihak ADUN Cukai yang diwakili isteri YBC kita Puan Hajjah Zahiyah Rahman dan juga pegawai IMITS.AJK JPKK juga menyampaikan sedikit barang keperluan bagi menyambut ramadhan esok hari.




Address

Jakar
Kemaman
24000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kg Jakar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share