IKRAM Muda Terengganu

Directions

IKRAM Muda Terengganu linktr.ee/imganu

Selamat Hari Bapa 2026Buat setiap ayah yang menjadi tempat bersandar, sumber kekuatan dan insan yang tidak pernah lelah ...
21/06/2026

Selamat Hari Bapa 2026

Buat setiap ayah yang menjadi tempat bersandar, sumber kekuatan dan insan yang tidak pernah lelah berjuang demi keluarga. Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus. โค๏ธ

Seorang ayah mungkin tidak selalu meluahkan rasa dengan kata-kata, tetapi setiap usaha, peluh dan langkahnya adalah bukti cinta yang besar buat anak-anak.

Semoga setiap detik usia para ayah dihiasi takwa, dilapangkan rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus memimpin dan membimbing keluarga menuju kebaikan.

Selamat Hari Bapa buat semua ayah hebat! ๐Ÿ‘”โœจ

IKRAM Muda Malaysia

๐ŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H โœจHijrah bukan sekadar pertukaran angka pada kalendar, tetapi peluang untuk kita memperbaharui ...
17/06/2026

๐ŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H โœจ

Hijrah bukan sekadar pertukaran angka pada kalendar, tetapi peluang untuk kita memperbaharui iman, memperbaiki diri dan melangkah menuju redha Allah ๐Ÿค

Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak keberkatan, ketenangan dan kekuatan untuk terus menjadi insan yang lebih baik.

โ€œBarangsiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya akan mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.โ€
โ€” Surah An-Nisaโ€™: 100

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H ๐ŸŒ™

IKRAM Muda Malaysia

KENYATAAN MEDIA IKRAM MUDA MALAYSIA | 4 JUN 2026"IKRAM Muda Malaysia menyeru semua parti politik yang bakal bertanding m...
04/06/2026

KENYATAAN MEDIA IKRAM MUDA MALAYSIA | 4 JUN 2026

"IKRAM Muda Malaysia menyeru semua parti politik yang bakal bertanding menampilkan calon-calon yang tepat di fasa kini. Terutamanya calon yang telus, berorientasikan solusi dan berani melaksanakan dasar yang penting walaupun tidak pop**ar."

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Kami dari IKRAM Muda Terengganu mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Kebawah Duli Tuanku, Raja Permaisuri Agong dan seluruh Kerabat Diraja dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Semoga Baginda Tuanku kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring dengan fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini.


Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ๐Ÿ•‹Aidiladha mengajar kita erti ketaatan tanpa syarat, pengorbanan yang ikhlas dan kepri...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ๐Ÿ•‹

Aidiladha mengajar kita erti ketaatan tanpa syarat, pengorbanan yang ikhlas dan keprihatinan terhadap sesama insan. Semoga semangat Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS terus menghidupkan jiwa kita untuk berkorban demi agama, keluarga dan masyarakat.๐ŸŒ™

Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita memperbanyakkan syukur, mengeratkan ukhuwah serta menyebarkan kasih sayang kepada mereka yang memerlukan. ๐Ÿค

Salam Aidiladha daripada IKRAM Muda Malaysia.
Semoga setiap pengorbanan diterima dan setiap kebaikan digandakan ganjarannya oleh Allah SWT.

IKRAM Muda Malaysia

26/05/2026
Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H ๐ŸŒ™ Hari Arafah adalah antara hari yang paling mulia dalam Islam kerana ia merupakan h...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H ๐ŸŒ™

Hari Arafah adalah antara hari yang paling mulia dalam Islam kerana ia merupakan hari keampunan, doa dan rahmat yang terbuka luas buat hamba-hamba-Nya.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah."
โ€” Riwayat al-Tirmizi

โœจ Rebutlah peluang yang istimewa ini dengan:
๐Ÿคฒ Memperbanyakkan doa dan istighfar
๐Ÿ“– Membaca al-Quran dan berzikir
โค๏ธ Memperbaharui taubat serta muhasabah diri
๐ŸŒฟ Berpuasa sunat Arafah bagi yang tidak menunaikan haji

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengampunkan dosa-dosa kita, serta mengurniakan keberkatan dan rahmat-Nya kepada seluruh umat Islam.

Jangan lepaskan peluang pada hari yang penuh kemuliaan ini untuk mendekatkan diri kepada Allah.

IKRAM Muda Malaysia

Selamat Menyambut Hari Guru 2026 ๐Ÿ“š Terima kasih buat seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, men...
16/05/2026

Selamat Menyambut Hari Guru 2026 ๐Ÿ“š

Terima kasih buat seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik dengan penuh hikmah dan membimbing generasi masa depan dengan sabar serta kasih sayang.

Pengorbanan dan keikhlasan kalian menjadi cahaya yang membentuk masyarakat dan negara yang lebih baik. Terus mendidik dengan nilai dan jiwa yang peduli. โค๏ธ

โ€œMenjana Solusi Demi Kesejahteraan Masa Depan Negaraโ€

IKRAM Muda Malaysia

SELAMAT HARI GURU "Guru Bitara Nadi Negara" Guru Mempermudahkan Pengajaran ุนูŽู†ู ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽ...
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU

"Guru Bitara Nadi Negara"

Guru Mempermudahkan Pengajaran

ุนูŽู†ู ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุนูŽู„ู‘ูู…ููˆุง ูˆูŽูŠูŽุณู‘ูุฑููˆุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูุนูŽุณู‘ูุฑููˆุง ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุบูŽุถูุจู’ุชูŽ ููŽุงุณู’ูƒูุชู’ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุบูŽุถูุจู’ุชูŽ ููŽุงุณู’ูƒูุชู’ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุบูŽุถูุจู’ุชูŽ ููŽุงุณู’ูƒูุชู’

Daripada Ibnu Abbas RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "hendaklah kalian mengajar (ilmu), mempermudah dan jangan menyukarkan. Apabila engkau marah, maka diamlah. Apabila engkau marah maka diamlah. Apabila engkau marah maka diamlah."(HR Ahmad No: 2556) Status Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Berusahalah setiap kita menjadi guru, pendakwah, pendidik bagi menyampaikan ilmu untuk membimbing orang lain menjadi insan soleh. Ilmu bukan untuk disimpan tetapi untuk diamal dan disampaikan kepada orang lain.

2. Sebagai guru, kita perlu berhikmah dengan mempermudahkan pengajaran sehingga orang yang diajar dapat memahami dan beramal dengannya. Gunakan pendekatan yang mudah difahami, tidak membebankan dan sesuai dengan pelajar. Jangan menyukarkan.

3. Imam al-Nawawi menyatakan bahawa arahan *"ajarkanlah dan mudahkanlah"* adalah prinsip asas dalam dakwah dan pendidikan. Islam menyeru kepada penyampaian yang lembut, mudah difahami dan tidak membebankan.

4. Sebagai guru, kita berhadapan dengan pelbagai karenah dan perangai anak murid atau orang yang kita sampaikan dan nasihati. Kesabaran adalah perlu ketika berhadapan dengan pelbagai ujian dan perangai murid.

5. Rasulullah SAW mengulang tiga kali agar kita "DIAM" jika kita marah. Ulangan frasa ini sebanyak tiga kali menunjukkan betapa pentingnya kawalan diri ketika marah. Sebarang tindak balas akibat dari marah akan memudaratkan kita dan orang lain.

6. Marah adalah satu sifat semula jadi manusia, namun Islam mengajar kita untuk mengawal emosi itu dengan bijak, antaranya dengan berdiam diri. Diam ketika marah membantu menenangkan diri dan mencegah reaksi berlebihan.

7. Imam al-Ghazali p**a menekankan bahawa pengendalian marah adalah kunci kepada akhlak mulia, dan diam ketika marah adalah cara untuk mencegah lidah daripada mengucap kata-kata yang dilarang seperti celaan atau fitnah.

Ayuh menjadi guru yang penuh hikmah dengan penyampaian ilmu yang mudah difahami orang lain serta tidak memberatkan. Guru Bitara sentiasa bersabar dan tenang menghadapi karenah anak muridnya.




โ€œPemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara." Selamat Hari Belia Negara 2026 diucapkan kepada seluruh belia wibawa di lu...
15/05/2026

โ€œPemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara." Selamat Hari Belia Negara 2026 diucapkan kepada seluruh belia wibawa di luar sana! โœจ

Tahun bersilih ganti, cabaran juga semakin berbeza. Namun, satu perkara yang tidak pernah berubah adalah peranan anak muda sebagai agen islah dalam masyarakat.

Masa muda adalah fasa keemasan. Inilah masanya untuk kita:
๐Ÿ“š Membina kefahaman dan menuntut ilmu seluas-luasnya.
๐Ÿค Mengukuhkan ukhuwah dan berbakti kepada komuniti.
๐ŸŒฑ Membentuk peribadi mulia yang mampu dicontohi generasi seterusnya.

Kami di IKRAM Muda Terengganu komited untuk terus bersama-sama memacu pembangunan belia yang holistikโ€”bukan sahaja cemerlang di dunia, malah punya visi akhirat yang jelas.

Teruskan perjuangan, wahai belia! Jangan pernah lelah menyumbang bakti demi agama, bangsa, dan negara.

Ikhlas daripada,
IKRAM Muda Terengganu

Address

Kemaman

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Muda Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share