25/05/2026
DOA HARI ARAFAH 1447
“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau. Engkau menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada di atas janji-Mu dan ikatan-Mu sekadar termampu. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu yang Engkau limpahkan kepadaku dan aku mengakui dosaku. Maka ampunkanlah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa selain Engkau.”
“Allah Maha Besar dengan kebesaran yang agung. Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang. Tiada Tuhan selain Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
“Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang zalim. Maka ampunkanlah kami, kedua ibu bapa kami, seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.”
“Wahai Tuhan kami! Kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampunkan kami dan merahmati kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi. Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman. Janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan dengki terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”
“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu syurga dan segala ucapan serta amalan yang mendekatkan kepadanya. Kami berlindung dengan-Mu daripada neraka dan segala ucapan serta amalan yang mendekatkan kepadanya. Kami memohon kepada-Mu segala kebaikan seluruhnya; yang segera mahupun yang tertunda, yang kami ketahui ataupun yang tidak kami ketahui. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan seluruhnya; yang segera mahupun yang tertunda, yang kami ketahui ataupun yang tidak kami ketahui. Kami memohon kepada-Mu agar setiap ketetapan yang Engkau tetapkan untuk kami menjadi kebaikan.”
“Ya Allah! Kurniakanlah kepada jiwa-jiwa kami ketakwaannya dan sucikanlah ia. Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya. Engkaulah Pelindung dan Pemeliharanya. Ya Allah! Kami berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, ilmu yang tidak bermanfaat, jiwa yang tidak pernah puas dan doa yang tidak diperkenankan.”
“Ya Allah! Kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, amalan yang diterima, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa berzikir, keyakinan yang benar, taubat yang tulus dan kesembuhan daripada segala penyakit.”
“Ya Allah! Kami berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, daripada fitnah al-Masih ad-Dajjal, daripada azab kubur dan azab neraka. Kami juga berlindung dengan-Mu daripada fitnah dunia dan akhirat serta daripada keburukan segala ketetapan-Mu. Dan kami memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat.”
“Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada kesusahan dan kesedihan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung dengan-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada lilitan hutang serta penindasan manusia.”
“Ya Allah! Ampunkan kesalahan kami, kejahilan kami dan keterlanjuran kami dalam urusan kami, serta apa yang Engkau lebih mengetahui daripadanya daripada kami. Ya Allah! Ampunkan kesungguhan kami dan gurauan kami, kesalahan kami dan yang sengaja kami lakukan. Semua itu ada pada kami. Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman. Janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan buruk terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”
“Ya Allah! Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami dengan kezaliman yang banyak. Tiada siapa yang mengampunkan dosa selain Engkau. Maka ampunkanlah kami dengan keampunan daripada sisi-Mu. Ampunkan seluruh dosa kami; yang kecil dan yang besar, yang awal dan yang akhir, yang terang-terangan dan yang tersembunyi. Rahmatilah kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
“Ya Allah! Jauhkanlah antara kami dan dosa-dosa kami sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah! Bersihkanlah kami daripada dosa-dosa kami sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Ampunkan apa yang telah kami lakukan dahulu dan kemudian, apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan, serta apa yang Engkau lebih mengetahui daripadanya daripada kami. Engkaulah Yang Mendahulukan dan Yang Mengakhirkan. Tiada Tuhan selain Engkau.”
“Ya Allah! Kami memohon kepada-Mu segala kebaikan seluruhnya; yang segera mahupun yang akan datang, yang kami ketahui ataupun yang tidak kami ketahui. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan seluruhnya; yang segera mahupun yang akan datang, yang kami ketahui ataupun yang tidak kami ketahui. Ya Allah! Kami memohon syurga dan segala ucapan atau amalan yang mendekatkan kepadanya. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada neraka dan segala ucapan atau amalan yang mendekatkan kepadanya.”
“Ya Allah! Lindungilah kami daripada api neraka dan bebaskanlah leher-leher kami daripadanya. Bebaskan juga ibu bapa kami dan seluruh kaum Muslimin. Jadikanlah kami daripada kalangan hamba-hamba-Mu yang dibebaskan daripada api neraka pada hari Arafah. Limpahkanlah kepada kami keampunan, rahmat dan penerimaan amalan pada hari yang penuh keberkatan ini. Dan masukkanlah kami ke dalam syurga dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.”
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan berat sebagaimana Engkau bebankannya kepada orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunkanlah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir.”
“Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan yang halal daripada yang haram. Kayakanlah kami dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu. Berkatilah rezeki kami. Jadikanlah kami daripada kalangan orang bertakwa yang Engkau bukakan pintu rahmat dan kurniaan-Mu untuk mereka. Kayakanlah kami dengan kekuatan dan kemurahan-Mu. Dan jadikanlah kami hanya bergantung kepada-Mu.”
“Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon keampunan dan keselamatan pada agama kami, dunia kami, keluarga kami dan harta kami. Ya Allah! Tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami. Ya Allah! Peliharalah kami dari hadapan kami, dari belakang kami, dari kanan kami, dari kiri kami dan dari atas kami. Dan kami berlindung dengan kebesaran-Mu daripada ditimpa bahaya dari bawah kami.”
“Ya Allah! Sesiapa yang menghendaki kebaikan buat Islam dan kaum Muslimin, maka berilah dia taufik kepada segala kebaikan, bantulah dia di atas jalan kebaikan dan teguhkan langkah-langkahnya. Dan sesiapa yang menghendaki keburukan terhadap Islam dan kaum Muslimin, maka kembalikanlah tipu dayanya kepada dirinya sendiri. Jadikanlah perancangannya membawa kehancuran buat dirinya dan jadikanlah bala keburukan menimpanya. Timpakanlah ke atasnya hukuman-Mu yang kuat lagi berkuasa. Lindungilah kami daripada kejahatannya dengan cara yang Engkau kehendaki dan bagaimana yang Engkau kehendaki, wahai Tuhan Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
“Ya Allah! Kami memohon pertolongan dan keampunan-Mu. Kami memohon kemenangan buat saudara-saudara kami di Palestin. Angkatlah daripada mereka kezaliman dan penindasan. Teguhkanlah langkah mereka dan kuatkanlah semangat serta ketabahan mereka.”
“Ya Allah! Hancurkanlah golongan Yahudi yang zalim. Ya Allah! Hitunglah mereka satu persatu, binasakanlah mereka seluruhnya dan jangan Engkau tinggalkan seorang pun daripada mereka. Ya Allah! Goncangkan kedudukan mereka, cerai-beraikan kumpulan mereka dan berikan kemenangan kepada hamba-hamba-Mu yang beriman ke atas mereka.”
AMIN YA RABBAL 'ALAMIIN...