13/04/2026
📢 Makluman Program Pendidikan
YBhg. Tuan/Puan,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Lighthouse of Hope Sarawak dengan kerjasama Compassi Berhad serta sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Kapit akan menganjurkan:
🎓 Ekspo Mini: “Jom Sambung Belajar Selepas SPM – TVET dan Akademik”
📅 Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: Dewan Serbaguna Lighthouse, Kapit
Program ini terbuka kepada:
* Pelajar Tingkatan 4, 5 & 6
* Lepasan SPM & STPM (yang sedang menunggu keputusan)
* Ibu bapa / penjaga
Pelbagai institusi IPTA & IPTS di Sarawak akan turut serta sebagai pempamer bagi memberikan pendedahan tentang peluang melanjutkan pelajaran dan kemahiran (TVET & akademik).
✨ Semua pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk hadir bagi mendapatkan maklumat dan peluang masa depan yang lebih baik.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak penganjur. Terima kasih.