12/10/2025
๐
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ โ Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025, Masjid Al-Ehsan, Kampung Tok Muda dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Tok Muda serta Klinik Sihat Kapar telah menganjurkan program Fun Run MAE 2025 yang berjaya menarik penyertaan hampir 150 orang peserta daripada kalangan penduduk kampung.
Larian sejauh 3 kilometer yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Al-Ehsan ini disertai oleh peserta pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak, belia dan warga emas. Program ini bukan sahaja bertujuan memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat, tetapi turut mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli kariah serta komuniti setempat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi JPKK merangkap Ketua Kampung Tok Muda En, Abd Halim bin Moklas, yang turut sama menyertai acara larian bersama para peserta. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada pihak masjid dan Klinik Sihat Kapar atas usaha murni menganjurkan aktiviti yang menggabungkan elemen sukan, kesihatan dan perpaduan masyarakat.
Program Fun Run MAE 2025 diakhiri dengan cabutan bertuah kepada peserta bertuah. Suasana ceria dan penuh semangat kekeluargaan, mencerminkan komitmen masyarakat Kg. Tok Muda dalam menjayakan agenda "Masyarakat Sihat, Komuniti Cergas" selaras dengan aspirasi Hari Sukan Negara.
Semoga pengajuran ini memberikan sepenuh makna dan mendapat manfaatnya. Terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dalam menjayakan program ini.