KRT Nanga Jerangku Zon 1

KRT Nanga Jerangku Zon 1 Platform perkongsian program atau aktiviti yang di dilaksanakan atau disertai oleh KRT Nanga Jerangku Zon 1 Kanowit

Warga KRT Nanga Jerangku Zon 1 Kanowit merakamkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat handai yang meraikan...
21/03/2026

Warga KRT Nanga Jerangku Zon 1 Kanowit merakamkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat handai yang meraikan. Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada semua. Kepada yang memandu, berhati-hari di jalan raya.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨
Maaf Zahir dan Batin
Salam Kosong-Kosong

fans

Program Gotong-Royong Menaiktaraf Stor JKKK & KRT01 Mac 2026 - KRT Nanga Jerangku Zon 1 telah mengadakan Program Gotong-...
13/03/2026

Program Gotong-Royong Menaiktaraf Stor JKKK & KRT

01 Mac 2026 - KRT Nanga Jerangku Zon 1 telah mengadakan Program Gotong-Royong bagi menaiktaraf Stor JKKK dan KRT. Program ini bertujuan untuk membaik pulih stor agar lebih selamat, kemas dan teratur. Selain itu, ia juga bertujuan memupuk semangat gotong-royong serta mengeratkan kerjasama dalam kalangan komuniti setempat.

Program ini telah melibatkan kira-kira 15 orang warga KRT. Walaupun jumlah penyertaan tidak ramai, namun program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga KRT yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.




Program Lan Berambeh Sungkei Perdana 20267 Mac 2026 - KRT Nanga Jerangku Zon 1 Kanowit turut berpeluang menyantuni Progr...
11/03/2026

Program Lan Berambeh Sungkei Perdana 2026

7 Mac 2026 - KRT Nanga Jerangku Zon 1 Kanowit turut berpeluang menyantuni Program Lan Berambeh Sungkei Perdana yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh semangat perpaduan di Dataran Tun Tuanku Bujang, Sibu.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara merangkap Ahli Parlimen P210 Kanowit.

Seramai tujuh (7) orang wakil KRT Nanga Jerangku Zon 1 yang terdiri daripada Jiran Muda dan Jiran Wanita telah hadir memeriahkan program tersebut sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh perpaduan masyarakat.

Kesemua wakil yang hadir meluahkan rasa gembira, terharu dan bersyukur kerana berpeluang menghadiri program yang julung kali diadakan ini. Selain menikmati suasana berbuka puasa secara terbuka, program ini turut menjadi medan pertemuan masyarakat daripada pelbagai bangsa dan agama, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan dan keharmonian dalam komuniti.

Program seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah menjadi simbol perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.




Penerima Bakul Rahmah7 Mac 2026 - KRT Nanga Jerangku Zon 1 sekali lagi mengambil peluang menyantuni Program Gerak Rahmah...
11/03/2026

Penerima Bakul Rahmah

7 Mac 2026 - KRT Nanga Jerangku Zon 1 sekali lagi mengambil peluang menyantuni Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Sarawak 2026 yang telah berlangsung di Dataran Tun Tuanku Bujang, Sibu. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sibu, Pusat Khidmat ADUN Nangka serta Kawasan Rukun Tetangga Bahagian Sibu.

Program ini bertujuan memperkukuh semangat perpaduan masyarakat melalui aktiviti gotong-royong dan kebersamaan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, hormat-menghormati dan kebersamaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Antara pengisian utama program ialah aktiviti memasak serta pengagihan 5,000 bekas bubur lambuk kepada kira-kira 20,000 pengunjung yang hadir memeriahkan program tersebut.

Pada sebelah petang p**a, turut diadakan pengagihan Bakul Rahmah kepada penerima yang layak. Bagi KRT Nanga Jerangku Zon 1 Kanowit, penerima Bakul Rahmah ialah Puan Ruku Anak Muya. Beliau meluahkan rasa syukur kerana terpilih sebagai salah seorang penerima bantuan pada tahun ini. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban beliau sebagai seorang ibu tunggal dalam menguruskan kehidupan seharian.

Semoga usaha murni seperti ini terus menjadi jambatan yang mengeratkan hubungan sesama masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dan keprihatinan dalam komuniti.




Majlis Segulai Sejalai KRT Bahagian Sibu6 Mac 2026 – KRT Nanga Jerangku Zon 1 telah menghadiri Majlis Segulai Sejalai KR...
11/03/2026

Majlis Segulai Sejalai KRT Bahagian Sibu

6 Mac 2026 – KRT Nanga Jerangku Zon 1 telah menghadiri Majlis Segulai Sejalai KRT Bahagian Sibu yang berlangsung di Kingwood Hotel, Sibu bermula pada jam 4.30 petang. Majlis ini telah menghimpunkan kira-kira 470 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli KRT dari seluruh Bahagian Sibu.

YBrs. Tuan Zulkifli Bin Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menghadiri Majlis Segulai Sejalai KRT Bahagian Sibu bagi beramah mesra bersama warga KRT Bahagian Sibu.

Dalam kesempatan ini juga, KRT Nanga Jerangku Zon 1 memberi ucapan penghargaan dan tahniah kepada Puan Jendri Mangku, Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu, atas perpindahan beliau ke Tawau, Sabah. Semoga terus maju jaya dan cemerlang di tempat baharu.

KRT Nanga Jerangku Zon 1 juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan yang beragama Islam. Semoga bulan Ramadan yang mulia ini membawa keberkatan kepada kita semua.




Program Berbuka Puasa28 Februari 2026 – KRT Nanga Jerangku Zon 1 telah menyahut seruan Jabatan Perpaduan Negara dan Inte...
28/02/2026

Program Berbuka Puasa

28 Februari 2026 – KRT Nanga Jerangku Zon 1 telah menyahut seruan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Sibu untuk mengadakan Program Berbuka Puasa. Program ini dilaksanakan secara serentak melibatkan KRT di seluruh Bahagian Sibu.

Program Berbuka Puasa KRT Nanga Jerangku Zon 1 telah dihadiri oleh kira-kira 25 orang ahli KRT dan diadakan di Rumah Rodney Matu, Nanga Jerangku. Sebagai simbolik pelaksanaan program, beberapa orang ahli KRT telah dibawa mengunjungi Bazaar Ramadan di Sibu Jaya. Seramai 10 orang ahli KRT telah dipilih untuk menyertai lawatan tersebut dengan menggunakan dua buah kenderaan.

Ahli KRT yang dipilih terdiri daripada golongan ahli lama yang jarang atau tidak pernah menjejakkan kaki ke Bazaar Ramadan. Inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada mereka merasai sendiri suasana di bazar yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman.

Walaupun program ini hanya melibatkan ahli KRT yang berbangsa Iban, Program Berbuka Puasa ini tetap dapat dilaksanakan dengan jayanya. Demi menghormati waktu berbuka puasa, walaupun tiada dalam kalangan mereka yang beragama Islam, warga KRT Nanga Jerangku tetap menunggu waktu berbuka sebelum menikmati hidangan yang dibeli dari Bazaar Ramadan.




Program Gotong Royong Mencegah Denggi31 Januari 2026 - KRT Nanga Jerangku Zon 1 telah menyahut seruan untuk mengadakan G...
02/02/2026

Program Gotong Royong Mencegah Denggi

31 Januari 2026 - KRT Nanga Jerangku Zon 1 telah menyahut seruan untuk mengadakan Gotong-Royong Mencegah Denggi. Program ini telah dilaksanakan serentak bagi KRT Bahagian Sibu.

Program ini telah disertai dalam kalangan warga KRT seramai 15 peserta. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengutip dan membuang sampah di sekitar kawasan perumahan warga KRT Nanga Jerangku Zon 1. Selain itu, warga KRT juga turut menebas rumput di sepanjang laluan ke jeti sungai bagi mengelakkan kawasan pembiakan nyamuk.




Video Perasmian Projek Jalan Tar Kampung Nanga Jerangku sempena Program Santai Bersama Pemimpin ADUN N.50 Machan, disemp...
09/10/2025

Video Perasmian Projek Jalan Tar Kampung Nanga Jerangku sempena Program Santai Bersama Pemimpin ADUN N.50 Machan, disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Allan Siden Gramong ..

Video Perasmian Projek Jalan Tar Kampung Nanga JerangkuSempena Program Santai Bersama Pemimpin ADUN N.50 MachanYang Berhormat Encik Allan Siden GramongAnjura...

0️⃣4️⃣-1️⃣0️⃣-2️⃣0️⃣2️⃣5️⃣Program Santai Bersama Pemimpin ADUN N.50 MachanYang Berhormat Encik Allan Siden GramongAnjura...
09/10/2025

0️⃣4️⃣-1️⃣0️⃣-2️⃣0️⃣2️⃣5️⃣
Program Santai Bersama Pemimpin ADUN N.50 Machan
Yang Berhormat Encik Allan Siden Gramong

Anjuran : JKKK Nanga Jerangku Machan Kanowit dengan kerjasama KRT Nanga Jerangku Zon 1

Bertempat di Rumah Rodney Matu, Nanga Jerangku, Machan Kanowit

3️⃣1️⃣-0️⃣8️⃣-2️⃣0️⃣2️⃣5️⃣Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke - 68 Tahun
31/08/2025

3️⃣1️⃣-0️⃣8️⃣-2️⃣0️⃣2️⃣5️⃣
Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke - 68 Tahun

Persiapan Ambang KemerdekaanKRT Nanga Jerangku Zon 1 Kanowit
31/08/2025

Persiapan Ambang Kemerdekaan
KRT Nanga Jerangku Zon 1 Kanowit

Address

Kanowit
967000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Nanga Jerangku Zon 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share