08/03/2026
Sawasdee คนไทยทุกคน🫶🏼
Jangan lupa ada lagi satu tempat untuk sahabat sekalian datang, bagi memenuhi cita rasa suasana perayaan songkran.
Tahun ini sudah menjadi kali Ke - 10 bagi pihak kami menganjur perayaan songkran ala festival yang tidak mengikut tentatif atau kata lain, phithi ritong.
Supaya yang datang tidak perlu menunggu dan tak ada protokol yang perlu untuk kita patuhi.
Sampai masa, ayaq jalan dontri start semua boleh enjoy.
Datang kampung kami, pihak kampung khuan nun menjemput dengan sepenuh hati dan akan memberi jaminan dari segi
1.Keselamatan ✅
2.Makanan sedap✅
3.Air sepanjang perayaan✅
4.Sound system dan band yang padu✅
Dan setiap tahun pihak kami juga mengharapkan makanan juga turut murah kerana sewaan yang dikutip oleh pihak kami adalah di bawah harga pasaran, ada satu tahun kita minta ikut sattha atau kemampuan sahaja. (Harap gerai-gerai boleh kongsikan)
Memang nak support ekonomi kita-kita. Person in charge adalah dari anak muda/wairun kampung yang kurang pengalaman. Harap tuan-tuan dan puan-puan bagi kami peluang dan memahami, sama-sama belajar dan sama-sama bangkit.
Kekalkan tradisi kita, untuk menjadi kebanggaan generasi akan datang.
Datang dengan penuh penghormatan, pulang dengan penuh kenangan manis.
❤️
Jangan lupa!
Tarikh: 19 April 2024 (Ahad)
Tempat: Samnaksong Guar Nangka
Masa: 11.00 pagi - 6.30 ptg