26/08/2026
PVAC - Perlis Volunteer Action Community menyertai Konvensyen Sukarelawan JKM Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung pada 22 & 23 Ogos 2026 bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Bangi, Selangor.
Seramai kira² 300 orang sukarelawan dari seluruh negara berkampung di BACC selama dua hari pada konvensyen kali ini yang disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan.
Pada konvensyen itu juga turut disampaikan Anugerah Sukarelawan JKM Terbaik / Ikon Inspirasi Masyarakat peringkat Negeri dan Kebangsaan.