Bustana Kucing

Bustana Kucing Creating - One of a kind Cats Themed Park in the world!

20/08/2026

Bustana buka setiap hari dan hanya tutup untuk orang awam selama 2 hari bila tiba Raya Puasa dan Raya Haji.

Walaupun begitu pekerja tetap bekerja pada hari raya untuk memastikan kucing2 tak kelaparan dan bersih dari najis.

Doakan Bustana dimurahkan rezeki dan lebih ramai yang membantu.

19/08/2026

Kucing yang dijumpai dalam keadaan luka ditepi bibir, dipenuhi ulat maggot dan badan penuh dengan kutu dan hama oleh rescuer dan dibawa ke bustana untuk dijaga dan dirawat.

Hampir 100 ekor ulat maggot yang kami buang dari luka kucing tersebut dan banyak kutu-kutu yang jatuh atas pelapik apabila disapu dengan bedak kutu.

Keadaan kucing yang tersangat lemah dan dalam kesakitan itu akan dirawat oleh pihak bustana sehingga sembuh..

Bantu kami untuk membeli ubat-ubatan dan keperluan kucing-kucing di bustana yang hampir berkurangan.

Bantuan dan sumbangan anda semua amat bermakna untuk mereka supaya mereka dapat dirawat, sembuh dan dapat bermain bersama-sama kucing-kucing sihat yang lain.

MBB
562768423110

16/08/2026

Ramai yang bertanya, shelter di bustana tak berbumbung ke? Kesian kucing-kucing kesejukkan.

Mungkin dalam video ramai yang tak perasan ada bumbung.

Jom kita tengok ada bumbung ke tak

15/08/2026

Bustana kucing ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada kak noor iaitu isteri kepada Encik Taufik yang selama ini bersama2 menguruskan Bustana Kucing.

Marilah kita sama-sama doakan untuk kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk kak noor dan suami serta seisi keluarga besar Bustana Kucing.

12/08/2026

Lepak petang geng abang long
Dipisahkan oleh pagar dengan geng kak long,
Walaupun terpisah, mereka masih juga dapat bersembang bahasa meow sesama mereka.

08/08/2026

Anak-anak bulus terbuang yang diselamatkan dan menjadi keluarga besar Bustana Kucing.

Doakan semoga bustana dimurahkan rezeki dan lebih ramai yang turut sama membantu.

08/08/2026

Dijumpai oleh student ukm dengan keadaan yang menyayat hati, terbaring dan dipenuhi ulat dibahagian punggung dan badan di tempat pembuangan sampah Guar Jentik, Perlis..
Dihantar ke bustana untuk dirawat dan dijaga.

Rasa marah dan sedih bila tengok keadaan ini, terfikir macammana ada orang sanggup buang kucing atau abaikan kucing sakit begini.

Bila kami terima dengan keadaan bau busuk menusuk hidung, kucing itu mengiau perlahan membuatkan hati semakin sebak.
Kami kutip satu-satu ulat yang ada dipunggung dan badan dan dia hanya diam sebab tahu ada orang yang masih sayang dan akan merawat dia.

Kalian, tolonglah, kalau nak bela kucing, mandulkan dan pelihara sebaiknya. Haiwan seperti kucing juga perlu tempat tinggal, haiwan juga makhluk Allah dan haiwan juga berhak hidup di muka bumi ini.

Bantu kami untuk merawat dan terus menjaga kucing2 gelandangan yang juga merupakan amanah Allah untuk kita

MBB
Kelab Bustana Kucing Malaysia
562768423110

07/08/2026
Alhamdulillah Bustana menerima lawatanKawal Selia untuk pembaharuan lesen dibawah Akta Kebajikan Haiwan 2015, Seksyen Ke...
03/08/2026

Alhamdulillah Bustana menerima lawatan
Kawal Selia untuk pembaharuan lesen dibawah Akta Kebajikan Haiwan 2015,
Seksyen Kebajikan Haiwan,
Bahagian Regulatori Veteriner,
Jabatan Perkhidmatan Veteriner Putrajaya.

Doakan Semoga Bustana Kucing terus berdiri teguh untuk menjaga kucing-kucing terbuang.

Teruskan menyokong dan menyumbang kerana setiap sumbangan anda akan memberi sedikit harapan baru buat mereka.

Setiap ringgit anda = satu harapan baru untuk 🐈🐈

...MOHON DOA...Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera..Dengan penuh dukacita, Bustana Kucing memaklumkan kepada semua foll...
30/07/2026

...MOHON DOA...

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera..
Dengan penuh dukacita, Bustana Kucing memaklumkan kepada semua followers Bustana Kucing mengenai keadaan semasa seorang staff Bustana Kucing.

Staff Bustana Kucing (dalam gambar) bernama Firdaus Bin Japari sudah berada di Hospital Kangar selama 2 minggu untuk menerima rawatan. Dia telah disahkan mengidap kanser pada tahap 4 dan sedang menerima rawatan Chemotherapy.

Bustana Kucing dengan rendah diri memohon kepada semua pihak untuk mendoakan kesembuhan Firdaus seterusnya diangkat semua kesakitannya.

Bustana memohon agar namanya akan disebut dalam doa-doa semua pihak selepas solat atau pada bila-bila masa. Kami yakin, Insya Allah, ada doa yang akan dimakbulkan olehNya.

Bagi yang berkelapangan, Firdaus ditempatkan di Blok A tingkat 3, Hospital Kangar. Kami merakamkan ribuan terima kasih atas doa-doa yang akan diberikan kepadanya.

Kita umatNya berusaha sebaiknya, segala ketentuan adalah dariNya.

Sekiranya ada yang ingin menghulurkan sumbangan, anda boleh berbuat demikian melalui akaun ibu beliau seperti di bawah:

CIMB Bank
7626823667
Jamilah Idris

Remark: Firdaus Bustana Kucing

Wasallam.

Address

Taman Ular Dan Reptilia, Sungai Batu Pahat
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 09:30 - 16:30
Tuesday 09:30 - 16:30
Wednesday 09:30 - 16:30
Thursday 09:30 - 16:30
Friday 09:30 - 16:30
Saturday 09:30 - 16:30
Sunday 09:30 - 16:30

Telephone

+60186682303

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bustana Kucing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share