01/08/2026
SEDUTAN AKSI BOLING KATEGORI FOURSOME | 31 JULAI 2026 🎳
Sorotan sekitar aksi Boling Kategori Foursome, yang merupakan kategori terakhir disertai oleh pasukan Boling PKENPs dalam Sukan GEMAPUTERA XVIII Sarawak 2026.
Sepanjang kejohanan, para pemain telah mempamerkan semangat juang, komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam setiap kategori yang dipertandingkan.
Kehadiran Dato' Md. Silmi turut menyuntik semangat dan memberikan sokongan moral kepada pasukan Boling PKENPs. Sokongan yang diberikan menjadi pembakar semangat kepada para pemain untuk terus memberikan aksi terbaik sehingga tamat pertandingan.
Terima kasih kepada seluruh pasukan Boling PKENPs atas segala usaha dan komitmen sepanjang kejohanan. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin untuk kembali lebih cemerlang pada kejohanan akan datang.
Syabas Pasukan Boling PKENPs! 💙💛🎳