13/05/2026
SESI PERJUMPAAN DAN PELEPASAN ATLET MAKSAK PERLIS BAGI SUKAN E-SPORT KE KEJOHANAN MAKSAK MALAYSIA 2026
13 Mei 2026 | Perkarangan Kompleks Seri Putra
Satu sesi perjumpaan dan pelepasan atlet MAKSAK Perlis bagi kontinjen sukan E-Sport telah diadakan bersama Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) bertempat di perkarangan Kompleks Seri Putra, Kangar sebagai tanda sokongan dan semangat kepada para atlet yang bakal membawa cabaran negeri.
Kontinjen E-Sport MAKSAK Perlis akan beraksi di Negeri Sembilan bermula 14 hingga 17 Mei 2026 dalam Kejohanan MAKSAK Malaysia 2026 dengan penyertaan atlet-atlet terbaik daripada pelbagai jabatan kerajaan negeri.
Dalam sesi tersebut, Dr. Noriman turut menitipkan kata-kata semangat serta berharap agar semua atlet dapat memberikan aksi terbaik, mengekalkan disiplin serta membawa pulang kejayaan untuk Negeri Perlis.
Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSUKPs) bertindak selaku penyelaras bagi sukan E-Sport MAKSAK Perlis bagi memastikan segala urusan penyertaan, kebajikan dan pengurusan kontinjen berjalan dengan lancar.
Semoga kontinjen E-Sport MAKSAK Perlis berjaya mengharumkan nama negeri di pentas kejohanan nanti.