Nisa' Negeri Perlis

Nisa' Negeri Perlis Follow INSTAGRAM kami : �

https://www.instagram.com/nisa_perlis/

Nisa' Perlis ~ Connecting Youth

Membawa misi Kemanusiaan,Kebajikan dan Kemasyarakatan :)

Sertai kami SEKARANG! Untuk mendaftar sebagai ahli sila ke link ini

https://docs.google.com/forms/d/1bZ9M9griWCHyWZoaF2hdUhe0CuzVFHZon31GASxv51A/viewform

19/08/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kemanisan Iman

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Daripada Anas bin Malik RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya, maka dia akan merasai kemanisan iman: (1) Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada segala yang lain. (2) Dia mencintai seseorang, hanya kerana Allah. (3) Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci dicampakkan kedalam api neraka"(HR Bukhari No: 16) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa halawatul iman (kemanisan iman) ialah kenikmatan rohani yang dirasai oleh hati sehingga seseorang berasa tenang ketika beribadah; reda dengan ketentuan Allah; gembira melakukan ketaatan; dan sanggup bersabar menghadapi ujian demi agama.

2. Tiga perkara jika dimiliki akan menjadikan seseorang mendapat kemanisan iman:

a) Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari segala-galanya di dunia. Tanda cinta tersebut ialah seseorang sentiasa mendahulukan perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW apabila berlaku pertembungan dengan kehendak hawa nafsu.

b) Mencintai dan menyayangi seseorang hanya kerana Allah bukan kerana pangkat mahupun kedudukan.

c) Tidak s**a kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dengan hidayah, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

3. Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).

Allah berfirman:

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٣١

“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” [Ali ‘Imran: 31]

Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini menyatakan: “Ayat ini adalah pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah namun tidak mahu menempuh jalan yang dilalui Rasulullah SAW, maka orang itu dusta dalam pengakuannya sehinggalah ia mengikuti syariat dan agama yang dibawa Rasulullah SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.”

4. Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bid’ah yang menyesatkan.

5. Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah. Ibnul Qayyim al-Jauziyyah berkata: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.

6. Tiga tanda utama seseorang merasai kemanisan iman: cinta yang mendalam kepada Allah dan Rasul-Nya, kasih sayang sesama mukmin kerana Allah, dan kebencian terhadap kekufuran. Kemanisan iman hanya dapat dirasai apabila iman dihiasi dengan ketaatan, keikhlasan, dan kesetiaan kepada ajaran Islam.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448
Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026
"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

07hb Rabiulawal 1448H
20hb Ogos 2026

Salam Aidiladha 1447H ✨Nisa’ Perlis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.Semoga Aidiladha k...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H ✨

Nisa’ Perlis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan dan kesyukuran dalam setiap langkah kehidupan.

تَقَبَّلَ ٱللَّٰهُ مِنَّا وَمِنكُمْ 🤲🏻
Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima Allah SWT.

Tulus ikhlas,
Nisa’ Perlis 💜




05/05/2026

✨ IBADAH KORBAN & AKIKAH BERSAMA NISA’ MALAYSIA✨

Usai Syawal, kita sudah masuk ke bulan Zulkaedah dan bakal melangkah ke bulan Zulhijjah.

Jom bersama Nisa’ Malaysia melaksanakan ibadah korban dan akikah khusus untuk raya haji yang bakal menjelma. Kali ini, pelaksanaan korban kami khusus di bumi Kemboja. ✨

Selain kita mengejar ganjaran yang dijanjikan oleh Allah dengan pelaksanaan ibadah korban, kita juga dapat menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Semoga dengan ibadah korban ini menjadikan kita hamba yang dekat dengan Tuhan.

📌DAFTAR SEKARANG
https://forms.gle/swFXY9tETyrd2wsN7

💰RM370.00 satu bahagian lembu
(KEMBOJA)

💰RM750.00 - satu ekor kambing (KEMBOJA)

Pembayaran boleh dilakukan menerusi akaun rasmi:
♦️CIMB Islamic Pertubuhan Nisa’ Malaysia
💳 8600249091

Atau

📎Tekan pautan Toyyibpay yang telah disediakan :
https://toyyibpay.com/Korban-Akikah-2026

🔖Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta korban & akikah.

📱Hubungi wakil kami untuk sebarang pertanyaan dan bukti transaksi :
- 019-3487742 Puan Hidayahtul Aiman
- 013-2527902 Puan Syuhaidah
- 013-9737690 Puan Saida Farhanah
- 017-3734906 Cik Nursuryati

📍Tarikh Tutup Penyertaan: 25 Mei 2026 | 8 Zulhijjah 1447H | 11:59 PM

Jom bersama-sama Nisa’ Malaysia dalam melaksanakan ibadah korban & akikah di luar negara.




Selamat Hari Bomba
05/05/2026

Selamat Hari Bomba

Selamat Hari Bomba Sedunia 2026 🚒🧑🏻‍🚒👩🏻‍🚒

Nisa' Malaysia menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga bomba yang sentiasa berani mempertaruhkan nyawa demi keselamatan warga Malaysia.

Di sebalik bunyi siren yang bergema, ada pengorbanan yang tidak ternilai. Risiko berhadapan bahaya marak api dan segala kecemasan dihadapi dengan berani. Anda adalah wira sebenar yang sentiasa bersedia, tidak kira masa dan keadaan.

Semoga segala jasa dan pengorbanan setiap ahli bomba diberkati dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

Terima kasih wira negara.
Bomba Tonggak Penyelamatan Negara! 🔥🚒





20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H 💜✨.

Nisa' Negeri Perlis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat.

‎تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلْ ياَ كَرِيْمُ وَجَعَلَنَا اللهُ وَاِيَّاكُمْ مِنَ الْعَاءِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ وَالْمَقْبُوْلِيْنَ كُلُّ عاَمٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

“Semoga Allah menerima (amal ibadah) kita, Wahai Allah Yang Maha Mulia, terimalah! Dan semoga Allah menjadikan kita termasuk orang-orang yang kembali dan orang-orang yang menang serta diterima (amal ibadah). Setiap tahun semoga kamu semua sentiasa dalam kebaikan.”





🎗️𝙉𝙞𝙨𝙖 𝙎𝙢𝙖𝙡𝙡 𝙆𝙞𝙣𝙙𝙣𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣  (𝙉𝙎𝙆) “𝙈𝙞𝙨𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙪𝙠𝙞𝙧 𝙨𝙚𝙣𝙮𝙪𝙢𝙖𝙣” Nisa Perlis 2026🎗️Fasa 3: Ziarah MahabbahAlhamdulilah Nisa...
16/03/2026

🎗️𝙉𝙞𝙨𝙖 𝙎𝙢𝙖𝙡𝙡 𝙆𝙞𝙣𝙙𝙣𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣 (𝙉𝙎𝙆) “𝙈𝙞𝙨𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙪𝙠𝙞𝙧 𝙨𝙚𝙣𝙮𝙪𝙢𝙖𝙣” Nisa Perlis 2026🎗️

Fasa 3: Ziarah Mahabbah

Alhamdulilah Nisa Negeri Perlis
telah berjaya melaksanakan Fasa 3 Ziarah Mahabbah sempena NSK Ramadan pada 14&15 Mac 2026 (Sabtu&Ahad) .

Seramai 12 penerima sumbangan yang diberi bantuan dalam bentuk barangan makanan asas dan sedikit wang tunai bagi meringankan beban mereka menyambut Ramadan Tahun ini.

Dikesempatan ini Nisa’ Negeri Perlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para menyumbang yang bersama menjayakan ‘misi mengukir senyuman’ kepada para penerima sumbangan ini, semoga mendapat Ganjaran pahala yang berlipat ganda disisiNya.

Dan tak lupa juga kepada Pimpinan Nisa Perlis atas kerjasama dan gerak kerja yang sangat komited dan telah banyak membantu bagi menjayakan program ini, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik kalian 💜




15/03/2026

"_Ziarah ini memberiku erti bahawa kekuatan seorang ibu bukan pada ketiadaan air mata, tetapi pada keberaniannya untuk terus melangkah walau dalam lelah. Ternyata, mengetuk pintu rumahnya adalah cara kita memberitahu bahawa dia tidak sendirian dalam perjuangan ini_."

Assalamualaikum.. Ramadhan Kareem ❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹🥰🥰🥰Kami masih memerlukan dalam RM1300 utk melengkapkan visi Ramadhan ini. ...
10/03/2026

Assalamualaikum..

Ramadhan Kareem ❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹🥰🥰🥰

Kami masih memerlukan dalam RM1300 utk melengkapkan visi Ramadhan ini.

Bagi yg sudi menghulurkan sumbangan boleh transfer ke no.akaun yg tertera beserta rujukan NSK Ramadhan dan bg yg QR blh mklumkn pd nombor tertera ya.

Segala sumbangan anda kami dahulukan dgn ucapan Jazakumullah Khairan Kathira. Semoga Allah melipatgandakan pahala di bulan Ramadhan yg mulia ini bg membantu insan² yg memerlukan. InshaAllah

Selamat Hari Wanita💜
08/03/2026

Selamat Hari Wanita💜

🌸 Selamat Hari Wanita Sedunia 2026 🌸

Menjadi seorang wanita bukanlah perjalanan yang mudah.

Di sebalik senyuman yang terukir, ada pengorbanan yang tidak terlihat.

Di sebalik kelembutan yang ditampilkan, tersimpan kekuatan yang luar biasa.

Wanita adalah anak yang membahagiakan ibu bapa, sahabat yang setia mendengar, isteri yang menemani perjuangan hidup, dan ibu yang membesarkan generasi masa hadapan dengan penuh kasih sayang. Dalam diam, wanita memikul banyak peranan kadangkala tanpa pujian, tanpa pengiktirafan, tetapi tetap terus melangkah dengan sabar dan tabah.

Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun mengingatkan kita bahawa wanita bukan sekadar pelengkap dalam masyarakat, tetapi tonggak penting yang membina keluarga, menyumbang kepada kemajuan negara dan membentuk masa depan ummah.

Tema tahun ini, “Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara”, mengajak kita semua untuk terus menghargai, menyokong dan memperkasa wanita agar potensi mereka dapat berkembang dengan sebaiknya.

Islam telah memuliakan wanita dan mengangkat darjat mereka ke tempat yang tinggi lebih-lebih lagi wanita yang menjaga akhlak.

Daripada Abdullah bin ‘Amr R.A, Nabi SAW bersabda:

‏الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”
(Riwayat Muslim)

Semoga setiap usaha, pengorbanan dan kebaikan yang dilakukan menjadi jalan menuju keredhaan Allah SWT.

✨ Selamat Hari Wanita Sedunia.

Tulus Ikhlas,
Nisa' Malaysia 💜





🎗️𝙉𝙞𝙨𝙖 𝙎𝙢𝙖𝙡𝙡 𝙆𝙞𝙣𝙙𝙣𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣  (𝙉𝙎𝙆) “𝙈𝙞𝙨𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙪𝙠𝙞𝙧 𝙨𝙚𝙣𝙮𝙪𝙢𝙖𝙣” Nisa Perlis 2026🎗️Fasa 2: Ziarah MahabbahAlhamdulilah Nisa...
08/03/2026

🎗️𝙉𝙞𝙨𝙖 𝙎𝙢𝙖𝙡𝙡 𝙆𝙞𝙣𝙙𝙣𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣 (𝙉𝙎𝙆) “𝙈𝙞𝙨𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙪𝙠𝙞𝙧 𝙨𝙚𝙣𝙮𝙪𝙢𝙖𝙣” Nisa Perlis 2026🎗️

Fasa 2: Ziarah Mahabbah

Alhamdulilah Nisa Negeri Perlis
telah berjaya melaksanakan Fasa 2 Ziarah Mahabbah sempena NSK Ramadan pada 7&8 Mac 2026 (Sabtu&Ahad) .

Seramai 11 penerima sumbangan yang diberi bantuan dalam bentuk barangan makanan asas dan sedikit wang tunai bagi meringankan beban mereka menyambut Ramadan Tahun ini.

Dikesempatan ini Nisa’ Negeri Perlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para menyumbang yang bersama menjayakan ‘misi mengukir senyuman’ kepada para penerima sumbangan ini, semoga mendapat Ganjaran pahala yang berlipat ganda disisiNya.

Dan tak lupa juga kepada Pimpinan Nisa Perlis atas kerjasama dan gerak kerja yang sangat komited dan telah banyak membantu bagi menjayakan program ini, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik kalian 💜




Address

Kangar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nisa' Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Nisa' Negeri Perlis:

Shortcuts

Share