Sinar Mentari Kangar

Sinar Mentari Kangar Selamat datang ke Facebook MENTARI Kangar, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hos. Tuanku Fauziah

Jualan hasil Green House MENTARI Kangar di sekitar Hospital Kangar& jabatan kerajaan luar🥬🥬🥬
14/05/2026

Jualan hasil Green House MENTARI Kangar di sekitar Hospital Kangar& jabatan kerajaan luar🥬🥬🥬

Program Kelestarian MENTARI Kangar.Persekitaran kondusif, Minda Kreatif bersama pasukan RELA cawangan Daerah Padang Besa...
14/05/2026

Program Kelestarian MENTARI Kangar.
Persekitaran kondusif, Minda Kreatif bersama pasukan RELA cawangan Daerah Padang Besar.

Activity Daily Living training, Self care dan Grooming Pasukan Komuniti Psikiatri dan Pasukan Jurupulih Carakerja
12/05/2026

Activity Daily Living training, Self care dan Grooming Pasukan Komuniti Psikiatri dan Pasukan Jurupulih Carakerja

Pada hari ini, telah diadakan Lawatan Ilmiah MENTARI bersama pesakit-pesakit ke Muzium Warisan Seni dan Institusi Diraja...
07/05/2026

Pada hari ini, telah diadakan Lawatan Ilmiah MENTARI bersama pesakit-pesakit ke Muzium Warisan Seni dan Institusi Diraja Negeri Kedah🏛️dan Lawatan ke Tempat Kerja Supported Employment

04/05/2026

Dalam dunia kerja, masa dianggap sekadar angka di jam. Tapi hakikatnya, masa itu adalah sebahagian daripada hidup seseorang... tenaga, emosi, dan ruang peribadi yang tak boleh diganti.

Sebab itu, menghormati masa orang lain, termasuk pekerja sendiri, bukan sekadar etika profesional, tapi tanda kemanusiaan.

Ramai orang fikir bila seseorang itu pekerja, masa mereka boleh diatur sesuka hati. Mesyuarat last minute, arahan tiba-tiba di luar waktu kerja, atau expectation untuk sentiasa on standby.

Semua ini nampak kecil, tapi kesannya besar. Lama-lama, ia makan tenaga mental, kurangkan motivasi, dan buat seseorang rasa tak dihargai.

Bila majikan atau ketua mula jaga masa pekerja, contohnya beri notis awal, elakkan ganggu waktu rehat, dan jelas dalam komunikasi... itu sebenarnya membina kepercayaan.

Pekerja akan rasa dihormati sebagai manusia, bukan sekadar mesin yang jalankan tugas. Dari situ, barulah lahir komitmen yang lebih ikhlas, bukan sekadar bekerja sebab terpaksa.

Menghormati masa juga berkait rapat dengan keseimbangan hidup. Pekerja ada keluarga, tanggungjawab peribadi, dan keperluan untuk rehat.

Bila semua ini diambil kira, organisasi bukan saja jaga produktiviti, tapi juga kesejahteraan mental. Dan pekerja yang sejahtera, biasanya lebih fokus, lebih kreatif, dan lebih setia.

Dalam jangka panjang, budaya menghormati masa akan bentuk persekitaran kerja yang sihat. Kurang burnout, kurang konflik, dan lebih rasa saling memahami.

Ia mungkin nampak macam perkara asas, tapi impaknya boleh ubah keseluruhan suasana tempat kerja.

Kadang-kadang, cara paling mudah untuk tunjuk kita hormat orang lain adalah dengan tidak mengambil masa mereka sesuka hati.

04/05/2026

Jangan Pendam Sendiri: Kesihatan Mental dalam Perspektif Islam

Kesihatan mental penting, dan Islam menekankan penjagaan jiwa selain ibadah zahir. Dalam menghadapi tekanan, jangan pendam bersendirian.

Amalan yang boleh diamalkan:

👉 Perbanyakkan doa & zikir
Seperti istighfar, tasbih dan selawat untuk menenangkan hati.

👉 Solat dengan khusyuk
Jadikan solat tempat “rehat” jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

👉 Baca & tadabbur Al-Quran
Ayat-ayat Allah memberi ketenangan dan panduan dalam menghadapi ujian.

👉 Rehat & jaga kesihatan fizikal
Tidur cukup, makan seimbang dan kurangkan keletihan.

👉 Luahkan perasaan
Berkongsi dengan orang dipercayai atau dapatkan bantuan pakar jika perlu.

👉 Amalkan husnuzon
Yakin setiap ujian ada hikmah dan bukan sia-sia.

Mendapatkan bantuan bukan kelemahan, tetapi usaha bijak menjaga amanah diri.

Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT.




Jualan hasil Green House MENTARI Kangar di sekitar Hospital Kangar🥬🥬🥬
03/05/2026

Jualan hasil Green House MENTARI Kangar di sekitar Hospital Kangar🥬🥬🥬

Pertandingan bowling pesakit UPCK HTF dan Mentari Kangar dengan kerjasama PKMP pada 14 April 2026
29/04/2026

Pertandingan bowling pesakit UPCK HTF dan Mentari Kangar dengan kerjasama PKMP pada 14 April 2026

26/04/2026

10 Panduan untuk Ibu Bapa Anak ADHD yang Cenderung Melawan (Defiant)

1. Kekalkan sikap positif
Beri ganjaran dan pujian apabila anak berkelakuan baik. Ini membantu meningkatkan harga diri dan mengurangkan tingkah laku negatif.

2. Rawat sebelum menghukum
Jangan menghukum tingkah laku yang sebenarnya simptom ADHD. Pastikan rawatan membantu kawal simptom dahulu.

3. Gunakan komunikasi yang baik
Elakkan reaksi berlebihan. Tunjukkan cara yang tenang dan matang apabila berdepan emosi.

4. Elakkan situasi ‘meltdown’
Rancang strategi keluar awal dari situasi mencabar untuk mengelakkan tantrum.

5. Kawal emosi diri
Kekal tenang walaupun anak marah. Teknik pernafasan boleh membantu mengawal reaksi.

6. Jelaskan peraturan dan akibat
Terangkan dengan jelas apa yang tidak dibenarkan dan akibatnya. Konsisten dalam pelaksanaan.

7. Luangkan masa bermain sebelum menghukum
Kuatkan hubungan melalui aktiviti positif bersama anak.

8. Fahami corak anak
Kenal pasti pencetus emosi dan sensitiviti anak untuk bezakan antara degil dan emosi yang meluap.

9. Kenal pasti punca sebenar
Pertimbangkan kemungkinan masalah lain (contohnya ODD). Dapatkan penilaian pakar jika perlu.

10. Nilai diri sendiri sebagai ibu bapa
ADHD boleh diwarisi. Ibu bapa juga mungkin ada ciri yang mempengaruhi cara mendisiplinkan anak—dapatkan bantuan jika perlu.

Source: 10 Rules for Parents of ADHC Child with Defiant Behaviour, Additude Magazine

Jamuan Raya dan Program Sokongan Keluarga MENTARI💚💚💚
17/04/2026

Jamuan Raya dan Program Sokongan Keluarga MENTARI💚💚💚

Address

Jalan Padang Katong
Kangar
01000

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00

Telephone

+6049779280

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sinar Mentari Kangar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share