05/10/2026
ASPIRING MELAKA GEOPARK PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PERLIS GEOPARK
KAKI BUKIT, 5 Oktober 2026 – Kerajaan Negeri Melaka menerusi Jawatankuasa Kerja Perancangan dan Pembangunan Aspiring Melaka Geopark (AMG) mengadakan Program Lawatan Penanda Aras dan Jalinan Kerjasama Strategik antara Aspiring Melaka Geopark dan Perlis Geopark hari ini.
Program melibatkan 25 orang delegasi daripada pelbagai jabatan dan agensi berkaitan bagi mendapatkan pendedahan mengenai tadbir urus, pemeliharaan geoheritage, pembangunan geotapak, pelancongan berasaskan geopark serta penglibatan komuniti.
Delegasi telah disambut oleh Ketua Penolong Setiausaha BPEN, Puan Intan Sharizat binti Nasir, selaku wakil pengurusan Perlis Geopark di Wang Kelian Viewpoint sebelum meneruskan lawatan ke Galeri Gua Kelam dan beberapa geotapak lain antaranya Tapak Warisan Budaya Kampung Warna Warni, geotapak saliran kars Bukit Jernih selain sesi libat urus di BPEN.
Lawatan ini turut menjadi platform perkongsian pengalaman bersama pihak pengurusan Perlis Geopark dan pemegang taruh , khususnya berkaitan pengurusan geotapak, interpretasi geoheritage dan penglibatan komuniti.
Pemilihan Perlis sebagai lokasi penanda aras adalah selaras dengan pendekatan strategik “1 Negeri 1 Geopark”, dengan pengalaman Perlis Geopark menjadi rujukan penting dalam usaha memperkukuh pembangunan Aspiring Melaka Geopark secara mampan dan berdaya saing.
đź“· Komuniti Perlis Geopark