Lajnah Dakwah DPP Perlis

Lajnah Dakwah DPP Perlis Sebagai medan untuk mengembangkan suara Islam..

23/06/2026
20/06/2026
17/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi kesempatan menyambut tahun baharu Hijrah 1448H.

Semoga kedatangan Maal Hijrah membawa semangat baharu untuk kita memperkukuhkan iman, memperbanyakkan amal soleh, mengukuhkan penyatuan ummah dan berbakti kepada agama, bangsa serta negara.

Merpati terbang dibawah mentari,
Hinggap sebentar di pohon meranti,
Awal Muharram membuka lembaran diri,
Moga hidup sentiasa diberkati.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam.

Ikhlas daripada,
YB Haziq Asyraf Bin Dun
ADUN Beseri
Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis



17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, saya mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya warga DUN Simpang Empat dan rakyat Negeri Perlis.
Maal Hijrah mengingatkan kita kepada pengorbanan, kecekalan dan semangat perubahan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam membawa umat ke arah kehidupan yang lebih baik.

Marilah kita menjadikan tahun baharu ini sebagai titik permulaan untuk memperbaiki diri, memperkukuh ukhuwah serta meningkatkan amal ibadah demi kesejahteraan bersama.
Semoga tahun 1448H membawa keberkatan, rahmat, keamanan dan kemajuan kepada kita semua.

Ikhlas daripada,
YB Razali Bin Saad
ADUN Simpang Empat

17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448. Hijrah mengingatkan kita tentang perubahan diri ke arah iman, ilmu, akhlak dan perpaduan yang lebih kukuh.

Marilah kita jadikan tahun baharu Hijrah ini untuk memperbaharui azam, membina generasi berilmu dan berintegriti serta terus menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha serta mengurniakan keamanan, kesejahteraan dan keberkatan buat kita semua.

17/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H.

Selamat menyambut Awal Muharram, yakni permulaan bagi kita seluruh umat Islam untuk membuka β€œlembaran baru” dan memperbaiki segala kekurangan pada tahun sebelumnya.

Mungkin kita tidak mampu mengubah semua perkara dalam hidup ini sekaligus. Tetapi tahun baharu Hijrah mengajar kita bahawa perubahan besar sentiasa bermula dengan satu langkah yang kecil.

Jika tahun lalu kita pernah tersilap, tahun ini kita perbaiki. Jika tahun lalu kita pernah terleka, tahun ini kita bangkit. Jika tahun lalu kita pernah berputus asa, tahun ini kita kembali meletakkan harapan kepada Allah SWT.

Semoga tahun 1448H membawa ketenangan dalam jiwa, keberkatan dalam rezeki dan kekuatan untuk terus menjadi hamba yang lebih baik daripada semalam.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.

Kerana hijrah yang paling sukar bukan berpindah tempat, tetapi mengubah hati.

YB Ustaz Azmir.


22/04/2026

Selamat berangkat ke Tanah Suci kepada semua jemaah haji. Semoga setiap langkah dipermudahkan, setiap ibadah diterima, dan dikurniakan kesihatan serta kekuatan sepanjang menunaikan rukun Islam kelima.

Doa kami mengiringi agar para jemaah memperoleh haji yang mabrur dan kembali ke tanah air dengan selamat, penuh keberkatan serta membawa seribu satu pengalaman yang bermakna.

Ikhlas daripada
YB Haziq Asyraf Dun
ADUN Beseri



22/04/2026

Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada semua jemaah yang bakal menjadi tetamu Allah pada tahun ini.πŸ•‹

Semoga segala urusan perjalanan dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik, kekuatan fizikal dan rohani sepanjang berada di Tanah Suci. Moga setiap langkah ibadah dipenuhi keberkatan serta dipermudahkan dalam menunaikan segala rukun dan kewajipan haji dengan sempurna.

Semoga para jemaah dikurniakan Haji yang Mabrur, dilimpahkan rahmat dan keampunan oleh Allah SWT serta pulang ke tanah air dengan selamat bersama keberkatan yang berpanjangan.

Jangan lupa doakan kami juga dari Tanah Suci. 🀲🏻

𝐘𝐁 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍 ππ€πƒπ€π‘πˆπ€π‡ ππˆππ“πˆ 𝐖𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐀𝐃
𝑨𝑫𝑼𝑡 𝑴𝒂𝒕𝒂 π‘¨π’šπ’†π’“

22/04/2026

✳️Selamat Berangkat dan Menunaikan Ibadah Haji 1447/2026 kepada seluruh jemaah haji Malaysia yang terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima.

Berbahagialah insan yang dipanggil ke Tanah Suci, menyahut seruan Nabi Ibrahim AS demi mencari reda Ilahi. Perjalanan ini adalah kembara jiwa menuju keampunan, rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Semoga seluruh bakal jemaah haji dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan, keselamatan pergi dan pulang serta kekuatan menunaikan ibadah dengan penuh khusyuk dan ikhlas.

Doakan kami juga dari Tanah Suci.

Labbaikallahumma Labbaik. Amin Ya Rabbal β€˜Alamin.

Address

Kangar
01000

Telephone

04-976 1836

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lajnah Dakwah DPP Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share