ARC Perlis (Alternative Riding Club)

Directions

ARC Perlis (Alternative Riding Club) ARC (Alternative Riding Club) Perlis adalah sebuah kelab permotoran untuk semua. Ini merupakan FB Rasmi ARC Perlis.

:: RIDE FOR CHARITY :: 'We Ride For Charity'

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พDari utara Perlis, kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พBerbeza nege...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Dari utara Perlis, kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Berbeza negeri, berbeza latar, namun kita tetap berkongsi satu tanah air dan satu semangat sebagai rakyat Malaysia.

Semoga Malaysia terus aman, harmoni dan sejahtera.
Ayuh kita terus bergerak, berbakti dan menyemai ukhwah di mana sahaja kita berada.

Selamat Hari Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Malaysia milik kita bersama.

ARC PERLIS
Riadah โ€ข Ukhwah โ€ข Dakwah

๐—๐—ข๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—š๐—”๐—ง๐—›๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—”๐—ฅ๐—– ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜-๐Ÿญ๐Ÿญ! Tahun ini kita jumpa lagi! Gathering ARC Malaysia 11 kembali dengan lebih banya...
06/09/2026

๐—๐—ข๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—š๐—”๐—ง๐—›๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—”๐—ฅ๐—– ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜-๐Ÿญ๐Ÿญ!

Tahun ini kita jumpa lagi!
Gathering ARC Malaysia 11 kembali dengan lebih banyak aktiviti, lebih banyak hiburan dan pastinya lebih banyak kenangan untuk dicipta bersama!

๐Ÿ“… 7 & 8 November 2026 (Sabtu & Ahad)
๐Ÿ“ Desa Keroma Eco Resort, Muar, Johor

Apa yang menanti anda? ๐Ÿ‘‡
๐ŸŽช Aktiviti Terbuka & Pameran
๐Ÿ›๏ธ Booth Vendor
๐Ÿ๏ธ Showcase Kelab Luar
๐Ÿ† Pertandingan & Aktiviti Pentas
๐Ÿƒ Sukan Rakyat & Aktiviti Santai
๐ŸŒ™ Malam Santai ARC Malaysia
๐ŸŽค Persembahan Pentas
๐ŸŽ Cabutan Bertuah & pelbagai kejutan!

Sama ada anda ahli ARC, keluarga, rakan-rakan atau peminat automotif, inilah masa untuk kita berkumpul, berkenalan, bersantai dan meraikan semangat persaudaraan ARC Malaysia!

โš ๏ธ JANGAN TUNGGU SAMPAI TERLEPAS!
Tempat adalah terhad dan pendaftaran ditutup pada 20 September 2026.

๐Ÿ‘‰ DAFTAR SEKARANG:
[Gathering ARC Malaysia 11 โ€“ Portal Pendaftaran](https://sites.google.com/view/gatheringarcmalaysia11/home)

Satu gathering. Satu keluarga. Seribu kenangan.

GATHERING ARC MALAYSIA 11 โ€” KITA JUMPA DI MUAR!



ARC Malaysia

25 Ogos 2026 (Selasa)ARC Perlis turut membuka Booth ARC sempena Program Maulidur Rasul 1448H & Sambutan Kemerdekaan Ke-6...
26/08/2026

25 Ogos 2026 (Selasa)

ARC Perlis turut membuka Booth ARC sempena Program Maulidur Rasul 1448H & Sambutan Kemerdekaan Ke-69 yang berlangsung kelmarin di Perkarangan PASTI Nurul Hayah.

Program anjuran PASTI Nurul Hayah, Santan dengan kerjasama DUN Santan, MPKK Santan Utara & Santan Selatan serta Komuniti Kg. Santan ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti untuk masyarakat setempat.

Kehadiran ARC Perlis menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah, mendekati komuniti serta memperkenalkan aktiviti ARC kepada masyarakat.

Riadah โ€ข Ukhwah โ€ข Dakwah

23 Ogos 2026 [Ahad]Alhamdulillah, ARC Perlis turut sama menyertai Konvoi Mega Kemerdekaan DUN Beseri yang dianjurkan ber...
23/08/2026

23 Ogos 2026 [Ahad]

Alhamdulillah, ARC Perlis turut sama menyertai Konvoi Mega Kemerdekaan DUN Beseri yang dianjurkan bersama YB Haziq Asyraf, ADUN Beseri.

Konvoi yang bermula dari Dataran Terinai, Beseri menuju ke PKWR DUN Sanglang ini menghimpunkan lebih 300 peserta daripada pelbagai latar belakang, dalam suasana penuh semangat patriotik dan kebersamaan.

Kehadiran ARC Perlis menjadi sebahagian daripada usaha menyemarakkan sambutan kemerdekaan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti permotoran dan masyarakat setempat. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Terima kasih kepada YB Haziq Asyraf, Bahagian Trafik IPK Perlis, PKWR DUN Beseri, seluruh MPKK DUN Beseri, YB Cikgu Shukri serta PKWR DUN Sanglang atas penganjuran dan kerjasama yang diberikan.

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga semangat kemerdekaan terus subur dan diterjemahkan melalui perpaduan, kebersamaan serta kecintaan kepada tanah air.

ARC Perlis terus bersama masyarakat, terus menyemarakkan semangat Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ๏ธ

Sedikit perkongsian Unit Tarbiyah ARC Perlis pada hari ni.Berkata Saiyidina Ali RA :Ajarlah anakmu bahawa yang salah tet...
16/08/2026

Sedikit perkongsian Unit Tarbiyah ARC Perlis pada hari ni.

Berkata Saiyidina Ali RA :

Ajarlah anakmu bahawa yang salah tetap salah sekalipun ramai pengikutnya.
Yang benar tetap benar walau sedikit pengikutnya.
Panji kebenaran tertegak walau tiada siapa pun menjulangnya, panji kebatilan gugur walau ramai menjulangnya, yang haram tetap haram sekalipun semua manusia melakukannya.

9 Ogos 2026 | AhadAlhamdulillah, selesai sudah program Sembang Sesudah Isyak 2.0 anjuran Alternative Riding Club (ARC) P...
09/08/2026

9 Ogos 2026 | Ahad

Alhamdulillah, selesai sudah program Sembang Sesudah Isyak 2.0 anjuran Alternative Riding Club (ARC) Perlis yang berlangsung pada 8 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Rumah Abg Asri Che Din, Batu 16, Kaki Bukit.

Program ini diadakan sebagai ruang untuk ahli ARC berkumpul, mengeratkan ukhuwah serta mengisi masa dengan pengisian yang bermanfaat. Dalam suasana santai, peserta turut diberi peringatan ringkas berkaitan kepentingan menjaga solat, memperkukuhkan hubungan sesama ahli serta menjadikan setiap aktiviti sebagai medan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga program sebegini terus menjadi platform untuk membina kebersamaan dalam kalangan ahli, bukan sahaja melalui aktiviti riadah, tetapi turut membawa nilai ukhwah dan dakwah dalam setiap gerak kerja ARC.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak tuan rumah, Abg Asri Che Din sekeluarga, atas kesudian menerima kunjungan serta menyediakan jamuan buat semua yang hadir. Semoga segala kebaikan dan layanan yang diberikan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

๐Ÿ๏ธ RIADAH โ€ข UKHWAH โ€ข DAKWAH
Alternative Riding Club (ARC) Perlis
TERUS MEMIMPIN ๐Ÿ’š

Jom kita luangkan masa bersama dalam suasana santai dan penuh ukhuwwah menerusi program Sembang Sesudah Isyak 2.0 ARC Pe...
08/08/2026

Jom kita luangkan masa bersama dalam suasana santai dan penuh ukhuwwah menerusi program Sembang Sesudah Isyak 2.0 ARC Perlis.

๐Ÿ“… 8 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•— 8.30 Malam
๐Ÿ“ Rumah Abg Asri Che Din, Batu 16, Kaki Bukit

Ayuh hadir untuk beramah mesra, bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dunia permotoran serta mengeratkan lagi hubungan persaudaraan sesama ahli.

Motor yang menyatukan kita, ukhuwwah yang menguatkan kita. ๐Ÿค๐Ÿ๏ธ

Jangan lupa ajak sahabat riders yang lain. Kehadiran anda amat dihargai.

๐Ÿ’š๐Ÿ๏ธ

6 Ogos 2026 [Khamis]ARC Perlis telah menyertai konvoi motosikal sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs)...
07/08/2026

6 Ogos 2026 [Khamis]

ARC Perlis telah menyertai konvoi motosikal sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) Kali Ke-51 yang berlangsung di Dewan Seri Malau, Beseri.

Konvoi bermula dari Markaz PAS Padang Pauh selepas para peserta menunaikan solat Maghrib. Rombongan kemudiannya bergerak secara berkonvoi menuju ke Dewan Seri Malau bagi mengiringi perasmi Muktamar.

Turut bersama dalam konvoi ialah YB Cikgu Syukri Ramli, ADUN Sanglang dan Mantan Menteri Besar Perlis, yang bersama-sama ahli ARC Perlis dalam perjalanan menuju ke lokasi Muktamar.

Penyertaan ini bukan sahaja menjadi wadah kepada aktiviti permotoran, malah mencerminkan semangat ukhwah, kebersamaan dan kesatuan dalam kalangan ahli ARC Perlis.

Dalam kesempatan yang sama, ARC Perlis merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Abdul Halim bin Badruddin, yang juga merupakan ahli ARC Perlis, atas penerimaan Anugerah Tokoh Khalid Al-Walid sempena Muktamar DPPNPs Kali Ke-51.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang tenaga dan bakti dalam masyarakat.

Tahniah kepada seluruh ahli yang menyertai konvoi dan terima kasih atas komitmen dalam menjayakan program.

ARC PERLIS
Riadah โ€ข Ukhwah โ€ข Dakwah

๐Ÿฉธ RIDE FOR HUMANITY | AMAL MEGA BLOOD DONATION 20261 ogos 2026, SabtuBukan sekadar menghidupkan enjin di atas jalan raya...
01/08/2026

๐Ÿฉธ RIDE FOR HUMANITY | AMAL MEGA BLOOD DONATION 2026

1 ogos 2026, Sabtu

Bukan sekadar menghidupkan enjin di atas jalan raya, tetapi turut menggerakkan semangat kemanusiaan.

Pada 31 Julai 2026 di Tabung Darah Hospital Tuanku Fauzafiah (HTF), Kangar dan 1 Ogos 2026 di Dewan Seri Malau, Beseri, ahli-ahli ARC Perlis bersama-sama turun padang menjayakan program Amal Mega Blood Donation 2026.

Terima kasih kepada semua ahli ARC Perlis, para penderma darah, sukarelawan serta rakan-rakan yang hadir memberikan sokongan. Kehadiran anda membuktikan bahawa komuniti permotoran bukan sekadar berkongsi minat terhadap motosikal, malah sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada masyarakat.

Semoga setiap titisan darah yang didermakan menjadi asbab menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan dan setiap langkah kebajikan ini terus mengeratkan ukhuwah dalam komuniti kita.

Ride with Passion. Serve with Compassion.

๐Ÿฉธโค๏ธ

๐Ÿฉธ SETITIS DARAH, SEJUTA HARAPAN โค๏ธDarah yang kita dermakan mungkin hanya mengambil masa beberapa minit, tetapi nilainya ...
27/07/2026

๐Ÿฉธ SETITIS DARAH, SEJUTA HARAPAN โค๏ธ

Darah yang kita dermakan mungkin hanya mengambil masa beberapa minit, tetapi nilainya mampu memberi peluang untuk seseorang terus bernafas, seorang ibu terus tersenyum, atau seorang anak kembali memeluk keluarganya.

Jangan tunggu sehingga orang yang kita sayang memerlukan darah. Jadilah insan yang sentiasa bersedia membantu sebelum mereka memerlukan.

๐Ÿ“ *AMAL MEGA BLOOD DONATION 2026 (AMBD2026) Semarak Kasih Amal*

๐Ÿ—“๏ธ 31 Julai 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“ Tabung Darah HTF

๐Ÿ—“๏ธ 1 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Dewan Seri Malau, Beseri

Ayuh bersama-sama kita buktikan bahawa rakyat Perlis kaya dengan semangat prihatin dan kasih sayang.

โ€œSetitis darah daripada anda, sejuta sinar harapan buat mereka.โ€

Address

Jalan Stadium Utama
Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ARC Perlis (Alternative Riding Club) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share