Kelab Peduli Masyarakat Perlis

Kelab Peduli Masyarakat Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Peduli Masyarakat Perlis, Community Service, Kangar, Perlis, Kangar.

29/04/2026

Mengurus hati lebih susah daripada mentadbir sebuah negeri

Alhamdulilah sempena kedatangan Syawal pada tahun ini Kelab Peduli Masyarakat Perlis , Persatuan Kebajikan Madani Arau p...
19/03/2026

Alhamdulilah sempena kedatangan Syawal pada tahun ini Kelab Peduli Masyarakat Perlis , Persatuan Kebajikan Madani Arau perlis dengan kerjasama Yayasan Taqwa Wilayah Persekutan telah berjaya menganjurkan program Sumbangan Aidilfitiri kepada Anak Yatim dan Asnaf.

Dua program dianjurkan pada hari ini iaitu jom shoping bersama anak yatim dan sumbangan daging raya , majlis yang diketuai oleh Ustaz Yaakub bin Abu Seman berjaya menghimpunkan asnaf dan anak yatim di dua lokasi berbeza.

Pihak Kelab Peduli Masyarakat Perlis mengucapakan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program pada hari ini.

Admin

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang dan peserta Kejohanan Sepak Raga Tuju sempena Food Fest Sekolah K...
17/12/2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang dan peserta Kejohanan Sepak Raga Tuju sempena Food Fest Sekolah Kebangsaan Sena.
Kelab Peduli Masyarakat Perlis berbesar hati dapat turut serta dalam sesi penyampaian hadiah sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan tradisi dan semangat kesukanan dalam kalangan belia tempatan.
Semoga penganjuran sebegini terus menyuburkan budaya sihat dan perpaduan masyarakat.

Hari ni team sukarelawan Peduli turun asrama SMK Syed Hassan untuk kerja membersih
01/12/2025

Hari ni team sukarelawan Peduli turun asrama SMK Syed Hassan untuk kerja membersih

Hari ni turun mencuci rumah mangsa banjir sekitar Kangar.
30/11/2025

Hari ni turun mencuci rumah mangsa banjir sekitar Kangar.

Misi Pasca Banjir Kelab Peduli Masyarakat Perlis 29/11/2025 Kampung Guru , Kangar.
29/11/2025

Misi Pasca Banjir Kelab Peduli Masyarakat Perlis 29/11/2025
Kampung Guru , Kangar.

Kami akan turun membantu kerja-kerja pembersihan. Sukarelawan sangat diperlukan. Hubungi number tertera.
28/11/2025

Kami akan turun membantu kerja-kerja pembersihan. Sukarelawan sangat diperlukan. Hubungi number tertera.

Bantuan makanan sekitar Kangar dan Arau. Hari ni banyak rumah dah mula kerja pembersihan. Moga dipermudahkan.
28/11/2025

Bantuan makanan sekitar Kangar dan Arau. Hari ni banyak rumah dah mula kerja pembersihan. Moga dipermudahkan.

Misi bantuan banjir perlis .Semoga diperkudahkan semua
26/11/2025

Misi bantuan banjir perlis .

Semoga diperkudahkan semua

Sumbangan Susu dan Pampers Sempena Program "Bayi Kita, AMANAH Kita"Kangar , Perlis — Dalam semangat keprihatinan dan kas...
21/06/2025

Sumbangan Susu dan Pampers Sempena Program "Bayi Kita, AMANAH Kita"

Kangar , Perlis — Dalam semangat keprihatinan dan kasih sayang terhadap masyarakat yang memerlukan, Kelab Peduli Masyarakat Perlis telah menganjurkan program kebajikan bertemakan "Bayi Kita, AMANAH Kita", dengan tajaan utama daripada Yayasan Ez Prihatin.

Program ini menyasarkan bantuan khusus kepada keluarga kurang berkemampuan yang mempunyai bayi atau anak kecil. Melalui inisiatif ini, lebih 50 keluarga di sekitar Arau, Kangar dan Padang Besar telah menerima sumbangan berupa susu formula dan lampin pakai buang (pampers) – dua keperluan asas yang sering membebankan kos sara hidup bagi ibu bapa berpendapatan rendah.

“Bayi merupakan amanah Tuhan yang sangat berharga. Kesejahteraan dan kesihatan mereka adalah tanggungjawab kita bersama. Dengan adanya sokongan daripada Yayasan Ez Prihatin, program ini berjaya dilaksanakan dengan penuh amanah.

“Bayi Kita, AMANAH Kita” bukan sekadar nama, tetapi satu tanggungjawab sosial yang dipikul bersama oleh semua pihak demi masa depan yang lebih baik buat generasi akan datang.

Kelab Peduli Masyarakat Perlis Jalin Kerjasama Strategik Bersama Yayasan EZ Prihatin Bagi Menjayakan Program "Bayi Kita,...
19/05/2025

Kelab Peduli Masyarakat Perlis Jalin Kerjasama Strategik Bersama Yayasan EZ Prihatin Bagi Menjayakan Program
"Bayi Kita, Amanah Kita"

Kangar, 19 Mei – Kelab Peduli Masyarakat Perlis (KPMP) terus memperkukuh komitmennya dalam membantu golongan yang memerlukan dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama Yayasan EZ Prihatin. Kerjasama ini merupakan satu langkah awal bagi merealisasikan Program "Bayi Kita, Amanah Kita", sebuah inisiatif khusus untuk membantu bayi daripada keluarga kurang berkemampuan mendapatkan nutrisi yang seimbang.

Dalam satu majlis ringkas yang diadakan hari ini, Yayasan EZ Prihatin telah menyerahkan sumbangan awal kepada Pengerusi Bersama Ustaz Yaakub bin Abu Seman sebagai tanda sokongan terhadap pelaksanaan program ini. Program "Bayi Kita, Amanah Kita" akan memfokuskan kepada penyediaan bantuan nutrisi berbentuk susu formula, makanan tambahan, dan keperluan asas bayi yang lain bagi memastikan tumbesaran sihat dan seimbang untuk bayi daripada keluarga yang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurut wakil Kelab Peduli Masyarakat Perlis, inisiatif ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama dengan agensi korporat dan badan bukan kerajaan dalam usaha membela nasib generasi masa depan.

Yayasan EZ Prihatin p**a menyatakan komitmen penuh untuk terus bersama dalam apa jua program kebajikan demi kesejahteraan masyarakat, khususnya di negeri Perlis.

Program ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat dengan pengagihan bantuan fasa pertama kepada penerima terpilih.

"Bersama Kita Membela Amanah, Menjamin Masa Depan."

Address

Kangar, Perlis
Kangar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Peduli Masyarakat Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share