Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia Cawangan Negeri Perlis

  • Home
  • Malaysia
  • Kangar
  • Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia Cawangan Negeri Perlis

Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia Cawangan Negeri Perlis Page Rasmi Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia Cawangan Negeri Perlis

03/05/2026
27/04/2026

Buka kedai bukan bermaksud petak parkir depan kedai itu automatik jadi hak sendiri.

Inilah perangai yang makin ramai orang menyampah.

Letak tong sampah.
Letak pasu bunga.
Letak divider.
Cop satu deret macam itu kawasan persendirian dia.

Padahal itu parkir awam.

Kalau betul mahu petak khas untuk diri sendiri, sewa petak.
Bukan halang kereta orang lain daripada park.

Lagi menyakitkan bila kawasan itu memang parking sangat terhad, terutamanya dekat stesen MRT, kawasan kedai, dan tempat orang ramai memang bergantung pada setiap petak yang ada.

Sudahlah satu deret dipenuhkan dengan barang untuk “tempah”.
Bila ada orang alihkan atau park juga, terus kena marah p**a.

Seolah-olah orang awam yang salah.
Seolah-olah jalan dan parkir depan kedai itu dia yang punya.

Masalahnya, ini bukan sekadar isu adab.

Ini isu pentingkan diri.

Satu kedai cop satu dua petak.
Kedai sebelah ikut sama.
Lama-lama satu baris parkir jadi “milik” peniaga, sedangkan orang awam berpusing-pusing cari tempat letak kereta.

Yang rugi siapa?

Pelanggan lain rugi.
Orang yang nak ke MRT rugi.
Orang yang ada urusan cepat rugi.
Warga emas, ibu bapa dengan anak kecil, orang yang penat lepas kerja, semua kena tanggung perangai segelintir orang yang rasa ruang awam boleh ditempah sesuka hati.

Berniaga tak salah.
Cari pelanggan pun tak salah.

Tapi jangan sampai keselesaan bisnes sendiri dibina atas kesusahan orang lain.

Kalau parkir itu awam, ia untuk orang awam.

Bukan untuk dicop dengan tong sampah, pasu bunga, dan muka marah.

21/03/2026

Mee Kari

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 1447H/2026H...🙏 Taqabbalallahu Minna Waminkum🤲...Kepada Tuanku Panji A...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 1447H/2026H...🙏 Taqabbalallahu Minna Waminkum🤲...Kepada Tuanku Panji Alam II...kepimpinan Tertinggi OB4, OB8, OB16 dan semua ahli2 PSSGMM di seluruh Malaysia dan Antarabangsa...ikhlas dari saya Pendekar Setia Ahmad Kamel(Interim) OB 16 PSSGMM cawangan Negeri Perlis.

18/02/2025

RAJA NANGKLAO: RAJA SIAM BERKETURUNAN MELAYU

Oleh: Muhammad Bin Ismail

Empayar Siam Rattanakosin merupakan antara empayar terkuat dan terbesar di Asia Tenggara, kemuncaknya adalah ketika pemerintahan Raja Nangklao (juga dikenali sebagai Rama III) yang memerintah antara tahun 1824-1851, saiz Empayar Siam merangkumi Thailand, Kemboja, Laos, Segenting Kra dan Negeri-Negeri Melayu Utara seperti Patani, Kedah, Perlis, Setul, Kelantan dan Terengganu yang tunduk dibawah pengaruh Siam. Namun begitu, tahukah anda Raja Nangklao yang hebat itu sebenarnya berketurunan Melayu!. Ini bukan claim sebarangan, ini adalah fakta sejarah yang diakui oleh sejarawan Siam sendiri.

Raja Nangklao dilahirkan pada tahun 1788 dengan nama asalnya adalah Putera Thap dan diberi gelaran diraja Chetsadabodin, ayahandanya adalah Raja Rama II (1809-1824) dari keturunan Dinasti Chakri yang memerintah Siam dari tahun 1782, dinasti tersebut berketurunan daripada suku kaum Mon. Manakala ibundanya bernama Riam dengan gelaran diraja Sri Sulalai.

Nama asalnya adalah Riam, dipercayai singkatan daripada nama Mariam, baginda dilahirkan pada tahun 1770 di Nonthaburi, utara Bangkok, baginda pada asalnya dipercayai beragama Islam, kemudian memilih menganut Buddha disebabkan bersuamikan Raja Siam. Ayahandanya bernama Phraya Bunchan, merupakan Gabenor Mueang Nonthaburi, dipercayai berbangsa Siam tetapi tidak diketahui agamanya, manakala ibundanya bernama Khunying Pheng berketurunan Melayu beragama Islam Sunni dan berasal dari selatan Siam.

Pheng adalah anak kepada Panglima Tentera Laut Diraja Siam bernama Phraya Ratchabangsan Wang merangkap Gabenor Chonburi. Gelaran “Phraya Ratchabangsan” merupakan gelaran yang diberikan kepada mereka yang memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Laut Diraja Siam. Wang merupakan anak kedua kepada bekas Perdana Menteri Siam bernama Chao Phraya Chakri Mahmud yang menjawat jawatan tersebut ketika era Raja Taksin Agung (1767-1782). “Chao Phraya Chakri” p**a merupakan gelaran kepada Perdana Menteri Siam Utara.

Mahmud adalah anak kepada Khun Laksamana Bunyang, dan datuknya bernama Phraya Ratchabangsan Hassan dan Hassan p**a merupakan anak kepada Sultan Singora yang terkenal bernama Sultan Sulaiman Shah, Kesultanan Singora (1600-1680) yang merupakan sebuah kesultanan Melayu-Parsi yang pernah menjadi kerajaan yang digeruni oleh Siam Ayutthaya di Segenting Kra pada abad ke-17.

Secara ringkasnya, Raja Nangklao, pembina Empayar Siam yang terbesar dalam sejarah Siam merupakan Raja Siam berketurunan Melayu disebelah ibundanya yang dijejak keturunannya sampai kepada Sultan Sulaiman Shah, Sultan Singora yang pernah menggoncangkan dunia Siam pada abad ke-17 dahulu.

---

Banyak sebenarnya perkaitan Tamadun Melayu dan Tamadun Siam yang anda boleh dapatkan info-infonya dalam buku kami, KITAB TAMADUN SIAM yang anda boleh beli di: https://s.shopee.com.my/9A9hNW9vGe

28/12/2024

Address

Kangar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia Cawangan Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share