31/08/2026
Persatuan Badminton Perlis dengan penuh rasa bangga, hormat dan rasa kesyukuran yang tidak terhingga ingin mengucapan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-69 bagi tahun 2026 kepada seluruh lapisan rakyat Malaysia, khususnya warga negeri Perlis yang sentiasa menyemarakkan semangat perpaduan dan cinta akan tanah air.
Sesungguhnya, lembaran sejarah kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh para pahlawan dan tokoh terdahulu menjadi obor penyuluh kepada kita semua untuk terus melangkah gagah dalam mempertahankan kedaulatan, memakmurkan ekonomi, serta memupuk jalinan silaturahim antara pelbagai kaum di bawah bumbung Malaysia yang tercinta ini.
Sebagai sebuah badan yang memperjuangkan arena sukan, kami di Persatuan Badminton Perlis meyakini bahawa sukan, khususnya sukan badminton mempunyai kuasa luar biasa untuk menyatukan hati-hati kita tanpa mengira latar belakang kerana setiap libasan raket, setiap titik peluh yang jatuh di gelanggang, dan setiap sorakan sokongan di pentas antarabangsa mahupun tempatan adalah manifestasi cinta kita yang mendalam kepada kibaran Jalur Gemilang.
Semoga sempena sambutan kemerdekaan yang ke-69 ini, kita semua terus diberkati dengan kesihatan yang berpanjangan, keamanan yang berkekalan, kemakmuran yang berterusan, serta kecekalan yang tinggi untuk membawa nama Malaysia dan negeri Perlis ke mercu kejayaan yang lebih gemilang bukan sahaja dalam bidang sukan badminton, malah dalam segenap aspek kehidupan seluruh warga negara.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69, Keranamu Malaysia, Dirgahayu Tanah Airku!
Tulus ikhlas daripada Presiden, Ahli Majlis & Seluruh Warga Persatuan Badminton Perlis (PsBA).