Info Pengakap Perlis

Info Pengakap Perlis Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis

⚜️🌍 WORLD SCOUT SCARF DAY ONLINE QUIZ 2026 🌍⚜️🧣 Sejauh mana anda mengenali dunia kepengakapan?Jom uji pengetahuan anda s...
02/08/2026

⚜️🌍 WORLD SCOUT SCARF DAY ONLINE QUIZ 2026 🌍⚜️

🧣 Sejauh mana anda mengenali dunia kepengakapan?
Jom uji pengetahuan anda sempena sambutan World Scout Scarf Day 2026 menerusi World Scout Scarf Day Online Quiz anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Perlis.

📚 Kuiz ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai Pergerakan Pengakap serta menyemarakkan semangat kepengakapan dalam kalangan ahli Pengakap Negeri Perlis.

📅 Tempoh Penyertaan
🗓️ 1 Ogos 2026 – 8 Ogos 2026

👥 Penyertaan adalah khas kepada ahli Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Perlis sahaja.

📝 Bilangan Soalan: 20

🎯 Jom sertai sekarang!
Klik pautan di bawah untuk menyertai kuiz:
👉 https://forms.gle/1VZ197HvapxxM6cL9

Semoga berjaya dan selamat menjawab! ⚜️

⚜️ HAPPY WORLD SCOUT SCARF DAY 2026 ⚜️1 Ogos 2026“In every fold of the scarf, we carry our nation’s hopes.”Selamat menya...
01/08/2026

⚜️ HAPPY WORLD SCOUT SCARF DAY 2026 ⚜️
1 Ogos 2026

“In every fold of the scarf, we carry our nation’s hopes.”

Selamat menyambut World Scout Scarf Day kepada seluruh warga Pengakap di Malaysia dan di seluruh dunia. Hari ini kita mengangkat maruah skarf Pengakap sebagai lambang persaudaraan, perpaduan, kepimpinan dan khidmat kepada masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan negara.

Semoga semangat “Once a Scout, Always a Scout” terus menyala dalam jiwa setiap ahli Pengakap untuk melahirkan generasi yang Beriman, Berilmu, Berbakti dan Bersedia demi membina dunia yang lebih aman, sejahtera dan mampan.

Selamat menyambut World Scout Scarf Day!
Pakai skarf anda dengan penuh bangga dan kibarkan semangat kepengakapan di mana jua anda berada. 🌍💜

Ikhlas daripada
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) NEGERI PERLIS ⚜️

01/08/2026

🧣 SELAMAT HARI SKAF PENGAKAP SEDUNIA 2026! ⚜️
Ayuh, warga Pengakap Malaysia memakai skaf dengan penuh bangga sebagai simbol perpaduan serta ikatan persaudaraan pengakap di seluruh dunia.

1 Ogos 2026 | World Scout Scarf Day

⚜️📻 JANGAN LUPA TEMU JANJI KITA PETANG INI! 📻⚜️Bersempena Hari Skaf Pengakap Sedunia, ikuti perkongsian istimewa dalam s...
31/07/2026

⚜️📻 JANGAN LUPA TEMU JANJI KITA PETANG INI! 📻⚜️

Bersempena Hari Skaf Pengakap Sedunia, ikuti perkongsian istimewa dalam segmen Suara 34: Puncak Prestasi — DJ Ryan Bukan Borak Kosong bersama:

🎙️ Pn. Huzaimah binti Muain
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis

🗓️ 1 Ogos 2026 | Sabtu
⏰ 3.00 petang
📻 Perlis FM — 102.9 MHz
🔴 Turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live Perlis FM

Ayuh dengarkan perkongsian menarik mengenai semangat kepengakapan, pembangunan sahsiah, kepimpinan serta peranan Pengakap dalam membentuk generasi berdisiplin, berkemahiran dan berbakti kepada masyarakat.

Sekali Berpengakap, Selamanya Berpengakap! ⚜️
Selamat menyambut Hari Skaf Pengakap Sedunia 2026 kepada seluruh keluarga Pengakap!








Kem Lencana KemajuanTarikh: 25 Julai 2026Tempat: SK ArauKem Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Perak dan Emas telah berjaya ...
28/07/2026

Kem Lencana Kemajuan
Tarikh: 25 Julai 2026
Tempat: SK Arau

Kem Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Perak dan Emas telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya anjuran Kumpulan 20 SK Arau dengan bimbingan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Perlis Timur. Kem ini telah disertai oleh 47 orang Pengakap Kanak-Kanak (PKK) yang mengikuti pelbagai aktiviti bagi memenuhi syarat lencana kemajuan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepengakapan.

Sepanjang kem berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai modul antaranya Istiadat Menaikkan Bendera, Latihan Asas Kawad Kaki, Bantu Mula, Ikatan dan Simpulan, Ikhtiar Hidup yang merangkumi pengenalan tumbuh-tumbuhan, isyarat sulit Pengakap dan amali membuat roti lilit.

Sebagai pengisian tambahan, peserta turut didedahkan kepada pengenalan dua jenis jerat serta teknik menghasilkan api menggunakan ferro rod (fire starter).

Selain itu, peserta turut mengikuti modul Peta dan Kompas yang memberi pendedahan kepada kemahiran asas membaca peta dan penggunaan kompas.

Hasil penguasaan kemahiran tersebut, semua Pengakap Kanak-Kanak yang memenuhi syarat telah layak dikurniakan Lencana Pembaca Peta.

Penganjuran kem ini diharap dapat melahirkan Pengakap Kanak-Kanak yang lebih berdisiplin, berdikari, berkemahiran serta sentiasa mengamalkan semangat kepengakapan dalam kehidupan seharian.

Buat habis baik.

14/07/2026
📍 Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Unit Beruniform Sekolah-Sekolah Negeri Perlis Tahun 2026🏆 Tahniah!Sekalung tahniah diu...
12/07/2026

📍 Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Unit Beruniform Sekolah-Sekolah Negeri Perlis Tahun 2026

🏆 Tahniah!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan Pengakap SMK Syed Alwi yang mewakili Pengakap Perlis Selatan atas kejayaan merangkul Johan Kategori NGO Perempuan Menengah.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat berpasukan, disiplin, komitmen dan usaha gigih para peserta serta jurulatih sepanjang latihan dan pertandingan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan serta mengharumkan nama Pengakap Perlis Selatan pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah! ⚜️💚

🎨 PERTANDINGAN MELUKIS PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK) KUMPULAN 20 SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU 🎨📅 4 Julai 2026👥 Penyertaan: 21 or...
10/07/2026

🎨 PERTANDINGAN MELUKIS PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK) KUMPULAN 20 SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU 🎨

📅 4 Julai 2026
👥 Penyertaan: 21 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak

Pertandingan Melukis PKK Kumpulan 20 SK Arau telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang santai, ceria dan penuh kreativiti. Aktiviti ini dilaksanakan bersama keluarga sebagai salah satu syarat memperoleh Lencana Kepandaian Pelukis Pengakap Kanak-Kanak.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang menonjolkan bakat seni, mengembangkan kreativiti serta mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui aktiviti yang menyeronokkan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli PKK yang telah mengambil bahagian, ibu bapa dan penjaga atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Ucapan terima kasih juga ditujukan buat pihak urusetia progam dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga aktiviti seperti ini terus menjadi platform untuk melahirkan ahli Pengakap yang kreatif, berkeyakinan, berdisiplin dan sentiasa bersedia mengembangkan potensi diri.

Anjuran Kumpulan 20 Perlis Timur (SK ARAU)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis

⚜️Program Perkhemahan Ujian Lencana Usaha,  Maju dan Jayadiri 2026 ⚜️ 🗓️26 hingga 28 Jun 2026 📍Maktab Rendah Sains MARA ...
02/07/2026

⚜️Program Perkhemahan Ujian Lencana Usaha, Maju dan Jayadiri 2026 ⚜️

🗓️26 hingga 28 Jun 2026
📍Maktab Rendah Sains MARA Arau.

Seramai 40 orang ahli Pengakap Muda dan Remaja, Kumpulan 26 Perlis Timur (MRSM Arau) telah terlibat dalam aktiviti perkhemahan Ujian Lencana Usaha, Maju dan Jayadiri minggu lalu. Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk menguji kemahiran kepengakapan, malah turut mendidik mereka tentang nilai disiplin, kerjasama, kepimpinan, ketahanan diri dan semangat berdikari. Syabas kepada semua peserta telah menunjukkan komitmen, kesungguhan dan semangat yang tinggi dalam menyempurnakan setiap aktiviti yang dijalankan.

Diharapkan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini menjadi kenangan bermakna serta dapat membentuk sahsiah diri yang lebih positif dalam kalangan peserta. Semoga ilmu dan kemahiran yang dipelajari dapat terus diamalkan dalam kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada pihak penganjur, jurulatih, guru-guru pemimpin serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Syabas dan tahniah kepada semua!
“Berdisiplin, Berilmu, Beramal”

Anjuran Kumpulan 26 Perlis Timur (MRSM Arau)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis

Address

Kangar
01000KANGAR,PERLIS

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Pengakap Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share