Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - PSSCM Cawangan Perlis

Directions Website Contact the organization

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - PSSCM Cawangan Perlis Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Cawangan Perlis
Lot 512, KM 5.2, Jalan Kaki Bukit,
01000 Kangar, Perlis.. Jom belajar Silat Cekak! Assalamualaikum wbt.

Page ini merupakan laman facebook rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Perlis.
|Info dan Berita PSSCM Cawangan & PSSCM IPT Negeri Perlis.

Tahniah & SyabasSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Afandi Bin Ismail, AJK PSSCM Cawangan Perlis, atas kenaikan...
06/07/2026

Tahniah & Syabas

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Afandi Bin Ismail, AJK PSSCM Cawangan Perlis, atas kenaikan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Kolej Vokasional Langkawi.

Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah dan menjadi inspirasi kepada warga PSSCM serta masyarakat.

Ikhlas daripada:
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Cawangan Perlis

05/07/2026
Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1 Muharam 1448H, marilah kita sama-sama menghayati makna hijrah yang sebenar. Peru...
16/06/2026

Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1 Muharam 1448H, marilah kita sama-sama menghayati makna hijrah yang sebenar. Perubahan diri ke arah yang lebih baik dari segi akhlak, ibadah, ilmu dan amal.

Semoga tahun baharu ini membawa sinar keberkatan, kekuatan serta kejayaan buat kita semua. Marilah kita memperbaharui azam, memperkukuhkan ukhuwah dan terus istiqamah dalam setiap usaha demi mencapai keredaan Allah SWT.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H. Semoga setiap langkah hijrah kita dipermudahkan dan diberkati.

Salam Aidiladha 1447Semoga hari raya ini membawa keberkatan, keinsafan, dan kemuliaan buat kita semua. Tulus ikhlas dari...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447

Semoga hari raya ini membawa keberkatan, keinsafan, dan kemuliaan buat kita semua. Tulus ikhlas daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Perlis.

UJIAN SIJIL RENDAH ZON UTARA Seramai 47 orang calon telah menduduki Ujian Sijil Rendah (USR). USR Teori dijalankan pada ...
18/05/2026

UJIAN SIJIL RENDAH ZON UTARA

Seramai 47 orang calon telah menduduki Ujian Sijil Rendah (USR). USR Teori dijalankan pada 7.5.2026 manakala USR Praktikal berlangsung pada 16.5.2026 bertempat di Bilik Sumber FKTE, UniMAP Pauh Putra.

Tahniah kepada semua calon yg telah berjaya menghadapi ujian ini. Semoga ini bukan pengakhiran dalam perjalanan kalian bersama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

**aupinang

DAULAT TUANKU!
17/05/2026

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-marh...
17/05/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Raja Perlis sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-83.

Sembah takzim daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Perlis.

16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026

Guru bukan sekadar mengajar, tetapi mencorakkan masa depan negara. Guru Bitara nadi negara

**aupinang

16/05/2026

Sebenar guru ada hakikat,
Dikuat p**a amalan syariat,
Ditambah p**a ilmu makrifat,
Berpakaian p**a dengan isyarat.

Rangkap pantun Silat Cekak

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru terutamanya kepada yang dikasihi, YM. Datuk Haji Maideen b Kadir Shah, Guru Utama & Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia atas segala ilmu, pengorbanan, serta jasa yang dicurahkan dalam mendidik dan membentuk anak bangsa.

Semoga Allah membalas jasa Guru-guru kita dengan keberkatan, kesihatan yang baik, dan kebahagiaan dunia akhirat.

Guru Bitara Nadi Negara.



9 Mei 2026Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) UniMAP atas kejayaan cem...
10/05/2026

9 Mei 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) UniMAP atas kejayaan cemerlang dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa UniMAP 2025 yang telah berlangsung di Dewan Kecemerlangan, UniMAP.

🏆 MUHAMAD ALIFHAZIQ BIN MOHD FARISSHAUKI
(YDP PSSCM UniMAP)
atas penerimaan Anugerah Inovasi, Sains dan Teknologi Siswa

🏆 NUR MUHAMMAD ALAMIN BIN AZIZUL NAZRI
(AJK PSSCM UniMAP)
atas penerimaan Anugerah Gemilang Siswa

Kejayaan ini merupakan satu penghargaan atas komitmen, kepimpinan dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam bidang akademik, inovasi serta pembangunan sahsiah mahasiswa.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PSSCM UniMAP untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

“Kegemilangan bukan sekadar pencapaian, tetapi hasil usaha, disiplin dan pengorbanan.”

Address

Lot 512, KM 5. 2, Jalan Kaki Bukit
Kangar
01000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - PSSCM Cawangan Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - PSSCM Cawangan Perlis:

Shortcuts

Share