09/08/2026
SANTUNI BADANG PERLIS, MENANG PINGAT EMAS KOMANWEL GLASGOW 2026.
Alhamdulillah, pada petang ini Pengarah DACS Negeri Perlis, M.Noor Safri Cha mengiringi YB Haziq Asyraf Dun, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis merangkap ADUN Beseri menyantuni adik Muhammad Hafizuddin Bin Roslin, Pemenang Pingat Emas Komanwel Glasgow 2026 di rumahnya Kampung Belukar, Beseri.
Adik Hafizuddin telah memenangi pingat emas dalam acara, Angkat Berat Lelaki Kategori 88kg di Sukan Komanwel Glasgow 2026. Baru berumur 22 tahun, namun beliau telah mencatat rekod terbaru termasya semasa Sukan Komanwel di Glasgow.
Hafizuddin muncul juara kategori 88kg, menyumbangkan pingat emas keempat buat Malaysia pada temasya Sukan Komanwel 2026. Beliau mengangkat keseluruhan 345kg, iaitu 162kg sn**ch dan 183kg clean & jerk.
Inilah antara atlet muda Negeri Perlis yang menonjol dalam sukan angkat berat dan kini sudah menempa nama di pentas Komanwel. Teruskan menjulang emas dan sekaligus mengangkat nama Negeri Perlis dan Malaysia. ๐ช๐ผ๐ฅ