22/08/2026
๐ฒ๐พ PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN 2026 ๐ฒ๐พ
22 Ogos 2026 | Masjid Al-Amin Sempering, Kangar, Perlis
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Semarak Kemerdekaan 2026 di Masjid Al-Amin Sempering, Kangar, Perlis.
Program ini merupakan anjuran bersama Masjid Al-Amin Sempering, IKRAM Kawasan Kangar dan KRT Sempering, dengan kerjasama MPKK Sempering, JPKKP Sempering, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, ProtectHealth, Zaharah Eyecare dan Petronas Dagangan Berhad.
Pelbagai aktiviti telah disusun bagi mengeratkan hubungan komuniti serta menyemarakkan semangat kemerdekaan, melibatkan peserta i-Senior dan i-Junior. Antaranya senamrobik dan chairrobics, saringan kesihatan asas kanak-kanak, ceramah kesihatan, perkongsian pemakanan sihat, cabaran memasak, pertandingan gubahan, aktiviti kreativiti serta Jom Buat Wrap Merdeka.
Program turut diserikan dengan perkongsian kemerdekaan serta penyampaian hadiah kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan.
IKRAM Kawasan Kangar merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
๐ท Khususnya, jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Wanita IKRAM Kangar yang telah terlibat secara langsung dalam persiapan, pengurusan dan pelaksanaan program ini. Komitmen, tenaga dan kesungguhan yang dicurahkan amat kami hargai dan menjadi antara kekuatan utama dalam memastikan program berjalan lancar.
Semoga usaha kecil ini terus menjadi medan untuk membina ukhuwah, memperkukuh hubungan masyarakat, menyemarakkan semangat patriotisme serta membudayakan gaya hidup sihat dalam komuniti.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga kerjasama dan ukhuwah ini terus diperkasakan pada masa akan datang.
๐ฒ๐พ Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan 2026!
Kita Merdeka, Kita Bersama.