ISMA Kangar

ISMA Kangar Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kangar - NGO Islam di Perlis berfokuskan keilmuan, tarbiyah, dakwah & kebajikan.

Antara programnya: kuliah agama, kem belia, dan kemasyarakatan. ISMA komited memperkasakan komuniti Islam dengan kerjasama masjid dan NGO. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berperanan dalam menyumbang kepada pembinaan masyarakat Islam yang progresif dan berdaya saing. Cawangan ISMA Kangar adalah sebahagian daripada jaringan ISMA yang bertum

pu di negeri Perlis. ISMA Kangar berpegang teguh kepada visi untuk membentuk masyarakat Muslim yang berteraskan nilai-nilai keimanan, keilmuan, dan keadilan. Misi utamanya adalah untuk menyampaikan mesej Islam secara menyeluruh, memperkukuhkan institusi keluarga, dan menggerakkan pembangunan komuniti Muslim yang harmoni. ISMA Kangar turut menjalinkan hubungan dengan agensi kerajaan, masjid, sekolah, dan NGO tempatan untuk memastikan program yang dijalankan memberi manfaat yang meluas. Sebarang kerjasama dan kolaborasi ke arah pembangunan masyarakat amat dialukan.

Orang yang sebenar-benar hijrah ialah orang yang berhijrah meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah daripada melaku...
17/06/2026

Orang yang sebenar-benar hijrah ialah orang yang berhijrah meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah daripada melakukannya

Ikatan Muslimin Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H kepada semua umat Islam.

Rasulullah SAW bersabda,

"Orang yang sebenar-benar hijrah ialah orang yang berhijrah meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah daripada melakukannya."

(HR Bukhari, Abu Daud dan An-Nasaie')

28/05/2026

HUKUM MENYIMPAN DAGING KORBAN LEBIH DARI 3 HARI?

Pendapat Ali RA dan Ibn Umar RA:

❌ Tidak boleh menyimpan daging korban melebihi 3 hari.

Pendapat Jumhur Ulama:

✅ Dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi 3 hari dan hadis mengenai larangannya itu telah dimansuhkan.
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah:
Rasulullah SAW melarangnya kerana pada waktu itu telah berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.

Larangan menyimpan daging lebih dari 3 hari adalah berdasarkan keadaan hidup yang sempit dan susah ketika itu. Kemudian hadis larangan tersebut telah dimansuhkan hukumnya kerana keadaan telah berubah kepada lebih baik.

Aidiladha: Membina Jiwa PengorbananAidiladha mengajar kita erti pengorbanan, ketaatan dan kepatuhan yang sebenar kepada ...
27/05/2026

Aidiladha: Membina Jiwa Pengorbanan

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, ketaatan dan kepatuhan yang sebenar kepada Allah SWT. Semoga kita mengambil pengajaran dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail untuk membina ummah yang memiliki ruh tadayyun. Ummah yang menjadikan agama sebagai panduan dalam pegangan, pemikiran dan amalan kehidupan.

Jiwa yang tunduk kepada syariat akan melahirkan ummah yang terdidik, berprinsip dan sanggup berkorban demi kepentingan umat. Bahkan identiti dan syiar Islam dalam akhlak, pakaian, tulisan dan budaya kehidupan akan terus dipelihara sebagai lambang kekuatan dan jati diri Islam.

Semoga Aidiladha ini membina jiwa pengorbanan dan kesatuan, demi melahirkan umat yang lebih kuat, bermaruah dan diberkati Allah.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

Barisan Jawatankuasa Cawangan ISMA Kangar mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiadha 1447H kepada seluruh umat Isl...
27/05/2026

Barisan Jawatankuasa Cawangan ISMA Kangar mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiadha 1447H kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keampunan buat dosa-dosa kita, serta menguatkan semangat pengorbanan dan penyatuan ummah demi memartabatkan Islam.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكٌم

LAUNGKAN TAKBIR BERAMAI-RAMAI
26/05/2026

LAUNGKAN TAKBIR BERAMAI-RAMAI

LAUNGKAN TAKBIR BERAMAI-RAMAI

Takbir muqoyyad: selepas selesai solat fardu dari solat subuh hari Arafah (26 Mei, Selasa) hingga Asar hari terakhir Tasyriq (30 Mei, Sabtu)

Takbir mutlak: dari awal Zulhijjah (18 Mei, Isnin) hingga Asar hari terakhir Tasyriq (30 Mei, Sabtu)

18/05/2026

Lensa Sekitar Hari Keluarga ISMA Kangar 2026

Moga ukhuwah terus terbina dengan kasih sayang kerana Allah. Bukan sekadar bersama di jalan dakwah tetapi menampung dan menguatkan antara satu sama lain sehingga sama-sama menjadi orang bertaqwa.


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
[Surah Al-Ḥujurāt: 10]

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Program Hari Keluarga ISMA Kangar telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam di Kuala Ketil, Kedah dengan pe...
18/05/2026

Program Hari Keluarga ISMA Kangar telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam di Kuala Ketil, Kedah dengan penyertaan seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli ISMA Kangar serta anak-anak.

Penganjuran program tahunan ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli, memperkukuhkan institusi kekeluargaan, serta mewujudkan suasana tarbiah yang harmoni dalam kalangan warga ISMA Kangar.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat seperti sesi santai kekeluargaan, sukaneka, aktiviti kanak-kanak, pengisian rohani, serta perkongsian yang mampu menyemarakkan semangat kebersamaan dalam keluarga.

Dalam ucapan perasmian, Tuan Yang di-Pertua ISMA Kangar, Encik Mohd Juraij bin Abd Rani menegaskan kepentingan peranan keluarga Muslim dalam menyemai roh tadayyun sebagai asas pembentukan keluarga yang mantap. Beliau turut mengingatkan bahawa institusi keluarga yang kukuh merupakan tunjang penting dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera dan seterusnya membangunkan komuniti ummah fadhilah.
Beliau menyeru agar setiap ahli terus berusaha menjadikan keluarga sebagai medan tarbiah utama dalam melahirkan generasi yang berakhlak, berilmu dan mempunyai jati diri Islam yang utuh.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh ceria, mesra dan harmoni ini diharapkan mampu menjadi pemangkin kepada pengukuhan ukhuwah serta meningkatkan komitmen ahli dalam membawa agenda pembinaan keluarga Muslim yang cemerlang.

Address

No. 9, Jalan Kangar Jaya 3, Kangar Jaya
Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ISMA Kangar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ISMA Kangar:

Shortcuts

Share